Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sepsis
ialah suatu keadaan yang mengancam nyawa bilamana tindak balas badan manusia terhadap suatu
jangkitan
itu menyebabkan kerosakan kepada tisu dan organ dalam sistem itu sendiri.
[1]
Tanda serta simptom yang biasa termasuk
demam
, kadar
degupan jantung
dan
pernafasan
yang tinggi, serta
kekacauan mental
.
[2]
Simptom-simptom yang berkait dengan suatu penyakit, misalnya batuk yang membawa kepada
pneumonia
atau disuria (
dysuria
, rasa sakit ketika membuang air kecil) dengan
jangkitan buah pinggang
barangkalinya juga memberi petunjuk mengenai keadaan ini.
[3]
Gejala-gejala yang dijangkakan barangkalinya tiada pada individu yang begitu tua, muda atau mereka yang mengalami
sistem imun yang lemah
, yang mana
suhu badan yang diukur sama ada rendah
ataupun pada tahap yang normal.
[3]
Sepsis berpunca daripada
tindak balas imun
yang dicetuskan oleh suatu jangkitan.
[3]
[4]
Jangkitan punca ini paling kerapnya datang daripada
bakteria
, tetapi ia juga boleh datang daripada
fungus
,
virus
ataupun
parasit
.
[3]
Jangkitan-jangkitan ini pula tertumpu pada paru-paru, otak,
saluran kencing
, kulit dan
organ abdomen
.
[3]
Faktor risiko yang ada termasuklah usia, sistem imun yang dilemahkan daripada penyakit seperti
kanser
atau
diabetes
,
trauma major
atau
luka terbakar
.
[2]
- ^
Singer M, Deutschman CS, Seymour CW, Shankar-Hari M, Annane D, Bauer M, Bellomo R, Bernard GR, Chiche JD, Coopersmith CM, Hotchkiss RS, Levy MM, Marshall JC, Martin GS, Opal SM, Rubenfeld GD, van der Poll T, Vincent JL, Angus DC (23 Februari 2016).
"The Third International Consensus Definitions for Sepsis and Septic Shock (Sepsis-3)"
.
JAMA
.
315
: 801?10.
doi
:
10.1001/jama.2016.0287
.
PMC
4968574
.
PMID
26903338
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
- ^
a
b
"Sepsis Questions and Answers"
.
cdc.gov
.
Centers for Disease Control and Prevention
(CDC). 22 Mei 2014. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 4 Disember 2014
. Dicapai pada
28 November
2014
.
- ^
a
b
c
d
e
Jui, Jonathan (2011). "Ch. 146: Septic Shock". Dalam Tintinalli, Judith E.; Stapczynski, J. Stephan; Ma, O. John; Cline, David M.; dll. (penyunting).
Tintinalli's Emergency Medicine: A Comprehensive Study Guide
(ed. ke-7). New York: McGraw-Hill. m/s. 1003?14. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 15 Januari 2014
. Dicapai pada
11 Disember
2012
– melalui AccessMedicine.
- ^
Deutschman, CS; Tracey, KJ (April 2014). "Sepsis: Current dogma and new perspectives".
Immunity
.
40
(4): 463?75.
doi
:
10.1016/j.immuni.2014.04.001
.
PMID
24745331
.