Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teluk Biscay
(
Bahasa Sepanyol
:
Golfo de Vizcaya
,
Bahasa Perancis
:
Golfe de Gascogne
,
Bahasa Basque
:
Bizkaiko Golkoa
) adalah sebuah
teluk
yang berhubung dengan
Lautan Atlantik
. Teluk ini terletak di pantai sebelah barat negeri
Perancis
, dan pantai bahagian utara negara
Sepanyol
. Teluk ini dinamakan sempena daerah
Biscay
di
Sepanyol
.
Bahagian selatan teluk ini dipanggil juga sebagai Laut
Spanish Cantabrian
mengambil sempena daerah
Cantabria
di
Sepanyol
. Orang-orang
Rom Purba
menamakan teluk ini dalam abad pertama sebelum Masihi sebagai Sinus Kantabrorum (Laut Cantabri). Teluk ini mempunyai kawasan kira-kira 86,000 batu persegi (223,000 km persegi) dengan paras dalam maksimum sedalam 15,525 ft (4,735 m).
Bahagian-bahagian
pelantar benua
menganjur jauh ke dalam Teluk Biscay, menyebabkan air yang agak cetek di kebanyakan tempat di teluk ini. Keadaan ini mengakibatkan keadaan laut yang amat bergelora apabila cuaca buruk.
Teluk Biscay dipanggil
Lembah Maut
di kalangan anggota
kapal selam
Jerman mulai tahun
1943
kerana kejayaan oleh
Tentera Udara Diraja British
menguasai sepenuhnya ruang udara di Teluk Biscay. Kapal terbang
Tentera Udara Diraja British
menenggelamkan kapal selam Jerman hanya beberapa jam selepas kapal selam Jerman belayar keluar daripada pelabuhan mereka di
Brest
. Mengapa
Luftwaffe
tidak berupaya menafikan penguasaan udara kepada
Tentera Udara Diraja British
menjadi tanda tanya. Sekurang-kurangnya 65 buah
kapal selam
Jerman tenggelam di teluk ini.
Laluan feri dari
Portsmouth
ke
Bilbao
dan laluan
Plymouth
ke
Santander
memberikan pemandangan terbaik untuk melihat
spesies
(ikan paus, dolfin) di perairan
Eropah
. Sukarelawan dan petugas dari
Program Penyelidikan Dolfin Biscay
membuat pantauan dan pencerapan aktiviti setasea dari anjungan kapal
P&O
yang menggunakan laluan
Portsmouth
ke
Bilbao
. Banyak spesies
ikan paus
dan
dolfin
dapat dilihat di teluk ini. Teluk ini merupakan antara beberapa tempat di mana
ikan paus
berparuh (beaked whales) seperti ikan paus berparuh Cuvier.
Tempat terbaik melihat spesies ikan paus yang besar adalah di kawasan laut dalam, khususnya di Ngarai Santander dan Ngarai Santander di bahagian selatan teluk ini.
Sungai
-sungai utama yang mengalir masuk ke Teuk Biscay adalah :
- Perancis
: Loire, Garonne, Dordogne, Adour.
- Sepanyol
: Bidasoa, Urola , Nervion, Nalon, Pas.
Bandar-bandar utama di pesisir Teluk Bisacay adalah :
- Perancis
:
Brest
,
La Rochelle
,
Bordeaux
,
Bayonne
, La Baule, Biarritz, Saint-Jean-de?Luz.
- Sepanyol
: San Sebastian,
Bilbao
,
Santander
,
Gijon
,
Aviles
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|