Dalam konteks
sejarah
Malaysia
(????? ??????)
, walaupun nama "Malaysia" merupakan sebuah konsep moden yang baru diciptakan pada separuh kedua
abad ke-20
, Malaysia kontemporari tetap menganggap keseluruhan sejarah
Tanah Melayu
dan
Borneo
, merangkumi ribuan tahun yang lalu termasuk
zaman prasejarah
, sebagai sejarahnya tersendiri.
[1]
Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-orang
Yunani
seperti
Cladius Ptolemy
menamakan semenanjung yang terdapat di negara ini sebagai
Semenanjung Emas
(kini digelar
Semenanjung Malaysia
) atau "
Golden Khorsenese
" di dalam buku
Geographia
yang ditulisnya pada sekitar 150 M.
[2]
Agama
Hindu
dan
Buddha
dari
India
dan
China
masing-masing mendominasi sejarah awal negara ini dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan kerajaan
Srivijaya
yang berpusat di
Palembang
,
Sumatera
,
Indonesia
, yang mempunyai pengaruh yang meluas di seluruh Sumatera sendiri,
Jawa
,
Indonesia
,
Semenanjung Tanah Melayu
dan sebahagian besar Borneo dari
abad ke-7
hingga
ke-17
.
Walaupun kedatangan
Islam
di
Semenanjung Tanah Melayu
telah berlaku seawal abad ke-10, agama tersebut mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14. Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang paling menonjol ialah
Kesultanan Melayu Melaka
dan
Kesultanan Brunei
. Islam sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang
Melayu
.
Pada tahun 1511,
Melaka
telah berjaya ditawan oleh
Portugis
yang merupakan kuasa penjajah
Eropah
pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan
Asia Tenggara
. Kemudian, Melaka ditawan oleh
Belanda
pada tahun 1641. Akhirnya,
British
yang asalnya menubuhkan pangkalannya di
Jesselton
,
Kuching
,
Pulau Pinang
dan
Singapura
, memperoleh
hegemoni
mereka di seluruh wilayah Tanah Melayu melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan antara
Tanah Melayu British
dan
Hindia Timur Belanda
(yang menjadi
Indonesia
). Kemudian,
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
pula menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan
Siam
(yang menjadi
Thailand
). Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan buruh-buruh dari negara
China
dan
India
untuk memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang dicipta oleh British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.
[3]
Pencerobohan
Jepun
ketika
Perang Dunia Kedua
mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
,
Borneo Utara dan Sarawak
dari tahun 1942 hingga 1945 memekarkan lagi semangat
nasionalisme
dalam kalangan penduduk tempatan. Setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak
Pihak Berikat
,
Malayan Union
ditubuhkan pada tahun 1946 oleh pentadbiran British. Ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, yang diketuai oleh
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), penubuhan itu disusun semula sebagai
Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1948 sebagai sebuah
protektorat
hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu,
Parti Komunis Malaya
melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini menyebabkan pengisytiharan
darurat
selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas ketenteraan yang serius terhadap pemberontakan komunis sepanjang tempoh darurat serta
Rundingan Baling
pada tahun 1955 membawa kepada
kemerdekaan di Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957 yang dicapai secara diplomatik melalui rundingan dengan British.
Tunku Abdul Rahman
menyandang jawatan sebagai
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
yang pertama ketika itu. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman tentera gerila
komunis
semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu dengan
Thailand
.
Pada 16 September 1963,
Persekutuan Malaysia
ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Bagaimanapun, pada bulan Ogos 1965, Singapura telah disingkirkan daripada persekutuan dan menjadi sebuah negara merdeka yang berasingan.
Konfrontasi dengan Indonesia
turut berlaku pada awal 1960-an berikutan pembetukan Malaysia. Rusuhan kaum pada tahun 1969 iaitu
Peristiwa 13 Mei
membawa kepada pelaksanaan darurat, penggantungan parlimen, penubuhan
Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) serta pembentukan
Rukun Negara
oleh MAGERAN pada tahun 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan bagi mendorong perpaduan dalam kalangan rakyat.
[4]
[5]
Dasar Ekonomi Baru
juga telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang digunakan hingga tahun 1991 bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
[6]
Ketika pemerintahan Perdana Menteri
Mahathir Mohamad
, berlaku pertumbuhan ekonomi dan
urbanisasi
yang pesat di negara ini mulai zaman 1980-an. Ekonomi berubah daripada berasaskan pertanian kepada berasaskan pembuatan dan perindustrian.
[7]
Di bawah pemerintahan beliau, dasar ekonomi sebelumnya telah digantikan oleh
Dasar Pembangunan Nasional
(NDP) dari tahun 1991 hingga 2000.
[8]
Krisis kewangan Asia lewat 1990-an
memberi kesan kepada negara, hampir menyebabkan pasaran mata wang, saham dan hartanah negara jatuh; namun, kemudiannya pulih.
[9]
Sejak tahun 1973, gabungan
Barisan Nasional
telah memerintah Malaysia sehingga kekalahannya dalam
pilihan raya umum Malaysia 2018
kepada gabungan
Pakatan Harapan
(PH).
[10]
Pada awal tahun
2020
, Malaysia mengalami
kemelut politik
yang mengakibatkan kejatuhan pentadbiran PH dan pembentukan gabungan
Perikatan Nasional
(PN).
[11]
Pada tempoh yang sama, Malaysia turut dibelenggu
pandemik COVID-19
yang membawa kesan kesihatan,
ekonomi
,
sosial
dan
politik
yang serius kepada negara tersebut.
[12]
[13]
Pilihan raya umum Malaysia 2022
menyaksikan situasi
parlimen tergantung
yang pertama dalam sejarah negara
[14]
[15]
dan
Anwar Ibrahim
, seorang reformis lama, menjadi perdana menteri Malaysia pada 24 November 2022 untuk memerintah
kerajaan campuran
.
[16]
[17]
Lukisan prasejarah di
Gua Tambun
, Perak
Penemuan tengkorak yang dianggarkan berusia sekitar 40,000 tahun di
Gua Niah
di Sarawak, telah dikenal pasti sebagai bukti terawal bagi penempatan manusia di
Borneo Malaysia
. (foto Disember 1958)
Semenanjung Tanah Melayu, ditunjukkan dalam peta Ptolemy sebagai
Semenanjung Emas
Kapak tangan batu dari hominoid awal, mungkin
Homo erectus
, telah digali di
Lenggong
. Mereka bermula sejak 1.83 juta tahun, bukti tertua kediaman hominid di Asia Tenggara.
[18]
[19]
Bukti terawal kediaman manusia moden di Malaysia ialah tengkorak berusia 40,000 tahun yang digali dari Gua Niah di Sarawak hari ini, yang digelar "Deep Skull". Ia telah digali dari parit dalam yang ditemui oleh
Barbara
dan
Tom Harrisson
(ahli etnologi British) pada 1958.
[20]
[21]
[22]
ini juga merupakan tengkorak manusia moden tertua di
Asia Tenggara
.
[23]
Tengkorak itu mungkin milik seorang gadis remaja berusia 16 hingga 17 tahun.
[24]
Penternak pertama melawat Mulut Barat Gua Niah (terletak 110 kilometer (68 mi) barat daya
Miri
)
[21]
40,000 tahun dahulu apabila Borneo dihubungkan dengan tanah besar Asia Tenggara. Landskap di sekitar Gua Niah lebih kering dan terdedah berbanding sekarang. Pada zaman prasejarah, Gua Niah dikelilingi oleh gabungan hutan tertutup dengan belukar, taman, paya, dan sungai. Penternak dapat bertahan di hutan hujan melalui pemburuan, memancing, dan mengumpul moluska dan tumbuhan yang boleh dimakan.
[24]
Tapak perkuburan
Mesolitik
dan
Neolitik
juga telah ditemui di kawasan tersebut.
[25]
Kawasan sekitar Gua Niah telah ditetapkan sebagai
Taman Negara Niah
.
[26]
Kajian genetik Asia menunjukkan idea bahawa manusia asal di Asia Timur berasal dari Asia Tenggara.
[27]
Rangka lengkap tertua yang ditemui di Malaysia ialah
Orang Perak
berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1991.
[28]
Kumpulan orang asli di semenanjung boleh dibahagikan kepada tiga etnik,
Negrito
,
Senoi
, dan
Melayu Proto
.
[29]
Penduduk pertama di Semenanjung Tanah Melayu kemungkinan besar adalah orang Negrito.
[30]
Pemburu
Mesolitik
ini mungkin nenek moyang
Semang
, sebuah kumpulan etnik Negrito yang mempunyai sejarah panjang di Semenanjung Tanah Melayu.
[31]
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu lain. Disebabkan oleh perang saudara dan gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) telah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum detik itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru, British mewujudkan
Malayan Union
. Lantas, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Lihat juga:
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
Pada
16 September
1963
, sebuah persekutuan baru diwujudkan bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu/Malaya di bawah nama
Malaysia
yang terdiri daripada 5 entiti iaitu
Kesultanan Brunei
pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia, akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat
Brunei
dan Sultan Brunei diletakkan di tempat terakhir dalam penggiliran sebagai
Yang di-Pertuan Agong
(YDPA) untuk sistem
Raja Berperlembagaan
serta isu masa depan royalti minyak asli. Pada awal penubuhan
Malaysia
, banyak perkara berlaku misalnya cubaan
Indonesia
untuk menakluk Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh
Filipina
terhadap
Sabah
.
Pada tahun 1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan ekonomi daripada kaum Cina pimpinan mendiang
Lee Kwan Yew
. Dengan itu,
Malaysia
kekal dengan 3 entiti sahaja sehingga ke hari ini.
Pemandangan Menara Berkembar Petronas dan daerah pusat perniagaan sekitar di Kuala Lumpur, bukti evolusi luar biasa ekonomi Malaysia di bawah peraturan 22 tahun
Mahathir Mohamad
.
- ^
Sari: Jurnal Institut Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Volumes 5-10
- ^
Wheatly, P. (1958).
Imago Mvndi
. Stockholm: Brill Archive. m/s. 71.
- ^
Annual Report on the Federation of Malaya: 1951 in C.C. Chin and Karl Hack, Dialogues with Chin Peng pp. 380, 81.
- ^
Othman, Al-Amril; Ali, Mohd Nor Shahizan (2018-09-29).
"Misinterpretation on Rumors towards Racial Conflict: A Review on the Impact of Rumors Spread during the Riot of May 13, 1969"
.
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
(dalam bahasa Inggeris).
34
(3).
ISSN
2289-1528
.
- ^
Esa, Mohd Sohaimi; Ationg, Romzi (2020-12-02).
"Majlis Gerakan Negara (MAGERAN): Usaha Memulihkan Semula Keamanan Negara Malaysia"
.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
(dalam bahasa Inggeris).
5
(12): 170?178.
ISSN
2504-8562
.
- ^
Jomo, K. S. (2005).
Malaysia's New Economic Policy and 'National Unity
(dalam bahasa Inggeris). Palgrave Macmillan. m/s. 182?214.
doi
:
10.1057/9780230554986_8
.
ISBN
978-1-349-52546-1
. Dicapai pada
24 September
2020
.
- ^
Spaeth, Anthony (9 December 1996).
"Bound for Glory"
.
Time
. New York. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 17 March 2009
. Dicapai pada
20 August
2011
.
- ^
Isa, Mohd Ismail (2020-07-20).
"EVOLUTION OF WATERFRONT DEVELOPMENT IN LUMUT CITY, PERAK, MALAYSIA"
.
PLANNING MALAYSIA
.
18
(13).
doi
:
10.21837/pm.v18i13.778
.
ISSN
0128-0945
.
- ^
Ping Lee Poh; Yean Tham Siew.
"Malaysia Ten Years After The Asian Financial Crisis"
(PDF)
. Thammasat University. Diarkibkan daripada
yang asal
(PDF)
pada 1 April 2010
. Dicapai pada
25 July
2011
.
- ^
"Mahathir sworn in as Malaysia's 7th prime minister"
.
Singapore Straits Times
. 10 May 2018
. Dicapai pada
11 May
2018
.
- ^
Cheng, Harrison (3 March 2020).
"Malaysia's new prime minister has been sworn in ? but some say the political crisis is 'far from over
'
"
. CNBC
. Dicapai pada
21 October
2020
.
- ^
"Malaysia's GDP shrinks 5.6% in COVID-marred 2020"
.
Nikkei Asia
.
Diarkibkan
daripada yang asal pada 2021-07-31
. Dicapai pada
2021-08-06
.
- ^
"Malaysia's Political Crisis Is Dooming Its COVID-19 Response"
.
Council on Foreign Relations
. Dicapai pada
2021-09-02
.
- ^
Auto, Hermes (2022-08-22).
"Umno meetings expose rift between ruling party's leaders | The Straits Times"
.
www.straitstimes.com
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2023-01-22
.
- ^
"Malaysia elects first ever hung parliament"
.
BBC News
(dalam bahasa Inggeris). 2022-11-20
. Dicapai pada
2022-11-25
.
- ^
Mayberry, Kate.
"Anwar sworn in as Malaysia's PM after 25-year struggle for reform"
.
www.aljazeera.com
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2023-04-22
.
- ^
"Anwar Ibrahim sworn in as Malaysian PM after post-election deadlock"
.
BBC News
(dalam bahasa Inggeris). 2022-11-24
. Dicapai pada
2023-04-22
.
- ^
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.
- ^
Department of National Heritage, Ministry of Information Communications and Culture Malaysia (Januari 2011).
"Archaeological Heritage of Lenggong Valley: Nomination Dossier for Inscription on the UNESCO World Heritage List"
(PDF)
.
Jawatankuasa Warisan Dunia
,
UNESCO
. Dicapai pada
8 Oktober
2015
.
- ^
"History of the Great Cave of Niah"
.
ABC Online
. Dicapai pada
6 Januari
2014
.
- ^
a
b
"Niah National Park ? Early Human settlements"
(dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hutan Sarawak. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 18 Februari 2015
. Dicapai pada
23 Mac
2015
.
- ^
"History of the Great Cave of Niah"
(dalam bahasa Inggeris).
Australian Broadcasting Corporation
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 22 November 2014
. Dicapai pada
23 Mac
2015
.
- ^
"Niah Cave"
.
humanorigins.si.edu
(dalam bahasa Inggeris). Smithsonian National Museum of Natural History. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 22 November 2013
. Dicapai pada
23 Mac
2015
.
- ^
a
b
Faulkner, Neil (7 November 2003).
Niah Cave, Sarawak, Borneo
.
Current World Archaeology
Issue 2. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 23 March 2015
. Dicapai pada
23 March
2015
.
- ^
Hirst, K. Kris.
"Niah Cave (Borneo, Malaysia) ? Anatomically modern humans in Borneo"
.
about.com
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 5 November 2013
. Dicapai pada
23 Mac
2015
.
- ^
"Niah National Park, Miri"
. Sarawak Tourism Board. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 26 December 2015
. Dicapai pada
26 December
2015
.
- ^
"Genetic 'map' of Asia's diversity"
.
BBC News
. 11 December 2009.
- ^
Liz Price (17 Mac 2007).
"Tracing back Malaysia's stone-age man in Lenggong"
.
The Brunei Times
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 15 Oktober 2015
. Dicapai pada
8 Oktober
2015
.
- ^
Davies, Norman (7 Disember 2017).
Beneath Another Sky: A Global Journey into History
(dalam bahasa Inggeris). Penguin UK.
ISBN
978-1-84614-832-3
.
- ^
Fix, Alan G. (June 1995). "Malayan Paleosociology: Implications for Patterns of Genetic Variation among the Orang Asli".
American Anthropologist
. New Series.
97
(2): 313?323.
doi
:
10.1525/aa.1995.97.2.02a00090
.
JSTOR
681964
.
- ^
"TED Cast Study: Taman Negara Rain Forest Park and Tourism"
(dalam bahasa Inggeris). Ogos 1999. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 9 Jun 2010
. Dicapai pada
8 Julai
2010
.