Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyahhutanan
,
penebangan hutan
atau
penggondolan hutan
ialah kegiatan penghapusan
hutan
atau
pokok-pokok
dari suatu kawasan tanah yang kemudian
ditukar
kepada penggunaan bukan hutan.
[2]
Penebangan hutan boleh melibatkan penukaran tanah hutan kepada
ladang
, atau kegunaan luar bandar. Di antara 15 juta dan 18 juta
hektar
hutan, tanah seluas
Bangladesh
, dimusnah setiap tahun. Rata-rata 2,400 pokok ditebang setiap minit.
[3]
Keadaan ini boleh didorong beberapa sebab: pokok ditebang agar dapat memperoleh bahan binaan atau bahan bakar (kadang-kadang dalam bentuk
arang
atau
kayu
), manakala tanah yang dibersihkan boleh digunakan sebagai
padang rumput
untuk ternakan dan
perladangan
. Penghapusan pokok tanpa penghijauan yang mencukupi telah mengakibatkan
kerosakan habitat
, kehilangan biodiversiti, dan
kelembapan
. Ia mempunyai kesan buruk terhadap penyerapan biokimia
karbon dioksida atmosfera
.Hal ini merupakan isu yang berterusan.
[4]
Kegiatan ini paling tertumpu berlaku di
hutan hujan tropika
[5]
yang merangkumi kira-kira 31% permukaan tanah di bumi terlitup serta merupakan habitat separuh daripada spesies tumbuhan dan haiwan seluruh dunia.
[6]
[7]
Hal demikian boleh menyebabkan
kepupusan
, perubahan keadaan iklim,
penggurunan
dan penghapusan populasi, seperti yang diperhatikan oleh keadaan semasa dan pada masa lalu melalui rekod
fosil
.
[8]
Ianya dapat menyebabkan manusia kekurangan oksigen dan senang dijangkiti penyakit. Ianya kerana pokok menyerap karbon dioksida lalu menyebarkan oksigen kepada manusia. Jika bumi ini kekurangan pokok, maka manusia akan kekurangan oksigen dan kesihatan manusia tidak akan terjamin.
- ^
"Un dizieme des terres sauvages ont disparu en deux decennies"
(
Radio Television Suisse
) citing
Watson, James E.M.; Shanahan, Danielle F.; Di Marco, Moreno; Allan, James; Laurance, William F.; Sanderson, Eric W.; MacKey, Brendan; Venter, Oscar (2016). "Catastrophic Declines in Wilderness Areas Undermine Global Environment Targets".
Current Biology
.
26
(21): 2929?2934.
doi
:
10.1016/j.cub.2016.08.049
.
PMID
27618267
.
- ^
SAFnet Dictionary|Definition For [deforestation]
. Dictionary of forestry.org (29 July 2008). Retrieved 2011-05-15.
- ^
"On Water"
.
European Investment Bank
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-10-13
.
- ^
Henkel, Marlon.
21st Century Homestead: Sustainable Agriculture III: Agricultural Practices
(dalam bahasa Inggeris). Lulu.com.
ISBN
9781312939752
.
- ^
Bradford, Alina. (4 March 2015)
Deforestation: Facts, Causes & Effects
. Livescience.com. Retrieved 2016-11-13.
- ^
Rainforest Facts
Diarkibkan
2015-10-22 di
Wayback Machine
. Nature.org (1 November 2016). Retrieved 2016-11-13.
- ^
Deforestation | Threats | WWF
. Worldwildlife.org. Retrieved 13 November 2016.
- ^
Sahney, S.; Benton, M.J.; Falcon-Lang, H.J. (2010). "Rainforest collapse triggered Pennsylvanian tetrapod diversification in Euramerica".
Geology
.
38
(12): 1079?1082.
Bibcode
:
2010Geo....38.1079S
.
doi
:
10.1130/G31182.1
.
- Di dalam media
- Filem dalam talian