Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marcha Real (Mac Diraja)
adalah
lagu kebangsaan
Sepanyol
. Ia merupakan satu daripada beberapa lagu kebangsaan yang tidak mempunyai lirik rasmi.
Marcha Real
adalah lagu yang agak tua di Eropah. Asal-usulnya tidak diketahui. Ia telah disebut di dalam dokumen
"Libro de Ordenanza de los toques militares de la Infanteria Espanola"
, sebuah buku panduan meniup trompet untuk membunyikan isyarat-isyarat (bugle calls) karangan Manuel de Espinosa. Dalam buku ini, lagu
Marcha Real
diberi nama '
Marcha Granadera
' (Muzik Perbarisan Granadiers) tetapi tidak pula diberitahu siapa yang menggubahnya.
Pada tahun 1770,
Raja Carlos II
menitahkan bahawa lagu '
Marcha Granadera
' didendangkan di upacara-upacara awam dan istiadat. Lama-kelamaan rakyat Sepanyol menganggap lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan mereka dan menggelarnya
Marcha Real
atau Muzik Diraja kerana ia sering diperdengarkan apabila Raja atau ahli keluarganya hadir.
Pada pemerintahan
Republik Sepanyol Kedua
(1931-1939), lagu
Himno de Riego
telah menggantikan lagu
Marcha Real
yang dianggap mengagungkan sistem diraja. Namun
Franciso Franco
mengembalikan
Marcha Real
setelah berakhirnya
Perang Saudara Sepanyol
(1936-1939).
Selepas kematian Franco pada tahun 1975, Marcha Real kekal menjadi lagu kebangsaan Sepanyol dengan lirik yang digunakan dimansuhkan. Alasan di sebalik pemansuhan lirik lagu Marcha Real kerana ia mengandungi unsur fasis dan terlalu bersemangat kebangsaan. Hari ini, Marcha Real merupakan salah satu daripada tiga lagu kebangsaan di dunia yang tidak mempunyai sebarang lirik.
¡Viva Espana! Alzad los brazos, hijos
del pueblo espanol, que vuelve a resurgir.
Gloria a la Patria que supo seguir,
sobre el azul del mar, el caminar del sol.!
¡Triunfa Espana! Los yugos y las flechas
cantan al compas del himno de la fe.
Juntos con ellos cantemos de pie
la vida nueva y fuerte del trabajo y paz.
¡Viva Espana! Alzad los brazos, hijos
del pueblo espanol, que vuelve a resurgir.
Gloria a la Patria que supo seguir,
sobre el azul del mar, el caminar del sol.
Dirgahayu Sepanyol! Julanglah tangan-tanganmu wahai anak-anak
Bangsa Sepanyol yang umpama dilahirkan semula.
Gemilanglah kepada ibu pertiwi kita yang lagi mengetahui
Soal lautan biru dan arah mentari terbenam
Jayalah, Sepanyol! Kuk dan juga anak panah
Turut menyanyikan irama kepada lagu yang penuh keyakinan
Mari berdiri dan menyanyi bersamanya
Untuk kehidupan kerja dan keamanan yang baru lagi kukuh
Dirgahayu Sepanyol! Julanglah tangan-tanganmu wahai anak-anak
Bangsa Sepanyol yang umpama dilahirkan semula.
Gemilanglah kepada ibu pertiwi kita yang lagi mengetahui
Soal lautan biru dan arah mentari terbenam