Mir-Hossein Mousavi Khameneh
(dilahirkan pada
29 September
1941
) merupakan ahli politik
reformis
Iran
,
pelukis
dan
arkitek
.Beliau merupakan bekas
Perdana Menteri Iran
dari 1981 hingga 1989. Ketika ini Mousavi adalah presiden Akademi Seni Iran dan calon
Pilihan raya Presiden Iran 2009
.
Mousavi adalah
Perdana Menteri Iran
teakhir di
Iran
sebelum perubahan
Perlembagaan Iran
yang telah membuang jawatan perdana menteri. Sebelum ini, Mousavi merupakan Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Iran. Mousavi juga seorang ahli Dewan Tinggi Revolusi Budaya. Mousavi memegang sarjana arkitek daripada Universiti Shahid Beheshti. Awal revolusi, Mousavi merupakan ketua editor akhbar rasmi Parti Republik Islam, Jomhouri-e Eslami (Republik Islam) di pilihan raya presiden 2009, Mousavi memilih hijau sebagai warna kempennya.
Mir-Hossein Mousavi telah dilahirkan pada 29 September 1941 di
Khameneh
,
Azarbaijan
Timur,
Iran
. Bapanya Mir-Esma'il Mousavi, seorang pedagang daripada
Tabriz
. Mousavi menikahi Zahra Rahnavard, seorang canselor Universiti Alzahra dan penasihat politik bekas
Presiden Iran
Mohammad Khatami
. Mousavi adalah abang ipar
Pemimpin Agung Iran
,
Ali Khamenei
.[2]
Mousavi belajar di sekolah tinggi di Tehran pada 1958. Di University Kebangsaan Teheran (kini Universiti Shahid Beheshti), Mousavi mengkhusus dalam jurusan seni bina dan lulus dengan BA pada 1969. Pada 1983, Mousavi mengkhusus dalam jurusan senibina Islam tradisional.
Pertengahan 1979 Mousavi pernah dilantik oleh Khomeini ke jawatan Majlis Revolusi Islam.Sebagai editor rasmi Parti Republikan Islam, Jomhouri-e Eslami, Mousavi diserang oleh
Abolhassan Banisadr
, presiden pertama Republik Islam. Mousavi pernah dilantik sebagai menteri luar.
Mir-Hossein Mousavi, mempunyai reputasi "jujur, merendah diri dan seorang penyokong rakyat massa" semasa menjadi Perdana Menteri 1981-1989. Mousavi mengelakkan semua hubungan dengan barat dan menyokong dasar pemiliknegaraan syarikat asing dan kawalan ekonomi. Mousavi ditentang oleh perikatan ulama konservatif dan para peniaga. Pada 1988 , badan hak asasi manusia Rights Watch , menyatakan kerajaan Iran menahan beribu-ribu banduan politik di penjara-penjara Iran. Ada diantaranya tewlah dihukum mati. Mousavi juga menyokong fatwa hukuman mati yang dikeluarkan oleh oleh
Khomeini
pada 1989 terhadap
Salman Rushdie
. Iran menafikan menafikan kaitannya dengan Krisis tebusan Lebanon dan video mayat William R Higgins di
Beirut
.Peranan beliau semasa
Perang Iran-Iraq
sebagai perdana menteri Iran juga dipertikaikan.
Mousavi enggan bertanding
Pilihan raya Presiden Iran 1997
. Pemimpin ulama
Mohammad Khatami
telah dipilih sebagai presiden.Semasa pentadbiran Khatami, Mousavi dilantik Penasihat Kanan Presiden.
Mousavi dianggap sebagai calon utama perikatan reformis dalam
Pilihan raya Presiden Iran 2005
. Bagaimanapun, pada 12 Oktober 2004 Mousavi secara rasmi menolak menjadi calon.Calon lain ialah
Mehdi Karroubi
dan
Mohammad Mousavi-Khoiniha
.
Selepas 20 tahun senyap,pada 9 Mac 2009 Mousavi mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya 2009. Tema kempen beliau ialah keadilan sosial, persamaan dan keadilan, kebebasan bersuara, membanteras rasuah dan menjadikan zakat sebagai asas ekonomi. Mousavi mengkritik dasar konservatif pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Pada 16 Mac 2009, bekas
Presiden Iran
Khatami menarik diri dari bertanding dan menyatakan sokongan terhadapa Mir-Hossein Mousavi.
Mousavi berhasrat mengubah
Perlembagaan Iran
. Larangan pemilikan persendirian stesen televisyen hendaklah dihapuskan. Dasar sekarang ialah stesen televisyen dimiliki oleh kerajaan sahaja.Wakil rakyat hendaklah meewakili rakyat.
Pilihan raya pada 12 Jun, 2009 menunjukkan Mausavi kalah kepada Ahmadinejad.Kononnya ada campur tangan daripada Menteri Dalam Negeri,
Sadegh Mahsouli
, sekutu Ahmadinejad.
Mousavi mahu dasar persekitaran bebas terhadap aliran maklumat .Bajet kebangsaan hendaklah diperbetulkan.Msaousavi mahu pertumbuhan TV swasta dan bukan hanya rangkaian televisyen kerajaan.Hentikan operasi "Polis Moral" Mengenai
program nuklear Iran
Mousavi mahu kosnya dikurangkan .
Mousavi akan mengubah dasar diskriminasi wanita di Iran jika Mousavi menang pilihan raya.Pasukan polis moral akan dibubarkan. Wanita akan dilayan secara saksama termasuk boleh membuat keputusan terhadap kewangan dan pembuatan keputusan badan-badan.
Mousavi mahu berunding dengan Presiden AS
Barack Obama
. Mousavi mengutuk pembunuhan orang
Yahudi
semasa
Holocaust
dan ini amat berbeza dengan Ahmadinejad.