Nama ini merupakan nama orang dalam
bahasa Cina
; nama keluarganya ialah
Shaw
.
Sir Run Run Shaw
邵逸夫
GBM CBE
|
---|
Shaw semasa zaman mudanya, gambar tahun 1927
|
Kelahiran
| Shao Renleng
(
1907-11-19
)
19 November 1907
|
---|
Meninggal dunia
| 7 Januari 2014
(2014-01-07)
(umur 106)
|
---|
Sebab kematian
| Sebab
semulajadi
|
---|
Warganegara
| Hong Kong
|
---|
Nama lain
| 邵仁楞
Shao Yifu
Siu Yat-fu
Uncle Six (Luk Suk)
|
---|
Pekerjaan
| Penerbit TV, usahawan, ahli perniagaan, penerbit filem, dermawan, pelabur
|
---|
Tahun aktif
| 1925–2011
|
---|
Pangkat
| CBE
, GBM
|
---|
Ahli lembaga
| Shaw Brothers
|
---|
Pasangan
| Wong Mee-chun (黃美珍) (1932-1987) (meninggal dunia)
Mona Fong (1997-2014)
|
---|
Anak-anak
| Shaw Vee Meng (邵維銘)
Shaw So Man (邵素雯)
Shaw So Wan (邵素雲)
Shaw Vee Chung (邵維鍾)
|
---|
Ibu bapa
| Shaw Yuh Hsuen (邵行銀)
Wang Shun Xiang
|
---|
Saudara
| Runje Shaw
Runde Shaw
Runme Shaw
|
---|
Sir Run Run Shaw
, GBM,
CBE
(19 November 1907
[1]
? 7 Januari 2014), juga dikenali sebagai
Shao Yifu
dan
Siu Yat-fu
, merupakan seorang maestro hiburan dan dermawan Hong Kong. Beliau merupakan salah seorang tokoh paling berpengaruh di industri hiburan Asia.
[2]
Beliau mengasaskan
Shaw Brothers
, salah satu syarikat perfileman terbesar di Hong Kong, dan
TVB
, syarikat televisyen dominan di Hong Kong.
Dikenali sebagai seorang dermawan terkenal, Shaw mendermakan sejumlah bilion
dolar Hong Kong
kepada institusi pendidikan di Hong Kong dan tanah China. Sebanyak 5,000 bangunan di kampus kolej Cina menggunakan namanya,
[3]
seperti Kolej Shaw di Universiti Cina Hong Kong. Beliau juga menubuhkan Hadiah Shaw Prize untuk Astronomi, Sains Kehidupan & Perubatan dan Sains Matematik.
Sir Run Run Shaw lahir di
Ningbo
,
Zhejiang
,
China
dan membesar di
tanah besar China
sambil diajar di sekolah yang didirikan
Amerika Syarikat
. Beliau adalah yang bongsu dari enam anak lelaki kepada saudagar kain
Shanghai
bernama Shaw Yuh Hsuen (1867-1920).
[4]
Pada usia 19 tahun, ketika cuti musim panas, beliau mengikut abang alangnya
Runme Shaw
ke
Singapura
untuk mendirikan pasaran filem lalu menubuhkan
Shaw Organisation
. Selepas itu, beliau semakin minat pada industri perfileman. Beliau bersama abangnya mendirikan studio South Seas Film pada tahun 1930, yang kemudiannya digelar
Shaw Studios
. Pada tahun 1947, dia menubuhkan Malay Film Productions, studio yang telah menghasilkan lebih dari 150 buah filem Melayu sepanjang tempoh penubuhannya selepas
Perang Dunia Kedua
.
Antara pelakon terkenal studionya adalah
P. Ramlee
, yang berlakon dalam 42 buah filem dan mengarah 16 filem, kesemuanya di studio yang terletak di No. 8 Jalan Ampas.
[5]
Pada tahun 1967, beliau mengasaskan
Television Broadcasts Limited
(TVB) di Hong Kong, dan memajukannya sehingga menjadi empayar televisyen jutaan dolar yang paling digeruni di dunia.
Isteri pertamanya meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada tahun 1987. Pada tahun yang sama, Shaw Studios berhenti menghasilkan filem. Shaw berkahwin lagi bersama
Mona Fong
(kini timbalan pengerusi TVB sejak tahun 2000) di
Las Vegas
pada tahun 1997.
[4]
Pada tahun 2000, beliau menjual pustaka berisi 760 judul klasik ke Celestial Pictures Limited melalui syarikatnya, Shaw Brothers (Hong Kong) Limited. Nama beliau turut terpapar dalam filem-filem barat yang disokongnya, seperti dalam filem
Blade Runner
di bawah logo
The Ladd Company
.
Dengan hati yang tabah, Shaw Studios memasuki era baru dengan pelaburan besar-besaran Run Run Shaw (menerusi syarikat-syarikat milik beliau) dalam projek Hong Kong Movie City yang bernilai AS$180 juta, sebuah kemudahan studio dan penerbitan seluas 1,100,000 kaki persegi (100,000 m
2
). Projek ini dilengkapi sebuah pentas bunyi paling besar, ternyaman dan tebat bunyi dan getaran di Asia, sebuah kemudahan makmal warna dan imejan digital berkhidmat penuh, lebih 20 suit bunyi dan suntingan, sebuah teater lakaban dan tayangan 400 kerusi, ruang pejabat eksekutif dan penerbitan, kemudahan jamuan, dan kelengkapan kesan visual dan animasi. Projek ini bertujuan menjadi pusat utama Shaw Studios dan sememangnya pemacu kemajuan seluruh industri perfileman Cina.
[6]
Sir Run Run Shaw turut banyak memegang kemudahan perniagaan lain di seluruh dunia. Pembinaan Menara Shaw setinggi 23 aras di Cathedral Place di
Vancouver
,
British Columbia
,
Kanada
merupakan salah satu kepentingannya dalam bidang hartanah.
Selama ini, beliau telah menderma beribu juta dolar kepada badan amal, sekolah dan hospital. Namanya terpapar di kebanyakan bangunan di Hong Kong dan tanah besar China sebagai penghargaan atas sumbangan beliau.
Kolej
konstituen keempat di
Universiti Cina Hong Kong
juga dinamakan sempana naungan Sir Run Run yang membolehkan penubuhan kolej tersebut.
[7]
Beliau menyumbang HK$100 juta kepada tabung bantuan
gempa bumi Sichuan 2008
.
Shaw meninggal dunia dengan aman di kediamannya pada 7 January 2014, pukul 6:55am (Waktu Hong Kong) pada umur 106 tahun, dengan sanak-saudara di samping beliau.
[8]
Pada tahun 1974, beliau dikurniakan darjat
Order of the British Empire
dari kerajaan British. Beliau menerima pangkat kesatria
Knight Bachelor
pada tahun 1977 juga dari kerajaan British serta
Grand Bauhinia Medal
(GBM) dari kerajaan
Pentadbiran Khas
Hong Kong pada tahun 1998.
Akhir-akhir ini, Sir Run Run Shaw menubuhkan anugerah antarabangsa bernama
Hadiah Shaw
, untuk dikurniakan kepada para
saintis
dalam tiga bidang penyelidikan, iaitu
astronomi
,
matematik
, dan
sains kehiudpan
dan
perubatan
. Anugerah ini bernilai sebanyak
AS$
1 juta. Pihak media pun menggelarnya "
Hadiah Nobel
Timur". Hadiah pertama dikurniakan pada tahun 2004.
Anak lelaki sulung Shaw, Dr. Shaw Vee Meng, ialah ketua Yayasan Shaw di Singapura. Shaw merupakan lepasan
barrister-at-law
di
Gray's Inn
,
London
. Beliau turut mengambil bahagian dalam perniagaan filem keluarganya sambil mengetuai beberapa pertubuhan akademik dan amal.
[3]
Anak perempuan Shaw, Violet, menetap di
Hawaii
dan berkahwin dengan Paul Loo, bekas Pengarah Eksekutif
Morgan Stanley
.
- 詹幼鵬、藍潮 (1997).
《邵逸夫傳》
. 藍潮傳記作品 (dalam bahasa Chinese) (ed. First ed.). HK: 名流出版社.
ISBN
962-928-017-5
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|