Thomas More

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santo Thomas More
Potret St. Thomas More
oleh Hans Holbein si Lebih Muda ( 1527 )
Lahir 1478
London
Meninggal 1535
London
Dihormati oleh Gereja Katolik , Gereja England
Dikanunkan 1935 oleh Pius XI
Tempat keramat Canterbury (kepala), Menara London (badan)
Hari perayaan 22 Jun
Atribut Kapak
Naungan Anak-anak angkat, Arlington, Virginia , kakitangan perkhidmatan awam, kerani mahkamah, perkahwinan yang sukar, keluarga yang besar, peguam, Pensacola-Tallahassee, Florida , ahli politik, ibu bapa tiri, duda

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Sir Thomas More ( 7 Februari 1478 ? 6 Julai 1535 ) ialah peguam , penulis, negarawan, dan syahid Katolik . Semasa hidupnya, beliau memperoleh reputasi sebagai seorang cendekiawan humanisme yang terutama di Universiti Oxford , dan pernah menyandang banyak jawatan awam. More dihargai kerana merupakan pengaruh utama dalam pengembangan ekuiti (keadilan) sebagai sebuah sistem undang-undang tambahan kepada undang-undang Inggeris . Beliau mencipta perkataan " utopia " yang merujuk kepada sebuah negara pulau khayalan yang ideal. Sistem politik negara ini diperihalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1516 .

Pada musim luruh tahun 1529 , More mewarisi Kardinal Wolsey sebagai Lord Canselor England . Beliau tidak bersetuju dengan Raja Henry VIII terhadap pembubaran perkahwinan baginda dengan Catherine dari Aragon . Dua tahun kemudian pada tahun 1532 , More meletakkan jawatannya dan bersara daripada kehidupan awam.

Pada tahun 1534 , Parlimen meluluskan Akta Keagungan ( bahasa Inggeris : Supremacy Act ) yang menjadikan Raja England sebagai ketua Gereja England . More enggan menerima Raja Henry VIII sebagai ketua Gereja England, satu keputusan yang menamatkan kerjaya politiknya , serta mengakibatkannya dihukum mati kerana menderhaka .

Pada tahun 1935 , empat ratus selepas kematiannya, More diisytiharkan sebagai santo Gereja Katolik oleh Paus Pius XI , dan kemudiannya diisytiharkan sebagai santo penaung untuk golongan negarawan dan peguam. Beliau berkongsi hari perayaan pada 22 Jun dalam takwim santo Katolik , dengan Santo John Fisher , Biskop tunggal semasa pembaharuan Inggeris yang enggan menolak kepercayaan Katolik dan taat setia kepada Paus . More ditambah dalam takwim santo Gereja England pada tahun 1980 .


Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  • Wood, James, The Broken Estate, Essays on Literature and Belief , Pimlico, 2000, ISBN 0-7126-6557-9 , 16.

Biografi [ sunting | sunting sumber ]

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

Wikisource
Wikisource



Didahului oleh
Sir Thomas Nevill
Speaker Dewan Rakyat British
1523
Diikuti oleh:
Sir Thomas Audley
Didahului oleh
Sir Richard Wingfield
Canselor Duchy Lancaster
1525 ? 1529
Diikuti oleh:
Sir William Fitzwilliam
Didahului oleh
Thomas Kardinal Wolsey
Lord Canselor
1529 ? 1532
Diikuti oleh:
Sir Thomas Audley
(Penyimpan Mohor Agung)