한국   대만   중국   일본 
Sungai Nil - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sungai Nil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nil )
Sungai Nil
????? ???
Sungai Nil di Uganda pada waktu petang
Peta sungai Nil
Lokasi
Negara
Bandar-bandar utama Jinja, Juba , Khartoum , Kaherah
Ciri-ciri fizikal
Sumber Nil Putih
 • koordinat 02°16′56″S 29°19′53″E  /  2.28222°S 29.33139°E  / -2.28222; 29.33139
 • ketinggian 2,400 meter (7,900 ka)
Sumber kedua Nil Biru
 • lokasi Tasik Tana , Habsyah
 • koordinat 12°02′09″N 037°15′53″E  /  12.03583°N 37.26472°E  / 12.03583; 37.26472
Muara Laut Mediterranean  
 • lokasi
Delta Nil , Mesir
 • koordinat
30°10′N 31°09′E  /  30.167°N 31.150°E  / 30.167; 31.150
 • ketinggian
Aras laut
Panjang 6,650 kilometer (4,130 bt)
Saiz lembangan 3,349,000 km 2 (1,293,000 bt 2 )
Lebar  
 • maksimum 2.8 kilometer (1.7 bt)
Kedalaman  
 • purata 8?11 meter (26?36 ka)
Aliran  
 • lokasi Aswan , Mesir
 • minimum 530 m 3 /s (19,000 ka 3 /s)
 • purata 2,633 m 3 /s (93,000 ka 3 /s)
 • maksimum 7,620 m 3 /s (269,000 ka 3 /s)
Aliran  
 • lokasi Kaherah , Mesir
 • minimum 500 m 3 /s (18,000 ka 3 /s)
 • purata 2,000 m 3 /s (71,000 ka 3 /s)
Aliran  
 • lokasi Delta Nil , Mesir
 • purata 1,584 m 3 /s (55,900 ka 3 /s)
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungai Nile basin
Anak sungai  
 • kiri Nil Putih
 • kanan Nil Biru , Atbarah

Sungai Nil ( Arab : ??? ????? ,; Bahasa Mesir Kuno iteru ; bahasa Qibti ????? piaro atau phiaro , bahasa Nobiin : Aman Daw? [1] ) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di benua Afrika ; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia [2] [3] namun kajian terbaharu lebih menyatakan sungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih. [4] [5]

Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih . Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania , Tasik Victoria , Uganda , dan bahagian selatan Sudan , manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana , Habsyah , dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum , ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun , dari Sudan masuk ke Mesir , sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan ; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean .

Etimologi perkataan Sungai Nil [ sunting | sunting sumber ]

Perkataan "Nil" ( bahasa Arab : 'n?l) datangnya daripada perkataan Greek , Neilos (Νειλο?), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw ). [6] Dalam bahasa Kubti , perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.

Lihat juga [ sunting | sunting sumber ]

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Reinisch, Leo (1879). Die Nuba-Sprache. Grammatik und Texte. Nubisch-Deutsches und Deutsch-Nubisches Worterbuch Erster Theil. Zweiter Theil . m/s. 220.
  2. ^ "Nile River" . Encyclopædia Britannica . Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015.
  3. ^ Liu, Shaochuang; Lu, P; Liu, D; Jin, P; Wang, W (1 March 2009). "Pinpointing the sources and measuring the lengths of the principal rivers of the world" . Int. J. Digital Earth . 2 (1): 80?87. Bibcode : 2009IJDE....2...80L . doi : 10.1080/17538940902746082 . S2CID   27548511 .
  4. ^ Amazon Longer Than Nile River, Scientists Say Diarkibkan 15 Ogos 2012 di Wayback Machine
  5. ^ "How Long Is the Amazon River?" . Encyclopedia Britannica . Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2018 . Dicapai pada 24 December 2018 .
  6. ^ Laman web Glyphdoctors: Apakah panggilan orang Mesir Kuno untuk Sungai Nil? Dicapai pada 17 Oktober 2006 - log masuk diperlukan atau masuk sebagai Tetamu)

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]