Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terdapat tujuh
unit asas SI
(
Systeme International
) yang menjadi
unit
kepada kuantiti
fizik
:
panjang
,
jisim
,
masa
,
suhu
termodinamik,
arus elektrik
, bilangan
bahan
, dan
keamatan cahaya
. Unit-unit S.I. yang sepadan kepada kuantiti-kuantiti ini ialah meter (m), kilogram (kg), saat (s), kelvin (K), ampere (A), mol (mol), dan kandela (cd). Perhatikan bahawa unit-unit S.I. perlu ditulis dalam huruf kecil.
Kuantiti fizik
|
Simbol
|
Unit SI
|
Unit
|
Jisim
|
m
|
kilogram
|
kg
|
Suhu
|
T, θ
|
Kelvin
|
K
|
Panjang
|
l
|
meter
|
m
|
Masa
|
t
|
saat
|
s
|
Arus
|
I
|
Ampere
|
A
|
Kuantiti bahan
|
n
|
mol
|
mol
|
Kecerahan cahaya
|
I
v
|
candela
|
cd
|
Satu
meter
ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya selama 1/299 792 458 saat dalam vakum.
Satu
kilogram
ditakrifkan sebagai jisim satu silinder platinum-iridium yang disimpan di Peranchis.
Satu
saat
ditakrifkan sebagai jangka masa 9 192 631 770 tempoh radiasi yang sepadan dengan peralihan antara dua paras tenaga hiperhalus untuk keadaan asas satu atom ceasium-133.
Satu
kelvin
ditakrifkan sebagai 1/273.16 daripada suhu termodinamik takat tigaan air.
Satu
ampere
ditakrifkan sebagai arus yang jika ditetapkan dalam dua konduktor yang selari, panjangnya tidak terhingga, luas keratan rentas yang boleh diabaikan, dan dipisahkan sejauh satu meter di dalam vakum akan menghasilkan daya sebanyak 2E-7 newton per meter konduktor itu.
Satu
mol
ditakrifkan sebagai bilangan bahan suatu sistem yang mengandungi bilangan zarah-zarah asas yang sama banyaknya dengan atom-atom dalam 0.012 kilogram karbon-12.
Satu
kandela
ialah keamatan cahaya, pada satu arah yang diberi, oleh satu sumber monokromatik yang memancarkan radiasi dengan frequensi 540E12 Hz dan mempunyai keamatan sinaran 1/683 watt pre steradian pada arah itu.