Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koordinat
:
36°42′00″N
67°07′01″E
/
36.700°N 67.117°E
/
36.700; 67.117
Maz?r-i Shar?f
(
Parsi
:
???? ????
) adalah bandar ke-4 terbesar di
Afghanistan
dengan 300,600 orang penduduk.Menjadi ibu negeri wilayah
Balkh
dan dihubungkan melalui jalan raya ke bandar
Kabul
di tenggara,
Herat
di barat dan
Uzbekistan
di utara. Mazari Sharif bermaksud "Makam bercahaya," yang merujuk kepada
masjid
di tengah bandar yang berkubah biru dan besar. Penduduknya berugama Islam mazhab
Shiah
dan
Sunni
. Mereka percaya makam Saidina
Ali Abi Talib
, menantu Nabi
Muhammad
itu berada di Mazari Sharif . Bahasa yang utama di sini ialah Dari-Persia dan bangsa
Tajik
merupakan majoriti penduduk di sini. Bandar rayanya menjadi tarikan pelancong kerana adanya tapak-tapak
arkeologi
Islam
dan
Yunani
. Satu dari tapak arkeologi Yunani ditemui pada Julai 2006.
Sejarah Mazari Sharif dikaitkan dengan mimpi seorang
mullah
tempatan pada 1100 m bahasa Saidina
Ali Abi Talib
iaitu Khalifah Al Rashidin ke-4 akan dikebumikan di wilayah
Balkh
. Selepas penyelidikan,
Sultan Sanjar
dari Dinasti Saljuk telah membuat makam serta-merta secara rahsia di Balkh. Makam itu berdiri teguh sehinggalah diruntuhkan oleh
Genghis Khan
.
Makam
tersebut dibina semula tetapi terbengkalai pada 1866.
Catatan lain menyatakan
Zarathusra
telah dikebumikan di Mazari Sharif sekarang. Makam ini termasuk dalam masjid-masjid di sini. Tiada sejarawan menyatakan Saidina Ali Abi Talib dikebumikan di sini, sebaliknya di tanah Arab. Adalah tidak mungkin jenazah Ali Abi Talib dipindahkan ke Mazari Sharif kerana sangat jauh.
Mazari Sharif diduduki peberapa kaum seperti Tajik ( majoriti),
Uzbek
,
Turkmen
,
Hazara
, dan
Pashtun
yang menjadi minoriti. Rancangan penempatan semula dilakukan oleh
Abdur Rahman Khan
pada 1800 m .
Semasa penjajahan
Soviet Union
pada 1989, Mazari Sharif didapati sesuai untuk menempatkan tentera Soviet Union kerana lokasinya yang strategik. Mereka menggunakan lapangan terbang di sini untuk melancarkan serangan udara terhadap pejuang
Mujahideen
. Awal 1990-an, selepas Soviet Union dikalahkan dan berundur dari Afghanistan , perlahan-lahan Mazari Sharif jatuh dan dikuasai oleh kaum
Tajik
dan
Uzbek
yang dipimpin oleh
Ahmad Shah Massoud
dan Rabbani. (
Jamiat-e Islami
) kerana mereka dari kaum Tajik . Sementara Jumbesh-e Melli ,
Abdul Rashid Dostum
dari kaum
Uzbek
.
Di barisan depan, tentera komunis Afghanistan diketuai oleh
Abdul Rashid Dostum
dan menentang rejim
Najibullah
pada 1992.