Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tebing Putih
Dover
(
bahasa Inggeris
:
White Cliffs of Dover
) membarisi pesisiran pantai
England
yang menghadap
Selat Dover
sebahagian dari
selat Inggeris
bertentangan dengan
Cote d'Albatre
di
Normandy
,
Perancis
. Muka tebing terdiri dari
kapur
yang dicoreng lapisan
batu api
hitam yang terdeposit selama akhir
Zaman Batu Kapur
. Tebing ini yang mencapai ketinggian 350 kaki (110 m), terbentang selama lapan batu (13 km) di kedua sisi kota Dover di
Kent
. Di titik di mana United Kingdom paling dekat dengan Eropah daratan, pada hari yang cerah, tebing ini terlihat dari Perancis (sekitar 20 mil atau 32 km).
Tebing ini merupakan sebahagian dari Tapak Minat Saintifik Khusus
[1]
dan Kawasan Konservasi Khusus Dover hingga Kingsdown Cliffs.
[2]
Keterdekatannya kepada Selat Inggeris menjadikannya suatu mercu tanah utama
Britain
semasa pengangkutan menuju benua
Eropah
menggunakan laluan air, lagi-lagi semasa
Perang Dunia Kedua
yang disanjung sebagai suatu "lambang benteng pertahanan dan tanah air".
[3]
Sebahagian garis pantai yang mencakup tebing ini dibeli oleh National Trust pada tahun 2016.
[4]
Malah, ia diabadikan dalam
setem-setem
peringatan siri pesisiran England tahun 2002 dan siri UK A-Z pada tahun 2012 keluaran
Royal Mail
.
[5]
[6]