한국   대만   중국   일본 
Osteoporosis - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Osteoporosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Osteoporosis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD - 10 M80 - M82
ICD - 9 733.0
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Osteoporosis ialah sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan ketumpatan mineral tulang , gangguan mikroarkitektur tulang, dan perubahan jumlah serta jenis protein bukan kolagen di dalam tulang. Tulang osteoporosis lebih mudah patah . Sebab utama osteoporosis berlaku ialah kekurangan kalsium .

Osteoporosis ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai:

  • ketumpatan mineral tulang 2.5 sisihan piawai di bawah puncak jirim tulang (purata orang sihat jantina sepadan berumur 20 tahun) sebagaimana yang diukur oleh DXA ; atau
  • fraktur kerapuhan .

Sedangkan rawatan semakin boleh didapati (umpamanya bisfosfonat ), pencegahan masih dianggap sebagai cara yang paling penting untuk mengurangkan kejadian tulang patah. Disebabkan oleh komponen hormon , lebih banyak orang wanita, khususnya selepas putus haid , menghidapi osteoporosis berbanding dengan orang lelaki. Tambahan pula, osteoporosis boleh diakibatkan oleh berbagai-bagai keadaan hormon, serta merokok , dan ubat (khususnya glukokortikoid ).