Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad I ibn Nasr
(
Arab
:
???? ??? ??????
Mu?ammad ibn al-’A?mar
) ialah pengasas
dinasti Muslim terakhir di Sepanyol
pada tahun 1238 yang memerintah
Amiriah Granada
di
Al-Andalus
di
Semenanjung Iberia
.
Dinasti Nasriyyah bertahan sehingga
Muhammad XII dari Granada?Boabdil
menyerah kalah pada '
Raja Katolik
' selepas
Reconquista
Granada
pada tahun 1492. Bani Nasriyyah membina istana
Alhambra
di
Granada
,
Sepanyol
.
Muhammad I dilahirkan di kawasan
Arjona
dalam wilayah
Jaen
pada tahun 1191.
Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Yusuf, Faraj dan Ismail. Ismail menjadi gabenor
Malaga
semasa pemerintahan baginda (hingga 1257). Baginda juga menikmati sokongan daripada keluarga Andalus yang berkuasa yang kemudiannya menjadi saingan politik,
Ashqilula
. Abu'l-Hasan 'Ali ibn Ashqilula al-Tujibi membantu kebangkitan Muhammad I untuk berkuasa di Arjona pada 1232. Muhammad I mengikat persekutuan menerusi perkahwinan, samada menjadi bapa mentua atau ipar ketua keluarga Ashqilula. Persekutuan itu berterusan dengan perkahwinan lain: Fatimah, anak perempuan Abu'l-Hasan 'Ali berkahwin dengan saudara baginda, Yusuf ibn Nasr, manakala Abu Ishaq Ibrahim, anak lelaki Abu'l-Hasan 'Ali mengahwini salah seorang puteri baginda, Mu'minah.
Apabila Ismail meninggal dunia, baginda membesarkan anak-anak saudaranya, Muhammad dan Abu Said Faraj. Abu Said Faraj menjadi gabenor Malaga, menggantikan bapanya.
Salasilah keluarga di bawah memaparkan hubungan salasilah antara setiap sultan Bani Nasriyyah.
[1]
Ia bermula dengan nenek moyang yang sama, Yusuf al-Ahmar. Semasa ketika saingan tuntutan takhta, salasilah keluarga itu secara amnya mengiktiraf sultan yang menguasai kota Granada itu sendiri dan istana Alhambra.
- Montgomery Watt, W. (1965). "The Last of Islamic Spain 1. The Nasrids of Granada".
A History of Islamic Spain
. Edinburgh University Press.
- Harvey, Leonard Patrick (1992). "The Rise of Banu'l-Ahmar".
Islamic Spain 1250 to 1500
. University of Chicago Press.
- This article incorporates text from
The University of Adelaide Library Electronic Texts Collection.