Nama ini merupakan nama orang dalam
bahasa Cina
; nama keluarganya ialah
Tan
.
Tun
Dato' Seri
Tan Siew Sin
(21 Mei 1916 ? 17 Mac 1988) ialah Presiden
MCA
ketiga selepas Tun
Tan Cheng Lock
, ayahnya, dan
Lim Chong Eu
. Beliau juga merupakan bekas
Menteri Kewangan Malaysia
dari tahun 1959 hingga 1974.
Beliau merupakan anak tunggal lelaki kepada negarawan dan Presiden pertama
MCA
,
Tun Tan Cheng Lock
, dilahirkan di
Melaka
dan mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles di
Singapura
. Sebelum itu, beliau belajar di sebuah sekolah perempuan iaitu Suydaim Girls School (sekarang dikenali sebagai Sekolah Tinggi Methodist). Tan Siew Sin adalah seorang pelajar yang cerdik dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di Raffles College, Singapura dan seorang pelajar yang aktif dalam sukan khususnya pasukan hoki.
Pada tahun 1935, beliau jatuh sakit dan menghidap penyakit
batuk kering
. Beliau kemudiannya sembuh sepenuhnya apabila menjalani satu pembedahan di
Switzerland
. Tiga tahun kemudian, beliau menyambung pengajian di London dalam bidang undang-undang dan memperoleh Kepujian Kelas Pertama di Middle Temple, salah satu dari empat institut perundangan terkenal di London.
Bagaimanapun Perang Dunia Kedua tercetus menyebabkan beliau terpaksa kembali ke Tanah Melayu. Beliau telah bekerja di ladang bapanya sebagai seorang penyelia. Bapanya mahu beliau mempelajari pengurusan ladang.
Apabila Perang Dunia belaku, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Tentera Jepun telah memusnahkan dan menguasai kepentingan British di Tanah Melayu. Tan Siew Sin dan orang Cina yang pro British merasakan tidak selamat dan telah berpindah ke India. Semasa di India, beliau telah bertugas dengan Kementerian Peperangan Ekonomi (Ministry Of Economic Warfare). Tugas utamanya ialah mengembara ke seluruh India. Kesempatan ini, beliau telah menyaksikan penderitaan rakyat India semasa pemerintahan British. Di samping itu beliau telah menyaksikan perjuangan pemimpin-pemimpin kebangsaan seperti Gandhi dan Nehru.
Apabila perang tamat pada 1945, beliau sekeluarga kembali ke Tanah Melayu dan membantu keluarga menguruskan perniagaan. Rentetan itu, beliau telah mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam politik. Bagaimanapun, hasrat terhalang apabila bapanya beranggapan bahawa Tan Siew Sin masih muda untuk berpolitik. Bapanya juga mahu Tan Siew Sin mengurus dan menumpukan kepada perniagaan keluarganya.
Pada tahun 1948, beliau telah dilantik sebagai seorang Anggota Badan Perundangan Persekutuan. Pada masa ini, beliau juga aktif dalam Kelab Loteri Melaka dan memegang jawatan sebagai Presiden Kelab tersebut. Pada masa itu juga, aktiviti komunis amat membimbangkan ketenteraman Tanah Melayu. Mereka yang pro-British akan dibunuh oleh komunis.
Tan Siew Sin juga aktif dalam Independence Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jafaar. Dalam pilihanraya 1952, IMP telah mengambil bahagian tetapi berjaya memenagi satu kerusi dari 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya umum telah dimenangi oleh Parti Perikatan diwakili UMNO dan MCA. Oleh itu ia membuktikan bahawa IMP tidak mendapat sokongan ramai.
Tidak lama selepas itu, Tan Siew Sin telah berkenalan dengan pemimpin UMNO seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail. Dua tahun kemudian, beliau telah bekerjasama dengan Parti Perikatan. Beliau menjadi Bendahari Parti Perikatan dari 1958 hingga 1965.
Dalam tahun 1956, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Pada masa itu, Tan Siew Sin mencadangkan kepada pemimpin UMNO agar memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Cadangan tersebut telah diterima selepas beberapa perbincangan dengan pemimpin UMNO.
Tan Siew Sin adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dalam pentadbiran. Oleh itu, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri oleh Tunku Abdul Rahman sebelum merdeka. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan selama 15 tahun bermula tahun 1959. Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memimpin Perwakilan Malaysia bagi mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Beliau juga menjadi Pengerusi bagi Suruhanjaya Kajian Semula Pilihan Raya bagi Seychelles dan orang asing pertama dalam sejarah British menjadi pengerusi suruhanjaya perlembagaan.
Tan Siew Sin mengambilalih jawatan sebagai Presiden ketiga
MCA
pada
November
1961
dan menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan sejak tahun
1959
. Atas sebab-sebab kesihatan, beliau kemudian bersara dari semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada
8 April
1974
. Selepas persaraan beliau, beliau dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan.
Sebagai ahli politik
Perikatan
/
MCA
, beliau menang bertanding dalam
Pilihan Raya Umum Malaysia 1959
bagi kawasan
Melaka Tengah
, negeri
Melaka
(1958-1964).
Ketika itu
Perdana Menteri Malaysia
ialah
Tunku Abdul Rahman
dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun
Abdul Razak Hussein
.
Pilihan raya
ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri
Perlis
hingga
Kelantan
. Ketika itu
Sabah
dan
Sarawak
belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Beliau meninggal dunia pada 17 Mac 1988 di
Kuala Lumpur
kerana serangan jantung. Jasadnya telah disemadikan di
Bukit Piatu
,
Melaka
.
[1]
Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Catherine Lim Cheng Neo pada
8 Februari
1947
. Mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan.
Sebagai menghargai sumbangan beliau pada negara, sebuah jalan di
Kuala Lumpur
, Jalan Tun Tan Siew Sin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Silang) telah diabadikan sempena nama beliau pada tahun
2003
.Selain itu,
Sekolah Bangsa Kebangsaan Cina Tun Tan Siew Sin (SJK(C) Tun Tan Siew Sin
) juga menggunakan nama beliau.
- ^
"Siew Sin dies of heart attack".
New Straits Times
. 19 March 1988. m/s. 1.
Rencana berkenaan Tan Siew Sin
|
---|
|