Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jilid 1 komik Dragon Ball versi bahasa Melayu
Dragon Ball
Doragon B?ru
, dikenali dengan nama
Mutiara Naga
di Malaysia) ialah sebuah
manga
hasil karya
Akira Toriyama
. Siri ini bermula di Majalah
Sh?nen Jump Mingguan
bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995, dengan bab-bab tersendiri diterbitkan dalam jilid tank?bon oleh syarikat
Shueisha
sebanyak 42 buah jilid.
Siri anime adaptasinya selama dua musim dihasilkan oleh
Toei Animation
dan ditayangkan di
Fuji TV
. Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989. Siri kedua bertajuk
Dragon Ball Z
telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996. Musim tambahan hasil karya Toei iaitu
Dragon Ball GT
telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997. Siri
Dragon Ball Z
ditayangkan semula menggunakan format video skrin lebar
berdefinisi tinggi
(HD) tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu
Dragon Ball Kai
sempena ulangtahun
Dragon Ball Z
ke-20. Siri terbaru bertajuk
Dragon Ball Super
telah mula ditayangkan pada 20 Jun 2015 sehingga kini.
Siri ini mengisahkan kehidupan
Son Goku
, seorang budak berekor monyet dari saatnya kecil hinggalah dia mencapai umur dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.
Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan
Son Goku
dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan
Bulma
yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.
Jalan cerita bagi episod-episod terawal Mutiara Naga adalah berasaskan karya sastera tradisional
Cina
iaitu
Perjalanan ke Barat
(西遊記).
|
---|
Media
| |
---|
Watak
| |
---|
Artikal berkaitan
| |
---|