Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 (UUD 1945)
ialah dokumen utama
Republik Indonesia
yang bertindak sebagai
perlembagaan (atau "konstitusi")
negara tersebut sepertimana yang disahkan oleh
Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia
(PPKI) pada
18 Ogos
1945
.
Pada
27 Disember
1945
, UUD 1945 digantikan oleh
Perlembagaan Sementara Republik Indonesia Syarikat
yang kemudiannya digantikan pula oleh
Perlembagaan Sementara Republik Indonesia
(UUDS 1950) pada
17 Ogos
1950
. Bagaimanapun pada
5 Julai
1959
,
Dekri Presiden
menguatkuasakan semula UUD 1945, suatu perbuatan yang disokong dengan sebulat suara oleh
Dewan Perwakilan Rakyat
pada
22 Julai
1959
.
Antara tahun-tahun
1999
-
2002
, empat pindaan UUD 1945 telah dibuat terhadap susunan dewan-dewan dalam sistem
ketatanegaraan
Republik Indonesia.
Sebelum dipinda, UUD 1945 terdiri daripada bahagian pendahuluan, isi kandungan (16 bab, 37 fasal, 49 ayat, 4 fasal peraturan peralihan, dan 2 ayat peraturan tambahan), dan penjelasan.
Setelah dipinda sebanyak empat kali, UUD 1945 kini memiliki 21 bab, 73 fasal, 170 ayat, 3 fasal peraturan peralihan, dan 2 fasal peraturan tambahan. Bahagian penjelasan dibatalkan.
Terbitan
Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 Dalam Satu Naskhah
terangkum dalam risalah Sidang Tahunan MPR Tahun 2002 sebagai panduan.
Pada
22 Jun
1945
,
Piagam Jakarta
disahkan dan menjadi bahagian pendahuluan Perlembagaan 1945 selepas frasa "dengan kewajiban menjalankan
syariat Islam
bagi pemeluk-pemeluknya" dibatalkan. Teks Perlembagaan 1945 Indonesia disusun semasa Sidang Kedua Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan (BPUPK) diadakan antara
10
-
17 Julai
1945
. Nama badan ini tidak mempunyai perkataan "Indonesia" kerana hanya diperuntukkan untuk
Pulau Jawa
sahaja, sementara
Sumatera
mempunyai BPUPK sendiri. Pada
18 Ogos
1945
,
Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia
(PPKI) mengesahkan UUD 1945 sebagai Perlembagaan Republik Indonesia.
Perlembagaan 1945 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara tahun-tahun
1945
-
1949
kerana Indonesia sedang sibuk dengan perjuangan mempertahankan
kemerdekaan
. Perintah Timbalan Presiden Nombor X pada
16 Oktober
1945
memutuskan bahawa
Jawatankuasa Nasional Indonesia Pusat
(KNIP) menyerah kekuasaan perundangannya kerana
Majlis Musyawarah Rakyat
(MPR) dan
Dewan Perwakilan Rakyat
(DPR) masih belum dibentuk. Pada
14 November
1945
,
Kabinet Presiden
yang merupakan
kabinet Indonesia
yang pertama dibentuk, suatu peristiwa yang menyimpang daripada UUD 1945.
Kerana Sidang
Konstituante
1959
gagal menghasilkan perlembagaan baru, akibat parti-parti politik merebut kepentingan masing-masing, maka pada
5 Julai
1959
, Presiden
Sukarno
mengeluarkan Dekri Presiden yang antara lain mengembalikan UUD 1945 untuk menggantikan
Perlembagaan Sementara 1950
ketika itu.
Pada masa ini, terdapat berbagai-bagai penyimpangan Perlembagaan 1945, antaranya:
Pada masa
Order Baru
(
1966
-
1998
), Kerajaan Suharto menegaskan semula kemurnian UUD 1945 dan
Pancasila
melalui sejumlah peraturan, antaranya:
- Ketetapan MPR Nombor I/MPR/1983 yang menyatakan bahawa MPR bertujuan untuk mempertahankan UUD 1945 dan tidak akan memindanya
- Ketetapan MPR Nombor IV/MPR/1983 yang antara lain menyatakan bahawa apabila MPR hendak meminda UUD 1945, ia harus meminta pendapat rakyat terlebih dahulu melalui
pungutan suara
.
- Undang-Undang Nombor 5 Tahun 1985 yang merupakan pelaksanaan Ketetapan MPR Nombor IV/MPR/1983.
Namun dalam pelaksanaannya, terjadi juga penyimpangan UUD 1945 yang mengakibatkan kekuasaan Presiden terlalu besar.
Salah satu tuntutan Reformasi
1998
adalah bahawa UUD 1945 dipinda kerana pada zaman Orde Baru, kekuasaan tertinggi terletak di tangan
MPR
, bukannya di tangan rakyat, dan kekuasaan Presiden adalah terlalu besar. Terdapat juga beberapa fasal dalam UUD 1945 yang terlalu "kabur" sehingga dapat menimbulkan berbagai-bagai tafsiran, selain daripada fasal tentang semangat penyelenggaraan negara yang belum cukup didukung oleh peruntukan perlembagaan.
Tujuan pindaan UUD 1945 adalah untuk menyempurnakan dasar-dasar seperti pertahanan negara, kedaulatan rakyat,
hak asasi manusia
, pembahagian kekuasaan, penciptaan negara
demokrasi
dan negara undang-undang, serta hal-hal lain yang sesuai dengan perkembangan aspirasi dan keperluan bangsa. Pindaan UUD 1945 tidak meminda Pendahuluan Perlembagaan 1945, dan tetap mempertahankan susunan kenegaraan kesatuan (selanjutnya lebih dikenali sebagai Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)), serta menegaskan sistem pemerintahan presiden.
Antara tahun-tahun
1999
-
2002
, Perlembagaan 1945 dipinda sebanyak empat kali dalam perhimpunan-perhimpunan agung
Majlis Musyawarah Rakyat
(MPR):
|
Wikisumber
mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|
|
---|
|
Kini
| | |
---|
Sejarah
| |
---|
|