한국   대만   중국   일본 
VIZ Media - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

VIZ Media

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
VIZ Media LLC
Diasaskan pada Julai 1986 ; 37 tahun yang lalu  ( 1986-07 ) (sebagai VIZ LLC.)
Pengasas Seiji Horibuchi
Lokasi ibu pejabat San Francisco , California , A.S.
Pengedaran Simon & Schuster [1] (Manga; Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, India)
Diamond Book Distributors (Manga, seluruh dunia) [2]
Warner Home Video (Anime, media fizikal)
Orang utama Ken Sasaki ( Presiden & CEO )
Hidemi Fukuhara (Naib presiden)
Imprin Viz Productions
(Filem dan Televiyen)
Pemilik Hitotsubashi Group :
Shueisha (40%)
Shogakukan (40%)
Shogakukan-Shueisha Productions (20%) [3]
Laman web rasmi www .viz .com

Viz Media, LLC , beribu pejabat di San Francisco , California , ialah sebuah syarikat Amerika berkaitan dengan anime dan manga Jepun , dibentuk melalui gabungan Viz, LLC dan ShoPro Entertainment. Syarikat ini seringkali dirujuk sebagai " Viz ", nama yang digunakan juga dalam kewujudan Viz LLC sebelum ini.

Viz juga mengeluarkan majalah ulasan tentang manga dan anime, iaitu Animerican ; serta sebuah versi bahasa Inggeris untuk majalah manga shonen Weekly Shonen Jump keluaran Shueisha dan manga bulanan sh?jo berjudul Shojo Beat .

Sebelumnya, Viz telah menerbitkan Animerica Extra , sebuah manga antalogi bulanan (yang diubah menjadi sebahagiannya sh?jo menerusi keluarannya), dan majalah Pulp , sebuah majalah manga antalogi bulanan yang mempunyai kandungan bukan umum, yang mempamerkan jalan cerita yang tidak bersesuaian untuk pembaca-pembaca muda, walaupun tidak mengandungi unsur pornografi (sila lihat seinen , josei ).

Majalah terbitan Viz [ sunting | sunting sumber ]

Soundtrack edaran Viz [ sunting | sunting sumber ]

Media lain [ sunting | sunting sumber ]

Selain daripada yang tertera di atas, Viz juga telah menerbitkan majalah-majalah online ( J-pop.com ). [ perlu rujukan ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Print Publishing Sales and Distribution
  2. ^ "Our Publishers" . Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-24 . Dicapai pada 2020-08-04 .
  3. ^ "About VIZ Media" . Viz Media . Dicapai pada 2016-10-09 .

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]