Santo Domingo
atau nama rasminya
Santo Domingo de Guzman
adalah ibu negara dan bandar terbesar di
Republik Dominika
. Jumlah penduduk di metropolitannya ialah 2,084,852 pada tahun 2003 dan dianggarkan sebanyak 3,294,385 pada tahun 2010.
[3]
Bandar raya ini terletak di
muara
Sungai Ozama
. Diasaskan oleh
Bartholomew Columbus
pada tahun 1496, bandar raya ini terus berkembang dan merupakan
penempatan tertua di benua Amerika
serta kawasan pertama
dijajah oleh Sepanyol
di
Dunia Baru
(
Amerika
). Terletak dalam sempadan
daerah negara
(
Sepanyol
:
Distrito Nacional
- DN) yang sendirinya bersempadanan dengan
negeri Santo Domingo
.
Pada tahun 1930 hingga 1961, Santo Domingo pernah dikenali sebagai "
Ciudad Trujillo
" apabila diktator Republik Dominica,
Rafael Trujillo
menamakannya dengan namanya sendiri. Selepas berlaku pembunuhan terhadap diktator itu, nama bandar tersebut ditukar semula dengan nama asalnya. Kini, Santo Domingo adalah
metropolis
terbesar di Republik Dominika dan merupakan
bandar penduduk teramai
di
Laut Caribbean
.
Sebelum kedatangan
Christopher Columbus
pada Disember 1492, puak
Taino
menduduki pulau yang mereka panggil
Quisqueya
(ibu segala tanah) dan
Ayiti
(tanah gunung tinggi) yang Colombus namakannya sebagai
Hispaniola
. Pulau tersebut termasuk bahagian terletaknya
Republik Haiti
. Pada waktu itu terdapat lima kerajaan kecil (
cacicazgos
) iaitu Marien, Magua, Maguana, Jaragua dan Higuey. Setiap kerajaan kecil tersebut diperintah oleh orang besar (
caciques
) Guacanagarix, Guarionex, Caonabo, Bohechio dan Cayacoa.
Pada tahun 1496, apabila
Sepanyol
menduduki kawasan itu dan secara rasminya pada 5 Ogos 1498, Santo Domingo adalah kota terttua di benua
Amerika
. Bartholomew Columbus telah mengasaskan sebuah penempatan dan menamakannya sebagai La Nueva Isabela, selepas penempatan yang lebih awal di utara iaitu
La Isabela
dinamakan sempena nama
Ratu Sepanyol
,
Ratu Isabella I
. Kemudian penempatan itu ditukar nama kepada Santo Domingo sebagai penghormatan kepada
Santo Dominic
yang merupakan
patron
Domenico Colombo, bapa kepada Columbus.
[4]
Santo Domingo ketika itu digelar "Gerbang ke Caribbean".
Santo Domingo pernah dimusnahkan oleh bencana
taufan
pada tahun 1502. Gabenor baharu ketika itu,
Nicolas de Ovando
telah membina semula kota itu di tapak lain yang berdekatan. Susun atur asal kota tersebut dan sebahagian besar dinding pertahanan di zon kolonial masih lagi wujud. Zon kolonial bersempadan dengan Rio Ozama dimana terdapatnya koleksi bangunan-bangunan abad ke-16 termasuk rumah-rumah mewah dan gereja megah yang mencerminkan gaya senibina
Zaman Pertengahan
.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNESCO) telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai
Tapak Warisan Dunia
.
Sungai Ozama
mempunyai pajang kira-kira 148 kilometer sebelum mengalir keluar ke Laut Caribbean. Kedudukan Santo Domingo yang terletak di tebing
sungai
tersebut telah membawa kepentingan yang besar kepada pembangunan ekonomi bandar dan pertumbuhan perdagangan ketika zaman
penjajah
. Di sungai itu jugalah terletaknya pelabuhan tersibuk dalam negara.
Metropolitan Santo Domingo dibahagikan kepada empat majlis kerajaan tempatan (majlis perbandaran) yang kebanyakkannya atas sebab pentadbiran. Salah satu daripadanya ialah Daerah Negara Santo Domingo de Guzman. Tiga yang lain pula merupakan pembahagian perbandaran bagi
negeri Santo Domingo
iaitu
Santo Domingo Utara
(
Santo Domingo Norte
),
Santo Domingo Timur
(
Santo Domingo Este
) dan
Santo Domingo Barat
(
Santo Domingo Oeste
).
Bajos de Haina
di
negeri San Cristobal
bersempadanan dengan Santo Domingo Barat. Walaupun terletak di
altitud
yang rendah, Santo Domingo mempunyai beberapa bukit yang tinggi.
Menurut
pengelasan iklim Koppen
, Santo Domingo mempunyai
iklim monsun tropika
. Purata suhu di bandar berbeza sedikit kerana tiupan angin telah membantu mengurangkan haba panas dan kelembapan sepanjang tahun. Bulan Disember dan bulan Januari merupakan bulan yang paling sejuk manakala bulan Julai dan bulan Ogos adalah bulan terpanas. Purata
kerpasan
setahun Santo Domingo ialah 1446 mm. Suhu terendah dan tertinggi yang pernah tercatat di bandar raya ini pula ialah 13 °C dan 37 °C masing-masing.
Data iklim untuk Santo Domingo, Republik Dominika
|
Bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Jul
|
Ogo
|
Sep
|
Okt
|
Nov
|
Dis
|
Tahun
|
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)
|
27
(81)
|
29
(84)
|
29
(84)
|
30
(86)
|
30
(86)
|
31
(88)
|
33
(91)
|
34
(93)
|
31
(88)
|
31
(88)
|
31
(88)
|
29
(84)
|
30
(87)
|
Purata suhu harian, °C (°F)
|
24
(75)
|
24
(75)
|
25
(77)
|
26
(79)
|
26
(79)
|
27
(81)
|
27
(81)
|
27
(81)
|
27
(81)
|
27
(81)
|
26
(79)
|
25
(77)
|
26
(79)
|
Purata minimum suhu harian, °C (°F)
|
16
(61)
|
19
(66)
|
20
(68)
|
21
(70)
|
22
(72)
|
23
(73)
|
24
(75)
|
22
(72)
|
22
(72)
|
22
(72)
|
21
(70)
|
19
(66)
|
21
(70)
|
Purata
kerpasan
, mm (inci)
|
64
(2.5)
|
56
(2.2)
|
53
(2.1)
|
71
(2.8)
|
188
(7.4)
|
140
(5.5)
|
145
(5.7)
|
178
(7.0)
|
180
(7.1)
|
188
(7.4)
|
99
(3.9)
|
84
(3.3)
|
1,446
(56.9)
|
Sumber: Weather Channel
[5]
|
Beberapa mercu tanda terkenal di Santo Domingo adalah seperti
Puerta del Conde
, Puerta de la Misericordia,
Katedral Santa Maria
(
Catedral Primada de America, Catedral de Santa Maria de la Encarnacion
),
Panteon Negara
,
Istana James Columbus
. Kesemua mercu tanda tersebut terletak di
Kota Kolonial
dan diisytiharkan sebagai
Tapak Warisan Dunia
UNESCO
.
- Muzium Alcazar
- Altar de la Patria
- Muzium Limbungan Tentera Laut (
Naval Museum of the Atarazanas
)
- Museo de las Casas Reale
- memperingati zaman penjajahan
- Muzium Duarte (
Museum of Duarte
) - menunjukkan sejarah gerakan dan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan
- Muzium Sejarah Asli
(
Museum of Natural History
)
- Muzium Manusia Dominika (
Museum of Dominican Man
)
- Muzium Dunia Ambar (
World of Ambar Museum
)
- Muzium Kesenian Moden
(
Museum of Modern Arts
)
- Muzium Sejarah dan Geografi Negara (
National Museum of History and Geography
) - didedikasikan untuk sejarah Dominica daripada era
pra-Columbia
hingga kini.
- Lihat juga: Kawasan Hijau Santo Domingo (
en
)