Siput
merupakan
haiwan
jenis
moluska
, kelas
Gastropoda
yang mempunyai cangkerang yang berputar. Siput tidak bertulang belakang (
invertebrat
). Siput mempunyai kulit cangkerang yang keras. Haiwan
gastropoda
lain yang tidak mempunyai cangkerang dikenali sebagai
lintah bulan
. Siput terdapat di air tawar, air masin, dan di daratan.
Siput bergerak seperti
cacing
dengan menukar pengecutan badan bergilir-gilir dengan menjangkau, pada kelajuan yang perlahan. Siput sering dijadikan perbandingan dengan sesuatu yang perlahan seperti "Perlahan seperti siput".
Siput menghasilkan lendir untuk membantu pergerakan dengan mengurangkan geseran. Lendir juga mengelakkan siput dari cedera dan membantu menjauhi serangga berbahaya seperti
semut
. Pada
musim sejuk
, sesetengah siput di negara sejuk bertapa-rehat di dalam cangkerang mereka dengan menutup bukaan cangkerang dengan kerangka nipus seperti piring yang dibina khusus untuk tujuan ini. Kerangka nipus ini akan dimusnahkan pada
musim bunga
.
Siput dimakan di beberapa negara Eropah, di mana siput dianggap hidangan istimewa. Siput untuk makanan biasanya dikenali dengan nama
Perancis
"escargot."
Siput terbaik untuk dijadikan makanan adalah daripada spesies
Helix pomatia
. Siput taman perang (siput perang Eropah- "European brown snail") juga dikenali sebagai,
Helix aspersa
. Kedua-dua spesies tergolong dalam
Genus Helix
.
Siput terdapat dalam pelbagai saiz. Siput darat terbesar ialah siput Gergasi
Afrika
(
Achatina fulica
), yang bersaiz sehingga 30 cm.
Pomacea maculata
(
Ampullariidae
), atau siput Epal Gergasi merupakan siput air tawar terbesar, dengan saiz bergaris pusat sehingga 15 cm dan seberat 600
gram
. Siput yang terbesar ialah
Syrinx aruanus
, siput air masin yang terdapat di
Australia
. Cangkerang yang sebesar 1
meter
pernah dilaporkan.
The anatomy of a common snail
Garden Snail,
Helix aspersa
defecating
Seekor siput memecahkan makanannya menggunakan
radula
, iaitu satu struktur berkitin yang mengandungi pencangkuk adihalus dipanggil cuticulae. Dengannya siput akan mengisar makanan, yang akan dihantar ke
saluran penghadaman
. Inilah sebabnya, kenapa seekor siput darat besar boleh didengari 'mengunyah' makanannya: kerana radula mengoyak apa yang ia sedang makan.
Ganglion
serebrum itu bagi bentuk siput satu
otak
primitif dibahagikan kepada empat bahagian. Struktur ini amat lebih mudah daripada otak
mamalia
,
reptilia
dan
burung
, walau bagaimanapun, siput mampu memahami perkaitan.
[1]
- ^
Christie Sahley, Alan Gelperin, and Jerry W. Rudy (January 1, 1982). "One-Trial Associative Learning Modifies Food Odor Preferences of a Terrestrial Mollusc".
Proceedings of the National Academy of Sciences
. National Academy of Sciences.
78
(1): 640?642.
doi
:
10.1073/pnas.78.1.640
.
PMID
16592960
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
-
Siput Babi
-
Anatomi dalaman
-
Sejenis siput