Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Staf Sarjan
ialah satu pangkat Penyelia Kanan dalam Kumpulan Lain-Lain Pangkat dalam
Tentera Darat Malaysia
. Tarafnya di antara
Sarjan
dan
Pegawai Waran II
. Ia setaraf dengan
Flait Sarjan
dalam
Tentera Udara Diraja Malaysia
dan
Bintara Kanan
dalam
Tentera Laut Diraja Malaysia
. Seperti kedudukan pangkat dalam
ATM
, pangkat Staf Sarjan juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi
Pegawai Tanpa Tauliah Kanan
dalam kelasnya.
Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (
Pegawai Waran
atau
Pegawai Bertauliah
) dan anggota bawahannya yang terdiri dari
Sarjan
,
Koperal
dan
Lans Koperal
. Pangkat ini pada lazimnya memiliki hitung panjang dua belas tahun perkhidmatan dan cukup syarat-syarat yang ditetapkan untuk kenaikkan pangkat. Staf Sarjan juga merupakan
pangkat polis
di kebanyakan pasukan polis di dunia.