TVS
(dahulunya
TV Sarawak
) ialah stesen televisyen linear yang menawarkan aneka hiburan dan berita dari
Sarawak
untuk tatapan penduduk
Malaysia
. Ia dimiliki sepenuhnya oleh
Sarawak Media Group
(SMG), sebuah kumpulan media milik kerajaan negeri Sarawak yang ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.
Radio Televisyen Malaysia (RTM)
pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen khusus untuk rakyat Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk pendigitalan televisyen Malaysia.
[1]
Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ianya tidak dilaksanakan. Ia digantikan oleh saluran
OKEY
pada 21 Mac 2018, malah perancangan stesen televisyen negeri kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.
[2]
Lesen stesen penyiaran percuma diberikan melalui suatu pengumuman oleh
Sim Kui Hian
, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
[3]
Stesen TVS bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui penyedia TV satelit berbayar,
Astro
, di saluran 122 sempena hari kelahiran
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
sebelum dirasmikan pada keesokan malamnya pada 11 Oktober 2020.
[4]
[3]
TVS merupakan stesen televisyen separa kerajaan ketiga negara selepas
Bernama TV
(2008) dan
TV AlHijrah
(2010).
Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu
Utama TVS
. Program berita waktu perdana itu disiarkan secara langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350
Kuching
,
Sarawak
.
TVS menjadi rakan kongsi utama
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
dan akan membiayai karya yang dihasilkannya.
[5]
TVS kini bersiaran di
Astro
,
MYTV
, dan
Unifi TV
di saluran 122 dalam format definisi tinggi (HD).
Pada 6 Februari 2021, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform
MYTV
di saluran 122 menggantikan
Channel W
yang telah ditamatkan siaran pada 1 Januari 2019.
Pada 29 Oktober 2021, TVS buat kali pertamanya menyiarkan Pembentangan Bajet 2022 secara langsung oleh Menteri Kewangan,
Zafrul bin Abdul Aziz
.
Pada 2023, TVS merancang untuk bekerjasama dengan stesen TV serantau sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mengembangkan industri kreatif di Sarawak.
[6]
Pada 1 Oktober 2023, TVS mula bersiaran secara rasmi di
Unifi TV
saluran 122. Ia bersempena dengan ulang tahun ketiga TVS yang diraikan pada 10 Oktober 2023.
[7]
Pada 31 Disember 2023, TVS akhirnya melancarkan logo terkininya yang berwajah baharu, bersesuaian dengan konsep perpaduan dan keharmonian negeri
Sarawak
. Logo baharu TVS HD ini merangkumi tiga warna yang mewakili warna bendera negeri
Sarawak
, iaitu warna hitam, merah dan kuning. Pada masa yang sama, ia mencadangkan untuk membuka pejabat cawangan di tiga lokasi di Sarawak serta di Kuala Lumpur menjelang suku pertama 2024.
[8]
- Astro GO
- Terhad kepada pelanggan Astro sahaja.
- Unifi TV app
- Terhad kepada pelanggan Unifi TV. Bukan pelanggan Unifi TV juga boleh menstrim TVS dengan mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.
- MYTV Mana-Mana
- Boleh distrim secara percuma untuk semua rakyat Malaysia tanpa perlu mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.
- Sooka
- Percuma untuk semua rakyat Malaysia dan pelanggan
NJOI
sahaja.
- Adlina Rahman
- Aida Muliyono
- Akma Salleh
- Amirah Shawel
- Cheryl Syahmina Toh
- Claudya Keenu
- Connie Grace Ujan
- Douglas Elliot
- Febbright James
- Handy Gui
- Lorenzo Issac
- Luqman Muhammad
- Malissa Sahari
- Madeline Dugat
- Marzella Sigai
- Najib Imran
- Odleen Catherny
- Priscilla John
- Radzi Ahmad
- Salasiah Safian
- Sheera Abg Mansor
- Yusuf Shukri
- Zhahrulniza Awang
Senarai penyedia perkhidmatan dan saluran televisyen di Malaysia
|
---|
Siaran percuma
| |
---|
Televisyen berbayar
| Satelit
| |
---|
Penstriman televisyen
| |
---|
Ditamatkan
| Penyedia perkhidmatan
| |
---|
Saluran
| |
---|
|
---|
|
---|