Askar Amerika melancarkan meriam anti pesawat
Bofors 40mm buatan Sweden
berhampiran pantai
Algeria
pada tahun 1943
Peperangan anti pesawat
atau
pertahanan balas udara
ditakrifkan oleh
NATO
sebagai "semua langkah-langkah dibuat untuk membatalkan atau mengurangkan keberkesanan tindakan udara musuh."
[1]
Ia merangkumi sistem senjata yang bertempat di darat dan udara, sistem sensor yang berkaitan, pengurusan perintah dan kawal dan langkah-langkah pasif (seperti
belon baraj
). Ia boleh digunakan untuk melindungi tentera laut, darat, dan udara di mana-mana lokasi. Walaubagaimanapun, bagi kebanyakkan negara usaha utama lebih cenderung menjadi 'pertahanan tanahair'. NATO merujuk pertahanan udara airborne sebagai
cegah udara
dan pertahanan udara tentera laut sebagai
peperangan anti pesawat
. Pertahanan peluru berpandu adalah lanjutan daripada pertahanan udara sebagai inisiatif untuk menyesuaikan pertahanan udara dengan tugas memintas sebarang projektil yang terbang.
Di beberapa negara, seperti Britain dan Jerman semasa
Perang Dunia Kedua
, pihak Soviet Union dan
Markas Bersekutu Eropah
NATO, pangkalan darat pertahanan udara dan pesawat pertahanan udara telahpun berada dibawah perintah dan kawal bersepadu. Namun, ketika seluruh pertahanan udara mungkin untuk pertahanan tanah air termasuk kemudahan tentera, pasukan-pasukan di medan tempur, dimana sahaja mereka berada, selalunya menggerakkan keupayaan pertahanan udara mereka sendiri jika terdapat ancaman udara. Keupayaan pangkalan darat pertahanan udara juga boleh diatur gerak secara ofensif untuk menghalang penggunaan ruang udara oleh pihak lawan.
Sehingga tahun 1950an, meriam yang menembak peluru-peluru balistik antara 20 mm hingga 150 mm adalah senjata yang standard; peluru berpandu kemudian menjadi dominan, kecuali pada jarak yang sangat dekat (sama dengan
sistem senjata jarak dekat
, yang biasanya menggunakan
meriam putar automatik
atau, didalam sistem yang sangat moden, peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat versi peluru berpandu udara ke udara).
Istilah
pertahanan udara
mungkin pertama kali digunakan oleh pihak Britain apabila
Pertahanan Udara Great Britain
(Air Defence of Great Britain-ADGB) telah ditubuhkan sebagai markas pasukan
Tentera Udara Diraja
pada tahun 1925. Namun, pengurusan di UK juga menggelarkannya sebagai 'anti-aircraft' (anti pesawat), disingkatkan kepada
AA
, sejenis istilah yang kekal digunakan sehingga tahun 1950an. Selepas
Perang Dunia I
ia kadangkala dibubuh awalan 'Light' (Ringan) atau 'Heavy' (Berat) (LAA atau HAA) bagi mengklasifikasikan jenis meriam atau unit. Nama samaran bagi meriam anti pesawat adalah
AA
,
AAA
atau
triple-A
, iaitu
singkatan kata
daripada
anti-aircraft artillery
(artileri anti pesawat); "
ack-ack
" (dari
ejaan abjad
yang digunakan oleh British untuk menyampaikan bunyi "AA");
[2]
dan
archie
(sejenis istilah Perang Dunia I British yang mungkin dicipta oleh
Amyas Borton
dari
Kor Penerbangan Diraja
dan dipercayai berasal daripada pelawak
dewan muzik
George Robey
yang menyebut "Archibald, certainly not!"
[3]
).
NATO mentakrifkan anti-aircraft warfare (AAW) atau peperangan anti pesawat sebagai "langkah-langkah yang diambil untuk mempertahankan pasukan maritim daripada serangan senjata airborne yang dilancarkan oleh kapal terbang, kapal, kapal selam dan tapak pangkalan di darat."
[4]
Didalam beberapa tentera darat istilah
All-Arms Air Defence
(AAAD) atau Pertahanan Udara Semua Senjata telah digunakan untuk pertahanan udara oleh askar bukan pakar. Istilah lain dari hujung abad ke-20 termasuklah
GBAD
(Ground Based Air Defense/Pertahanan Udara Berpengakalan Darat) dengan istilah berkaitan
SHORAD
(Short Range Air Defense/Pertahanan Udara Jarak Dekat) dan
MANPADS
("Sistem Pertahanan Udara Mudah Alih": ianya biasa dipikul di bahu untuk melancarkan peluru berpandu). Peluru berpandu anti pesawat yang pelbagai dipanggil
peluru berpandu permukaan ke udara
, disingkatkan dan disebut "SAM" dan Senjata Berpandu Permukaan ke Udara (Surface to Air Guided Weapon-SAGW).
Istilah bukan Inggeris untuk pertahanan udara ialah
Flak
(
Fl
ieger
a
bwehr
k
anone, "meriam pertahanan (menentang) pesawat" Jerman,
[5]
juga dinamakan sebagai
Fl
ug
a
bwehr
k
anone
), dari bahasa Inggeris
flak
, dan istilah Rusia
Protivovozdushnaya oborona
(
Abjad Cyril
: Противовозду?шная оборо?на), terjemahan literal "pertahanan anti (pesawat) udara", disingkatkan sebagai
PVO
.
[6]
Di Rusia sistem AA dipanggil sistem (meriam, peluru berpandu dll)
zenitnye
(iaitu "menunjuk ke puncak"). Di Perancis, pertahanan udara dipanggil
DCA
(
D
efense
c
ontre les
a
eronefs
, "aeronef" menjadi istilah generik bagi semua jenis kelengkapan airborne (kapal terbang, kapal udara, belon, misil, roket, dll.)).
[7]
Jarak maksimum di mana meriam atau peluru berpandu dapat memintas sesebuah pesawat adalah angka yang penting. Namun, banyak definisi yang berbeza dipakai melainkan definisi sama digunakan, prestasi meriam atau misil yang berbeza tidak boleh dibandingkan. Untuk meriam AA hanya bahagian menaik trajektori yang berguna boleh dipakai. Satu istilah adalah 'siling', iaitu had ketinggian maksimum yang boleh dicapai projektil jika ditembak secara menegak, tidak praktikal digunakan kerana hanya sedikit meriam AA yang mampu menembak secara menegak, dan tempoh maksimum fius barangkali terlalu singkat, tetapi berpotensi sebagai satu standard untuk membandingkan senjata yang berbeza.
Pihak British mengguna pakai terma "siling efektif", iaitu ketinggian yang mana sesuatu meriam boleh melepaskan tembakan peluru berturut-turut terhadap sasaran yang bergerak; ia boleh dikekang oleh kendalian masa fius maksimum serta keupayaan senjata itu. Menjelang akhir tahun 1930an definisi British adalah "ketinggian yang mana sasaran terus menghampiri pada kelajuan 400 mph
(=643.6 km/h)
boleh bertempur selama 20 saat sebelum meriam itu mencapai sudut 70 darjah".
[8]
Walaubagaimanapun, siling efektif bagi meriam berat AA terjejas oleh faktor-faktor bukan balistik:
- Kendalian masa maksimum fius, ia menetapkan masa maksimum penerbangan yang digunakan.
- Keupayaan alat kawalan tembakan untuk menentukan ketinggian sasaran pada jarak jauh.
- Ketepatan kadar kitaran tembakan, panjang fius terpaksa dikira dan menetapkan dimana sasaran akan berada pada masa penerbangan selepas menembak, untuk melakukan tujuan ini mesti mengetahui dengan tepat semasa pusingan tembakan.
- ^
AAP-6
- ^
"ack-ack, adj. and n.".
OED Online. September 2013. Oxford University Press. (accessed September 14, 2013).
- ^
"A E Borton_P"
. Rafweb.org
. Dicapai pada
19 June
2010
.
- ^
.AAP-6
- ^
"flak"
. Merriam-Webster Online Dictionary. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2008-05-14
. Dicapai pada
30 June
2008
.
- ^
Bellamy pg 219
- ^
le petit Larousse 2013 p20-p306
- ^
Hogg WW2 pg 99?100
- AAP-6 NATO Glossary of Terms. 2009.
- Bellamy, Chris. 1986. "The Red God of War ? Soviet Artillery and Rocket Forces". London: Brassey's
- Bethel, Colonel HA. 1911. "Modern Artillery in the Field". London: Macmillan and Co Ltd
- Checkland, Peter and Holwell, Sue. 1998. "Information, Systems and Information Systems ? making sense of the field". Chichester: Wiley
- Gander, T 2014. "The Bofors gun", 3rd edn. Barnsley, South Yorkshire: Pen & Sword Military.
- Hogg, Ian V. 1998. "Allied Artillery of World War Two". Malborough: The Crowood Press
ISBN 1-86126-165-9
- Hogg, Ian V. 1998. "Allied Artillery of World War One" Malborough: The Crowood Press
ISBN 1-86126-104-7
- Hogg, Ian V. 1997. "German Artillery of World War Two" London: Greenhill Books
ISBN 1-85367-261-0
- Routledge, Brigadier NW. 1994. "History of the Royal regiment of Artillery ? Anti-Aircraft Artillery 1914?55". London: Brassey's
ISBN 1-85753-099-3
- Handbook for the Ordnance, Q.F. 3.7-inch Mark II on Mounting, 3.7-inch A.A. Mark II ? Land Service. 1940. London: War Office 26|Manuals|2494
- History of the Ministry of Munitions. 1922. Volume X The Supply of Munitions, Part VI Anti-Aircraft Supplies. Reprinted by Naval & Military Press Ltd and Imperial War Museum.
- Flavia Foradini:
I bunker di Vienna", Abitare 2/2006, Milano
- Flavia Foradini, Edoardo Conte:
I templi incompiuti di Hitler", catalogo della mostra omonima, Milano, Spazio Guicciardini, 17.2-13.3.2009
Templat:Weapons