Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden
ialah jawatan yang dipegang oleh kebanyakan ketua-ketua
organisasi
,
syarikat
,
universiti
, dan juga
negara
. Perkataan
presiden
ialah pinjaman
bahasa Inggeris
,
president
yang merupakan pinjaman daripada
bahasa Latin
prae-
"sebelum" dan
sedere
"menduduki") atau orang yang menduduki tempat tertinggi sebagai ketua. Pada asalnya, terma ini merujuk kepada pegawai yang mengetuai upacara atau mesyuarat (misalnya
Pengerusi
); tetapi hari ini ia merujuk kepada pegawai berkuasa eksekutif.
Selain itu,
Presiden
ialah pangkat bagi ketua negara sebuah negara
republik
, yang dipilih oleh rakyat, dipilih oleh penggubal undang-undang atau kolej pilihanraya khas. Ramai diktator kerap mengambil pangkat Presiden.
Pada asalnya, jawatan ini merujuk kepada pengerusi sebuah jawatankuasa atau badan berkanun
governing body
di Britain. Kemudian, ia digunakan oleh pemimpin politik. Contoh-contoh awal termasuklah Universiti-universiti
Oxford
dan
Cambridge
(sejak
1464
); Presiden pengasas "
the Royal Society
"
William Brouncker
pada 1660; ketua-ketua koloni British (pada asalnya di
Virginia
pada
1608
); dan
ketua pegawai eksekutif
bank
(sejak
1781
).
Terma ini telah diguna pakai sebagai gelaran bagi "pegawai berkuasa
Kongres Kontinental
" pada
1774
, bilamana
George Washington
telah dilantik sebagai
Presiden AS
yang pertama.
Apabila negara-negara lain mengikuti jejak langkah
Revolusi Amerika
, lalu menumbangkan
monarki
mereka, ketua negara republik yang baru telah diberi gelaran Presiden. Presiden Eropah yang pertama ialah
Presiden Perancis
, sebuah jawatan yang direka sewaktu
Republik Perancis Kedua
pada
1848
. Semasa bermulanya
Republik Perancis Pertama
, eksekutif yang berasingan tidak wujud dan hanya terdapat lima orang Pengarah Perancis dan kemudian kerajaannya telah mengguna pakai sistem Republik
Rom kuno
dengan melantik tiga orang
konsul
sebagai ketua negara.
Pada hari ini, kebanyakan
republik
mempunyai Presiden sebagai Ketua Negara.