Pembunuhan Beramai-ramai Nan Jing
(
Cina Tradisional
:
南京大屠殺
,
Cina Ringkas
:
:南京大屠?
,
pinyin
: Nanj?ng Datush?), juga dikenali sebagai
the Rape of Nanking
, ialah satu perisitwa
jenayah perang
berbentuk
genosid
yang
dilakukan oleh tentera Jepun
di
Nanjing
yang ketika itu
ibu negara
Republik China
, setelah kecundang di tangan
Tentera Diraja Jepun
pada
13 Disember
1937
. Tempoh pembunuhan beramai-ramai ini tidak begitu jelas, namun keganasan berkekalan selama enam minggu, sehingga awal Februari 1938.
Ketika pendudukan Nanjing, tentera Jepun melakukan banyak kezaliman, seperti me
rogol
, men
jarah
,
membakar dengan sengaja
dan menghukum mati
tahanan perang
dan
orang awam
. Walaupun hukuman mati dimulakan atas dalih menghapuskan askar-askar Cina yang menyamar sebagai orang awam, sebilangan besar yang tidak bersalah dikenal pasti sebagai penjuang musuh secara sengaja lalu dihukum mati?atau dibunuh serta-merta?apabila pembunuhan beramai-ramai makin menjadi-jadi. Sebilangan besar wanita dan kaank-kanak juga dibunuh apabila perbuatan merogol dan membunuh kian meluas.
Menurut
Tribunal Tentera Antarabangsa Kehakiman untuk Timur Jauh
, "Anggaran-anggara yang dibuat pada satu tarikh yang kemudian menunjukkan bahawa jumlah bilangan orang awam dan tahanan perang yang dibunuh di Nanking dan kawasan sekitaranya ketika enam minggu pertama pendudukan Jepun melebihi 200,000 orang. Bahawa anggaran-anggaran ini tidak ditokok tambah adalah disebabkan kenyataan bahawa persatuan-persatuan pengebumian dan pertubuhan-pertubuhan lain mengira lebih 155,000 mayat yang dikebumikan mereka. Mereka juga melaporkan bahawa kebanyakan mayat itu terikat dengan tangannya diikat di belakang. Perangkaan ini tidak mengambil kira sesiapa yang mayatnya musnah kerana dijilat api, atau dicampak ke dalam Sungai Yangtze, atau selainnya dibuang oleh pihak Jepun."
[1]
(Perenggan 2, ms 1015, Judgment International Military Tribunal for the Far East)
Takat kezaliman itu masih diperdebat antara pihak China dan Jepun, dengan bilangannya
[1]
daripada beratus-ratus yang diakui sesetengah pihak Jepun,
[2]
hingga 300,000 yang mati bukan di perang yang diakui pihak China
[3]
. Sebilangan penyelidik Jepun mengira 100,000 ? 200,000 sebagai anggaran.
[4]
Negara-negara lain pula percaya bilangan korban adalah antara 150,000 ? 300,000.
[5]
Bilangan ini mula-mula diiktiraf pada Januari 1938 oleh
Harold Timperly
, seorang wartawan di China ketika pencerobohan Jepun, berdasarkan laporan dari saksi-saksi masa itu. Sumber-sumber lain, termasuk buku
The Rape of Nanking
oleh
Iris Chang
, juga menghebohkan 300,000 sebagai bilangan korban. Tambahan pula, pada 12 Disember 2007, dokumen-dokumen kerajaan AS yang baru diubah status mendedakan bilangan korban yang jauh lebih tinggi dalam lingkungan 500,000, di kawasan sekitar Nanking sebelum diduduki.
[6]
Selain bilangan mangsa, beberapa pengkritik dari Jepun juga meragui kewujudan kezaliman itu pun. Sungguhpun
kerajaan Jepun
telah mengakui terjadinya insiden itu
[
perlu rujukan
]
, sesetengah nasionalis Jepun mendakwa, menggunakan sebahagian dakwaan Tentera Diraja Imperial Jepun di Tribunal Tentera Antarabangsa untuk Timur Jauh, bahawa bilangan korban itu hanya melibatkan tentera dan tiada berlakunya kezaliman terhadap orang awam pun. Dakwaam ini turut dikritik oleh ramai tokoh, dengan memetik kenyataan pihak bukan China di Tribunal, saksi-saksi lain dan melalui bukti fotografi dan arkeologi bahawa pembunuhan orang awam pernah berlaku.
Pengecaman pembunuhan beramai-ramai ini ialah satu titik tengah
nasionalisme China
. Bagaimanapun, di Jepun, pendapat orang ramai mengenai kekeruhan pembunuhan beramai-ramai ini masih banyak berbelah bagi - ini terbukti oleh kenyataan bahawa sementara sesetengah komentar Jepun memanggilnya sebagai 'Pembunuhan beramai-ramai Nanking'
(
南京大虐殺
,
Nankin daigyakusatsu
)
, yang lain pula memakai istilah 'Insiden Nanking'
(
南京事件
,
Nankin jiken
)
yang lebih samar-samar. namun, istilah ini boleh memaksudkan satu
Insiden Nanjing
berasingan yang berlaku ketika rampasan bandar ini oleh pihak Nasionalis pada tahun 1927 sebagai sebahagian Ekspedisi Utara, yang mana warga asing di bandar ini diserang. Pembunuhan beramai-ramai tahun 1937 ini serta takat liputannya dalam buku teks sekolah masih menjadi titik perdebatan dan kontroversi dalam
hubungan China-Jepun
.
- ^
A more complete account of what numbers are claimed by who, can be found in self described "moderate" HATA Ikuhiko's article
The Nanking Atrocities: Fact and Fable
found here
https://archive.is/20120604094104/www.wellesley.edu/Polisci/wj/China/Nanjing/nanjing2.html
- ^
TANAKA Masaaki claims that very few citizens were killed, and that the massacre is in fact a fabrication in his book
"Nankin gyakusatsu” no kyokU (The "Nanking Massacre" as Fabrication)
http://www.ne.jp/asahi/unko/tamezou/nankin/whatreally/index.html
- ^
"Why the past still separates China and Japan
Robert Marquand (August 20, 2001) Christian Science Monitor. States an estimate of 300,000 dead
- ^
KASAHARA Tokushi states "more than 100,000 and close to 200,000, or maybe more", referring to his own book
Nankin jiken
Iwanami shinsho (FUJIWARA Akira (editor)
Nankin jiken o dou miruka
1998 Aoki shoten,
ISBN 4-250-98016-2
, p.18). This estimation includes the surrounding area outside of the city of Nanking, which is objected by a Chinese researcher (the same book, p.146). HORA Tomio concludes "more than 200,000" in his book (
Nankin jiken o dou miruka
p.123, YOSHIDA Hiroshi
Tennou no guntai to Nankin jiken
1998 Aoki shoten,
ISBN 4-250-98019-7
, p.160). HORA Tomio writes 50,000 ? 100,000 (TANAKA Masaaki
What Really Happened in Nanking
2000 Sekai Shuppan, Inc.
http://www.sdh-fact.com/
ISBN 4-916079-07-8
, p.5).
- ^
Based on the Nanking war crimes trial verdict (incl. 190,000 mass slaughter deaths and 150,000 individual killings) March 10, 1947
- ^
http://news.xinhuanet.com/english/2007-12/12/content_7236237.htm
U.S. archives reveal war massacre of 500,000 Chinese by Japanese army