Nowr?z
|
---|
|
Juga dikenali sebagai
| Juga dieja Norouz, Norooz, Narooz, Nawruz, Newroz, Newruz, Nauruz, Nawroz, Noruz, Novruz, Nauroz, Navroz, Naw-Ruz, Nowroj, Navroj, Nevruz, Neyruz,
Навр?з
, Navruz, Navrez, Nooruz, Nauryz, Nevruz, Nowrouz,
|
---|
Diraikan oleh/di
| Terutamanya di:
Iran
Afghanistan
Azerbaijan
Tajikistan
Kurdistan Iraq
kelompok etnik dan keagamaan seluruh dunia:
Diaspora Azerbaijan
,
Zoroastrian
,
Baha'i
dan
diaspora Iran
. Juga disambut di
Albania
,
Armenia
,
Azerbaijan
,
Bosnia
,
Caucasus
,
Crimea
,
Georgia
,
India
,
Iraq
(
Kurdistan Iraq
),
Kashmir
,
Kazakhstan
,
Kosovo
,
Kyrgyzstan
,
Macedonia
,
Pakistan
,
Serbia
,
Syria
,
Uzbekistan
.
|
---|
Kepentingan
| Sambutan tahun baru
|
---|
Sambutan
| Perhiasan
Haft-Sin
,
Chaharshanbe Suri
,
Sizdah Bedar
, dsb.
|
---|
Tarikh
| 20, 21 atau 22 Mac
Sesetengah golongan menyambutnya pada Ekuinoks Musim Bunga yang setepatnya, manakala yang lain menyambutnya pada hari yang tetap setiap tahun. Kaum
Pandit Kashmir
menyambut Nowruz pada suatu tarikh antara pertengahan Mac dan pertengahan April, yang ditentukan oleh
takwim qamari
Hindu
.
|
---|
Tarikh 2024
| date missing (please add)
|
---|
Nowr?z
(
Parsi
:
?????
[no?ruːz]
), "Hari Baru") ialah perayaan tahun baru kuno tradisional yang disambut oleh
Iran
[1]
dan Kurdistan dan juga hari pertama
tahun baru Iran
.
Nowruz diraikan dan disambut oleh
bangsa Iran
dan
bangsa-bangsa jirannya
, dan juga tersebar ke tempat lain di dunia, termasuk
Asia Tengah
,
Asia Selatan
,
China Barat Laut
, rantau
Crimea
dan juga sesetengah kelompok etnik di
Albania
,
Bosnia
,
Serbia
dan
Republik Macedonia
.
Nowruz menandakan hari pertama musim bunga dan bermulanya tahun baru dalam
takwim Iran
. Nowruz disambut pada hari yang berlakunya
ekuinoks musim bunga
dalam astronomi, iaitu sekitar 20?22 Mac bergantung kepada tempat pemerhatiannya. Selain menjadi hari raya
Zoroastrian
yang penting kepada leluhur bangsa Iran yang beragama Zoroastrian, hari ini juga disambut sebagai tahun baru di sesetengah rantau India. Detik Matahari melintasi
khatulistiwa cakerawala
dan menyamakan kala malam dan siang dihitung setiap tahun untuk menentukan bila berkumpulnya seluruh ahli keluarga
Iran
untuk menyambut Nowruz.
Nowruz pada asalnya merupakan perayaan yang tersuci dalam agama Zoroastrian, tetapi tidak diketahui bila julung kali sambutannya, namun orang ramai percaya bahawa Zoroaster sendiri yang mencipta perayaan ini.
[2]
Semenjak zaman
Achaemenid
, tahun baru bermula secara rasmi apabila
Matahari
beralih dari kala
zodiak
Pisces
ke
Aries
untuk menandakan Ekuinoks Musim Bunga. Perayaan Yahudi
Purim
mungkin sekali diilhamkan oleh Tahun Baru Parsi.
[3]
Nowruz juga diraikan oleh pengikut mazhab
Ismaili
,
Alawi
,
[4]
Alevi
, dan penganut
agama Baha'i
.
[5]
Istilah Nowruz julung kalinya tertulis pada catatan
Parsi
pada abad ke-2 Masihi, tetapi hari perayaan ini juga penting pada zaman Achaemenid (kira-kira 648-330 SM), apabila para raja dari negara-negara taklukan empayar Parsi mempersembahkan ufti kepada Maharaja Parsi (
Shahanshah
) sempena hari Nowruz.
[6]
.
Pada tahun 2010, Perhimpunan Agung PBB mengiktiraf Hari Antarabangsa Nowruz, sebagai perayaan musim bunga yang berasal dari bangsa
Parsi
dan disambut selama 3,000 tahun.
[7]
Di mesyuarat
Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Melindungi Warisan Tak Ketara
yang dianjurkan oleh
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
dari 28 September hingga 2 Oktober 2009 di
Abu Dhabi
, Nowr?z secara rasminya dimasukkan dalam Senarai Warisan Kebudayaan Kemanusiaan Tak Ketara
UNESCO
.
[8]
[9]
[10]
[11]
Mulai tahun 2010,
Perhimpunan Agung PBB
mengiktiraf 21 Mac sebagai "Hari Nowruz Antarabangsa".
[12]
Pada 15 Mac 2010,
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
meluluskan
Resolusi Nowruz
(H.Res. 267), dengan undian 384-2,
[13]
untuk "Mengiktiraf kepentingan kebudayaan dan sejarah Nowruz, ... .".
[14]
- ^
Josef W. Meri, Jere L. Bacharach, "Medieval Islamic Civilization: L-Z, index ", Taylor & Francis, 2006. pp 605: "Buyid rulers such as Azud al-Dawla resusciated a number of pre-islamic Iranian practices, most notably the titular of shahanshah (king of kings) and the celebration of the Persian New Year
- ^
Boyce, M. Festivals. I. Zoroastrian. Encyclopaedia Iranica.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
Britannica
- ^
"But they also celebrate some of the same festivals as the Christians, like Christmas and Epiphany, as well as Nawruz, which originally is the Zoroastrian New Year."
- ^
"The Baha'i Calendar"
. Dicapai pada
2007-03-19
.
- ^
Norouz in the Course of History
- ^
UN.org
- ^
Novruz, Nowrouz, Nooruz, Navruz, Nauroz, Nevruz: Inscribed in 2009 on the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity
,
UNESCO
.
- ^
Noruz and Iranian radifs registered on UNESCO list
, Tehran Times, 1 October 2009,
TehranTimes.com
.
- ^
Persian music, Nowruz make it into UN heritage list
, Press TV, 1 October 2009,
PressTV.ir
- ^
Nowruz became international
, in Persian, BBC Persian, Wednesday, 30 September 2009,
BBC.co.uk
- ^
Businessweek.com
- ^
House Passes Historic Norooz (sic) Resolution
, National Iranian American Council, Monday, 15 March 2010.
- ^
Legislative Digest, GOP.gov
Diarkibkan
2010-04-14 di
Wayback Machine
, H.Res. 267.