Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertandingan Lagu Eurovision 1993
ialah edisi ke-38
Pertandingan Lagu Eurovision
dan diadakan pada 15 Mei 1993 di
Millstreet
,
County Cork
,
Republik Ireland
. Acara ini dihoskan oleh
Fionnuala Sweeney
.
Niamh Kavanagh
yang mewakili Irelandia memenangi pertandingan ini dengan lagunya, "
In Your Eyes
". Ini merupakan kemenangan kelima untuk Ireland.
Lokasi penganjuran pertandingan kali ini dianggap lebih baik.
Millstreet
, yang ketika itu berpenduduk lebih kurang hanya 1,500 orang, ialah bandar penganjuran Eurovision yang paling kecil, dan juga paling terpencil. Namun, dianggap sepadan sebagai lokasi pertandingan bagi
RTE
. Dengan sokongan dari pihak tempatan dan kebangsaan, ditambah dengan beberapa perniagaan di Millstreet, infrastruktur bandar ini sangat dipertingkatkan untuk memudahkan penganjuran pertandingan.
Pembaca berita
BBC
Nicholas Witchell
mencetuskan kontroversi kerana sebelum pertandingan beliau mengatakan bahawa pertandingan ini akan diadakan "di sebuah kandang lembu di Ireland."
[1]
Beliau kemudian meminta maaf.
Peringkat dua teratas di pertandingan tahun ini sama dengan dua teratas pada tahun sebelumnya, iaitu Ireland sebagai pemenang dan United Kingdom sebagai pemenang tempat kedua.