Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium ke-1
merupakan tempoh seribu tahun yang pertama dari
1 Januari
1
hingga
31 Disember
1000
dalam
kalendar Gregory
. Tidak adanya "
tahun sifar
" dalam kalendar Gregory.
Bahagian awal milenium ke-1 menandakan kemuncak
Empayar Rom
.
Zaman Purba Akhir
ialah tempoh peralihan yang mengubahkan
Empayar Rom Timur
menjadi
Empayar Byzantin
, manakala
Empayar Rom Barat
jatuh dan menimbulkan
Zaman Pertengahan Awal
Eropah.
Agama Kristian
dan
Islam
masing-masing bangkit untuk berkuasa pada abad ke-4 dan ke-7. Bahagian akhir milenium ke-1 melihat peralihan kepada
Zaman Pertengahan Tinggi
.
Jumlah penduduk dunia
yang telah bertambah sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan milenium sebelumnya bertambah dengan lebih perlahan dan mungkin juga merosot. Mengikut satu anggaran, jumlah penduduk dunia bertambah daripada kira-kira 170 hingga 300 juta, tetapi terdapat juga anggaran-anggaran yang berlainan, dengan sesetengah anggaran yang menganggap bahawa jumlah penduduk dunia telah dikurangkan daripada 400 juta orang sehingga 250 juta orang.
- Caesar Augustus
, maharaja Rom (
63 SM
-
14
)
- Jesus
, tokoh utama dalam
agama Kristian
(maut k.k.
29
?
33
)
- Paul dari Tarsus
, hawari utama agama Kristian kepada orang bukan Yahudi (maut
67
)
- Cai Lun
, pereka kertas yang berasal dari China (maut
121
)
- Plutarch
, ahli sejarah Yunani (maut k.k 127)
- Zhang Heng
, ahli astronomi dan matematik Cina (maut
139
)
- Ptolemy
, ahli astronomi dan matematik Yunani (maut
178
)
- Chandragupta
(
280
?
319
), pengasas
Empayar Gupta
di India
- Constantine I
, maharaja Rom (maut
337
)
- Augustine dari Hippo
(
354
-
430
), ahil teologi dan
Bapa Gereja
- Attila
, raja dan hulubalang Hunnic (maut 453)
- Theodoric Agung
(
454
-
526
), raja masyarakat Goth dan Itali
- Aryabhata
(lahir
476
), ahli astronomi dan
matematik
- Nabi Muhammad
(
570
-
632
), nabi dan pengasas agama
Islam
- Santo Isidore dari Seville
, ketua biskop dan penulis ensiklopedia (maut
636
)
- Brahmagupta
, ahli astronomi dan
matematik India
(maut
668
)
- Santo Bede
(
672
atau
673
-
735
)
- Abi Ishaq
,
ahli nahu Arab
(maut
735
)
- Charles Martel
yang menewaskan tentera Arab di Toulouse pada tahun
721
(maut
741
)
- Charlemagne
, penakluk Frank dan pengasas
Empayar Rom Holy
(maut
814
)
- Mu?ammad ibn M?s? al-?w?rizm?
(k.k. 780 ? k.k. 850), ahli matematik Parsi
- Alfred Agung
(maut 899)
- Al Battani
(850-923), ahli astronomi dan matematik Arab
- Otto Agung
(
912
-
973
)
- Bjarni Herjolfsson
- Kertas
direka di China
- Algebra
diperkembangkan di Timur Tengah
- Kopi
ditemui di Ethiopia
- Berbagai-bagai perbaikan menunggang kuda, termasuk
ladam
dan
rakap
- Hop
ditambahkan pada
bir
buat pertama kali
- Sistem Ptolemy
digunakan untuk menghuraikan gerakan planet-planet
- Catur
diperkembangkan dan dimain secara meluas
- Kompas magnet
direka
- Keluli
digunakan buat pertama kali di India