Puan Sri
Datin Paduka
Hajah
Noorainee binti Haji Abdul Rahman
(lahir 21 April 1952), ialah isteri kepada mantan
Perdana Menteri Malaysia
ke-8,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
. Beliau juga merupakan mantan Penaung
PUSPANITA
Kebangsaan dan merupakan mantan Naib Yang Dipertua
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri
(BAKTI). Semasa suaminya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
menjadi
Menteri Besar Johor
, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR).
Beliau merupakan bekas murid
Sultan Abu Bakar Girl School (SABGS)
dan pelajar
Sultan Abu Bakar Secondary Girl School (SABSGS)
atau kini dikenali sebagai
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar
.
Beliau telah berkahwin dengan
Tan Sri Muhyiddin Yassin
pada tanggal
22 September
1972
.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak,
Datuk
Fakhri Yassin Mahiaddin
, (Berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh
korporat
dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif;
Datin Sri
Nabilah Mahiaddin, (Berkahwin dengan
Dato' Sri
Muhamad Adlan Berhan);
Najwa Mahiaddin
atau lebih dikenali sebagai
NJWA
, (Berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin berkahwin dengan Irena.
Anak-anak beliau banyak terlibat dalam bidang perniagaan dan
korporat
, industri hiburan dan penulisan. Anak beliau Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang tokoh
korporat
di
Malaysia
dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif. Anak kedua pula, Datin Sri Nabilah banyak terlibat dalam penulisan buku dan anak ketiga, iaitu
Najwa
dan Farhan Yassin berkongsi minat yang sama dalam industri hiburan.
Salah seorang daripada cucu beliau, Iman Alisha Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang atlit
gimrama
yang mewakili
Wilayah Persekutuan
dalam
Sukan Malaysia 2018
di
Perak Darul Ridzuan
ketika berusia 13 tahun. Kakaknya, Iman Suraya juga aktif dalam sukan gimrama begitu juga adik-adiknya, Iman Arissa dan Iman Aleena.
[1]
Tan Sri Haji Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Hajah Fadzilah Md Ariff
[2]
adalah merupakan ibu bapa kepada menantu beliau, Datin Fara Ikma. Tuan Berhan Manap dan Puan Jamaliah Baba adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Dato' Sri Muhamad Adlan.
[3]
Encik Koh Lai Poo dan Puan Chiam Juat Wah
[4]
pula adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Idris Koh Keng Hui.
Beliau adalah menantu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yasin bin Muhammad, seorang ulamak yang tersohor di
Muar
dilahirkan di
Tanjung Bidara
,
Melaka
dan juga berketurunan
Bugis
. Ibu mertua beliau pula adalah, Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim, berketurunan
Jawa
.
Beliau adalah Penaung, Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Ia adalah cetusan daripada ilham beliau untuk memberi peluang kepada para murid dan pelajar untuk mendapatkan pendidikan ketika mereka dirawat di hospital. Ia adalah kerjasama antara
Kementerian Pelajaran Malaysia
,
Kementerian Kesihatan Malaysia
dan
Yayasan Nurul Yaqeen
.
[5]
[6]
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) telah menghasilkan dua baka orkid hibrid bersempena nama beliau, iaitu Aranda Puan Sri Noorainee dan Mokara Puan Sri Noorainee.
[7]
[8]
- Penaung,
PUSPANITA
- Kebangsaan
[11]
- Jabatan Perdana Menteri Malaysia
- Kementerian Dalam Negeri Malaysia
[12]
- Kementerian Pendidikan Malaysia
[13]
- Kementerian Pelajaran Malaysia
[14]
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
[15]
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
- Yang Dipertua,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- Penaung, Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital
[16]
- Timbalan Pengerusi,
Yayasan Nurul Yaqeen
- Penaung, Persekutuan Gimnastik Malaysia
[17]
- Penaung, SPWinds,
[18]
Sekolah Seri Puteri
,
Cyberjaya
- Penaung, Teater Muzikal Tun Mahathir
[19]
- Ahli Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia)
[20]
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
Isteri Timbalan Perdana Menteri (2009-2015)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
Isteri Menteri Dalam Negeri (2018-2020)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Yang Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
-
Johor
- Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
-
Pahang
- Yang Hormat Dato' Sri Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
-
Sabah
- Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
- ^
Cucu Tan Sri Muhyiddin curi tumpuan
- ^
Anak Tan Sri Muhyiddin tinggalkan kerusi Lembaga Pengarah syarikat EDEN milik ibu bapa mertuanya
Diarkibkan
2018-06-20 di
Wayback Machine
, dicapai pada 20 Jun 2018
- ^
Keluarga Tan Sri Muhyiddin bercuti di Eropah
Diarkibkan
2018-06-20 di
Wayback Machine
, dicapai pada 21 Jun 2018
- ^
Najwa Mahiaddin bergelar isteri
, dicapai pada 21 Jun 2018
- ^
Sekolah Dalam Hospital
Diarkibkan
2016-12-03 di
Wayback Machine
, dicapai pada
3 Disember
2016
- ^
"Sekolah Dalam Hospital"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-09-26
. Dicapai pada
2018-09-26
.
- ^
"Orkid hibrid baka terkini"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-10-02
. Dicapai pada
2018-10-02
.
- ^
"Aranda Puan Sri Noorainee MARDI 2005 - registered (RHS)"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-10-02
. Dicapai pada
2018-10-02
.
- ^
Sejarah BAKTI
Diarkibkan
2018-06-21 di
Wayback Machine
, dicapai pada 22 Jun 2018
- ^
Sejarah JUITA
Diarkibkan
2018-06-21 di
Wayback Machine
, dicapai pada 22 Jun 2018
- ^
Penaung PUSPANITA
- ^
Carta organisasi PUSPANITA KDN
, dicapai pada 22 Jun 2018
- ^
Carta organisasi PUSPANITA KPM
, dicapai pada 22 Jun 2018
- ^
Wanita bekerja perlu bijak seimbang tugas
Diarkibkan
2018-06-22 di
Wayback Machine
, Utusan Online, dicapai pada 23 Jun 2018
- ^
Carta organisasi PUSPANITA MITI
, dicapai pada 23 Jun 2018
- ^
"Projek Hati Nurani tidak pilih bulu wujud Sekolah Dalam Hospital"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-09-26
. Dicapai pada
2018-09-26
.
- ^
Gimnastik berirama : Olivia Rai raih emas, perak
- ^
Orkestra Sekolah Cyberjaya terima pengiktirafan
- ^
Imej Mahathir Buat Pelakon Teruja
- ^
KASIH MALAYSIA dilancarkan
- ^
Puan Sri Norainee terima anugerah Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)
- ^
Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman dengan kalungan gelaran SPMJ
- ^
"Puan Sri Norainee terima anugerah Darjah Dato' Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP)"
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2018-08-23
. Dicapai pada
2018-10-22
.
- ^
Isteri bekas Perdana Menteri dahului senarai darjah kebesaran TYT Sabah
|
---|
|
---|
Pasangan Timbalan Perdana Menteri
| | |
---|
Pasangan Bekas Timbalan Perdana Menteri
| |
---|
|