Rencana ini mengenai pasukan Formula Satu. Untuk syarikat induk, sila lihat
McLaren Group
.
McLaren
|
Nama penuh
| McLaren
|
---|
Pangkalan
| Woking,
Surrey
,
United Kingdom
51°20′45″N
0°32′52″W
/
51.34583°N 0.54778°W
/
51.34583; -0.54778
Koordinat
:
51°20′45″N
0°32′52″W
/
51.34583°N 0.54778°W
/
51.34583; -0.54778
|
---|
Ketua pasukan
| Eric Boullier
|
---|
Pengarah Teknikal
| Tim Goss
Neil Oatley
Paddy Lowe
(Akan meninggalkan pasukan)
|
---|
Laman sesawang
| www
.mclaren
.com
/formula1
|
---|
|
Pemandu
| 4.
Lando Norris
[1]
81.
Oscar Piastri
[2]
[3]
|
---|
Pemandu ujian
| Pato O'Ward
47.
Mick Schumacher
0
Felipe Drugovich
0
Stoffel Vandoorne
|
---|
Casis
| McLaren MCL60
|
---|
Enjin
| Mercedes-Benz
|
---|
Tayar
| Pirelli
|
---|
|
Penampilan pertama
| Grand Prix Monaco 1966
|
---|
Perlumbaan terkini
| Grand Prix Abu Dhabi 2023
|
---|
Perlumbaan disertai
| 942
|
---|
Kejuaraan Pengeluar
| 8 (1974, 1984, 1985, 1988, 1989, 1990, 1991, 1998)
|
---|
Kejuaraan Pemandu
| 12 (1974, 1976, 1984, 1985, 1986, 1988, 1989, 1990, 1991, 1998,
1999
,
2008
)
|
---|
Kemenangan
| 183
|
---|
Petak pertama
| 156
|
---|
Pusingan terpantas
| 158
[nb 1]
|
---|
Kedudukan 2022
| Ke-5 (159 mata)
|
---|
McLaren
, ditubuhkan pada 1963 oleh
Bruce McLaren
(1937?1970) dari New Zealand, ialah sebuah pasukan
Formula Satu
yang berpengkalan di
Woking
,
Surrey
,
UK
. McLaren lebih dikenali sebagai pasukan pengeluar Formula Satu tetapi turut bersaing di dalam kejuaraan
Indianapolis 500-Mile Race
dan
Canadian-American Challenge Cup
. McLaren adalah salah satu pasukan paling berjaya dalam Formula Satu, telah memenangi 177 perlumbaan, 12 Kejuaraan Pemandu dan 8 Kejuaraan Pengeluar.
Pasukan sekarang ditubuhkan hasil gabungan B
ruce McLaren Motor Racing
dengan Project Four Racing
Ron Dennis
pada tahun 1981. Pasukan ini diurus oleh Ron Dennis dan merupakan sebahagian daripada syarikat
McLaren Racing
, ahli
Kumpulan McLaren
. Enjin dibekalkan oleh pemegang saham McLaren
Mercedes-Benz
melalui
Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG
.
Pasukan ini telah mempunyai empat jenama untuk penajaan kejuaraan dalam sejarahnya: Yardley (1971-1973), Marlboro (1974-1996), West (1997-2005) dan Vodafone (2007-kini).
Reemtsma
(melalui jenama
West
) merupakan penajaan kejuaraan McLaren dari 1997 hingga
29 Julai
2005
, after which McLaren were obliged to seek a new principal sponsor due to a European Union directive banning
iklan tembakau
. Pasukan tersebut oleh itu dikenali sebagai
Team McLaren Mercedes
sehingga akhir 2006.
Penajaan kejuaraan semasa adalah
Vodafone
, dengan nama rasmi pasukan untuk musim 2007, 2008 dan 2009 ialah
Vodafone McLaren Mercedes
, seperti diumumkan pada Disember 2005.
[4]
Selain daripada penajaan kejuaraan, penaja semasa yang lain termasuk
Diageo
(jenama wiski
Johnnie Walker
),
aigo
,
FedEx
,
Hugo Boss
,
H&R
,
Hilton Hotels
,
Mobil 1
(fuel and lubricants),
Santander
,
SAP
,
Lenovo
dan
Reebok
.
[5]
[6]
Pada tahun
2000
, McLaren gagal untuk mengulangi kejayaan mereka yang terkini, meskipun memenangi tujuh buah perlumbaan dan berjuang dengan pasukan
Ferrari
sepanjang musim, tetapi akhirnya Ferrari dan Schumacher memenangi kedua-dua kejuaraan. Pada tahun
2001
, Hakkinen telah dikalahkan oleh Coulthard buat kali pertama sejak tahun 1997 dan Hakkinen bersara selepas musim ini berakhir, dan tempatnya diambil oleh
Kimi Raikkonen
,
[7]
Pada tahun
2002
, Coulthard memenangi satu-satunya perlumbaan McLaren pada musim ini di
Monaco
, manakala Ferrari mengulangi kejayaan McLaren yang dicapai pada tahun 1988, dengan memenangi 15 buah perlumbaan dalam satu musim.
Tahun
2003
bermula dengan baik, dengan Coulthard memenangi
Grand Prix Australia
dan Raikkonen memenangi
Grand Prix Malaysia
. Walau bagaimanapun, prestasi mereka terjejas apabila kereta MP4-18 yang direka untuk tahun ini mengalami masalah ujian kemalangan dan kebolehpercayaan. Ini memaksa McLaren untuk menggunakan kereta MP4-17D.
[8]
Namun begitu, Raikkonen menjaringkan mata secara konsisten dan mencabar untuk kejuaraan sehingga ke perlumbaan terakhir, dan akhirnya kalah dengan dua mata sahaja. Pasukan memulakan tahun
2004
dengan MP4-19, namun prestasi kereta ini yang teruk menyebabkan ia digantikan pada pertengahan musim oleh MP4-19B. Dengan ini, Raikkonen memenangi satu-satunya perlumbaan McLaren pada musim ini di
Grand Prix Belgium
, dan McLaren mendapat tempat kelima dalam kejuaraan pengeluar, iaitu keputusan mereka yang paling teruk sejak tahun 1983.
Coulthard kini memandu untuk
Red Bull Racing
pada tahun
2005
, dan digantikan oleh bekas juara CART dan pemandu
Williams
,
Juan Pablo Montoya
. McLaren memenangi sepuluh buah perlumbaan, namun masalah kebolehpercayaan sekali lagi menimpa McLaren. Ini menyebabkan
Renault
dan pemandu mereka,
Fernando Alonso
, memenangi kedua-dua kejuaraan pemandu dan pengeluar.
Pada tahun
2006
, pasukan gagal untuk membina kereta yang berdaya saing untuk memenangi mana-mana kejuaraan. Kebolehpercayaan dan kelajuan pasukan Ferrari dan Renault menghalang pasukan daripada memenangi mana-mana perlumbaan buat kali pertama dalam masa satu dekad. Montoya meninggalkan McLaren untuk bertanding dalam
NASCAR
selepas
Grand Prix Amerika Syarikat
, di mana beliau berlanggar dengan Raikkonen pada awal perlumbaan; dan pemandu ujian,
Pedro de la Rosa
, mewakili McLaren bagi baki perlumbaan pada musim ini.
[9]
Raikkonen pula meninggalkan McLaren untuk menyertai Ferrari selepas musim ini berakhir.
[10]
Steve Matchett
berpendapat bahawa kebolehpercayaan McLaren yang teruk pada tahun 2006 dan pada tahun-tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh kekurangan kesinambungan dan kestabilan dalam pasukan.
[11]
Musim
2007
menyaksikan Fernando Alonso, yang telah diberikan kontrak setahun sebelumnya,
[12]
di samping protege jangka masa lama McLaren,
Lewis Hamilton
[13]
, memulakan musim ini bersama McLaren. Pasangan tersebut memenangi empat perlumbaan masing-masing, tetapi ketegangan timbul di dalam pasukan selepas beberapa pengulas mendakwa bahawa Alonso tidak dapat mengatasi kedayasaingan Hamilton.
[14]
Di
Grand Prix Hungary
, Alonso sengaja menghalang rakan sepasukannya pada pusingan kelayakan dan pasukan tidak dibenarkan untuk mendapat mata kejuaraan pengeluar pada perlumbaan tersebut.
[15]
Selepas itu, pasukan McLaren telah disiasat oleh FIA kerana memiliki pelan terperinci kereta Ferrari - yang dipanggil kontroversi "Spygate". Pada perbicaraan pertama, pengurusan McLaren secara konsisten menafikan semua pengetahuan mengenai perkara tersebut, dan menyalahkan seorang "jurutera penyangak". Walau bagaimanapun, pada pendengaran terakhir, McLaren telah didapati bersalah dan dikecualikan daripada kejuaraan pengeluar dan didenda $100 juta.
[16]
Pemandu dibenarkan berlumba tanpa menerima penalti, dan walaupun Hamilton mendahului kejuaraan pemandu ketika berada pada perlumbaan terakhir di
Brazil
, Raikkonen dan Ferrari memenangi perlumbaan tersebut dan memenangi kejuaraan pemandu, satu mata di hadapan kedua-dua pemandu McLaren. Pada bulan November, Alonso dan McLaren bersetuju untuk menamatkan kontrak mereka dengan persetujuan bersama, dan
Heikki Kovalainen
mengisi kerusi perlumbaan yang kosong itu bersama Hamilton.
[17]
[18]
Pada tahun
2008
, Hamilton dan pemandu
Ferrari
,
Felipe Massa
dan Raikkonen bersaing untuk kejuaraan tahun 2008; Hamilton menang lima kali dan walaupun menang di
Grand Prix Belgium
, beliau kemudiannya diturunkan ke tempat ketiga kerana memotong sebuah selekoh, dan kemenangan tesebut diberikan kepada Massa. Selepas tiba di
Brazil
, Hamilton memiliki kelebihan tujuh mata ke atas Massa. Massa memenangi perlumbaan tersebut, tetapi Hamilton memenangi kejuaraan pemandu pertamanya dengan memintas
Sebastian Vettel
untuk tempat kelima pada selekoh terakhir perlumbaan. Walaupun memenangi Grand Prix sulungnya di
Hungary
, Kovalainen menamatkan musim di tempat ketujuh dalam kedudukan keseluruhan, dan membolehkan Ferrari untuk memenangi kejuaraan pengeluar.
Sebelum bermulanya musim
2009
, Dennis bersara sebagai ketua pasukan, dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada
Martin Whitmarsh
. Tetapi McLaren memulakan tahun ini dengan teruk: Kereta MP4-24 menunjukan prestasi yang kurang memberangsangkan. Namun begitu, McLaren bangkit kembali selepas Hamilton menang di
Grand Prix Hungary
dan
Grand Prix Singapura
. McLaren menandatangani juara tahun ini, iaitu
Jenson Button
, untuk menggantikan Kovalainen, dan menjadi rakan sepasukan Hamilton pada tahun
2010
.
[19]
Button memenang dua kali (di
Australia
dan
China
) dan Hamilton menang tiga kali (di
Turki
,
Kanada
dan
Belgium
), tetapi mereka dan McLaren gagal untuk memenangi kejuaraan masing-masing kerana tahun ini dikuasai oleh pasukan
Red Bull
.
Hamilton dan Button kekal bersama McLaren untuk musim
2011
, dengan Hamilton memenangi 3 perlumbaan -
China
,
Jerman
dan
Abu Dhabi
. Button juga memenangi tiga perlumbaan -
Kanada
,
Hungary
dan
Jepun
. Butang menamatkan musim di tempat kedua dalam kejuaraan pemandu, 270 mata di belakang Juara Pemandu tahun 2011,
Sebastian Vettel
dari pasukan Red Bull Racing. McLaren pula mendapat tempat kedua dalam kejuaraan pemandu, di belakang Red Bull Racing.
Tahun
2012
menyaksikan McLaren memenangi perlumbaan pembuka tirai di
Australia
dengan keputusan 1-3 untuk Button dan Hamilton, manakala Hamilton memenangi
Kanada
, tetapi pada pertengahan musim ini, iaitu pada perlumbaan tanah air pasukan di
Silverstone
, McLaren hanya mampu mendapat tempat kelapan (Hamilton) dan kesepuluh (Button), manakala kejuaraan pemandu dan pengeluar dikuasai oleh Red Bull Racing dan Ferrari. Kereta McLaren tahun ini juga mengalami masalah kebolehpercayaan yang menyebabkan pasukan dan pemandu gagal untuk meraih mata yang berharga, terutamanya di
Singapura
dan
Abu Dhabi
, di mana Hamilton bersara dari kedua-dua perlumbaan tersebut ketika mendahului perlumbaan.
[20]
Sergio Perez
mengantikan Hamilton untuk tahun 2013, dengan Hamilton menggantikan
Michael Schumacher
di
Mercedes
.
[21]
[22]
Kereta pasukan untuk musim ini, iaitu MP4-28, telah dilancarkan pada 31 Januari.
[23]
- ^
Termasuk John Surtees yang menetapkan masa pusingan terpantas di GP Afrika Selatan 1970 dalam kereta bukan hasil kerja McLaren.
|
---|
Kakitangan
|
---|
Pengasas
| |
---|
Duta
| |
---|
Semasa
| |
---|
Bekas
| |
---|
|
|
|
Kereta
|
---|
Formula Satu
| |
---|
Formula Dua
| |
---|
Kereta lumba
| |
---|
USAC/IndyCar
| |
---|
F5000/Libre
| |
---|
Kereta pembangunan
| |
---|
|
|
Pengeluar Formula Satu
|
---|
Pengeluar semasa (
2022
)
|
---|
|
|
|