Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bikinan semula
atau
buatan semula
(
bahasa Inggeris
:
remake
) merujuk kepada sebarang produksi
hiburan
dalam bentuk atau format
filem
,
siri televisyen
dan
permainan video
di
bikin
berdasarkan produk terdahulu yang sama
ceritanya
.
[1]
Produksi ini sering membuat perubahan ketara terhadap gaya penceritaan berdasarkan latar asal sama ada terhadap perwatakan, jalan cerita,
genre
mahupun tema yang signifikan. Antara contoh mudahnya:
Produksi semula sebegini kadangkalanya dibuat oleh pengarah yang sama, lagi-lagi dengan memasuki format media yang baharu - misalnya dari filem
hitam putih
ke
warna
ataupun dari format
televisyen
ke filem.
Penceritaan semula ini jarang berlaku di televisyen berbanding filem, namun ia lazim ada dari semasa ke semasa, terutamanya sejak awal abad ke-21.