Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu
pesisir
ialah kawasan hujung tanah yang bersempadan dengan suatu
badan air
yang besar seperti
lautan
,
laut
dan
tasik
. Dalam
oseanografi fizikal
, suatu pesisir ialah perbatasan luas yang dipengaruhi sifat geografinya berdasarkan perilaku badan air pada dulu dan kini, sementara
pantai
pula merujuk kepada hujung pesisir yang mewakili
zon pasang surut
kalau ada.
[1]
Berbanding dengan
pinggir laut
, suatu pesisir boleh bersempadan dengan mana-mana badan air sementara "pinggir laut" bersempadan dengan laut atau lautan. Dengan itu, suatu pinggir laut boleh dikira sebagai sejenis pesisir. Pesisir dipengaruhi
topografi
sekeliling, termasuk
hakisan
air seperti ombak. Sifat geologi batuan dan tanah pesisir mampu mewakili jenis pesisir yang terbentuk.
- ^
Pickard, George L.; William J. Emery (1990).
Descriptive Physical Oceanography
(ed. 5, illustrated). Elsevier. m/s. 7?8.
ISBN
075062759X
.