Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(
MJA
;
bahasa Inggeris
:
International Criminal Court
, singkatan:
ICC
;
Perancis
:
Cour penale international
) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes
pembasmian kaum
, jenayah
hak asasi manusia
,
jenayah perang
,
jenayah kekerasan
dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian
Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa
mula berkuatkuasa.
[1]
Pejabat rasmi mahkamah ialah di
Den Haag
,
Belanda
tetapi perbicaraan boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.
[2]
Mahkamah ini berbeza dengan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
/ mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
untuk menyelesaikan pertikaian / krisis di tiap-tiap negara mengalami keadaan di dalam situasi pertikaian / krisis berupaya mengugat kedaulatan negara terlibat terus secara tidak lansung ia akan disifatkan berpotensi boleh mengugat ketenteraman negara-negara jiran serantau serta keamanan sejagat pada peringkat global.
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah
China
,
India
dan
Amerika Syarikat
kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.
Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di Afrika: Utara
Uganda
,
Konflik Darfur
,
Republik Demokratik Congo
,
Republik Afrika Tengah
,
Republik Kenya
,
Libya
dan
Cote d'Ivoire
.
Setakat Mac 2012, perbicaraan
Lubanga
berkaitan situasi di RD Congo telah berakhir dengan tertuduh didapati bersalah pada 14 Mac 2012. Ia merupakan keputusan pertama mahkamah ini sejak ia ditubuhkan.
[3]
Hukuman dan pampasan akan dibincangkan kemudian.
Pada 1948 selepas
Perbicaraan Nuremberg
,
Tribunal Tokyo
Perhimpunan Agung PBB
telah mengiktiraf mahkamah tetap antarabangsa untuk menyelesaikan / membicarakan jenayah semasa
Perang Dunia Kedua
. Di atas permintaan Perhimpunan Agung PBB,
Jawatankuasa Undang-Undang Antarabangsa
telah merangka dua
draf
pada awal 1950-an tetapi terbantut akibat
Perang Dingin
.
A. N. R. Robinson
yang kemudian menjadi
Perdana Menteri Trinidad dan Tobago
telah mengungkit semula penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa semasa
Perhimpunan Agung PBB
ke-44 pada 1989 kerana jenayah pengedaran dadah antabangsa semakin tidak terkawal. Kemudian mahkamah ini dibentuk secara
ad hoc
untuk cuba membicarakan kes
jenayah bekas Yugoslavia
dan
Rwanda
.
Selepas perundingan, persidangan yang diadakan di
Rome
,
Itali
pada
Jun
1998
setuju untuk membuat keputusan akhir. Pada
17 Julai
1998
Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa
telah diundi dengan 120 setuju, 7 menentang dan 21 berkecuali. Tujuh negara yang menentang itu ialah
Iraq
,
Israel
,
Republik Rakyat China
,
Qatar
,
Amerika Syarikat
dan
Yaman
.
Statut Rome berjaya ditandatangani pada
11 April
2002
dengan asalnya 60 negara sahaja.
[1]
Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya boleh boleh berfungsi selepas tarikh itu.
Peringkat awal, 18 hakim dipilih pada Februari 2003. Mereka memulakan sesi pada 12 Mac 2003. Isu
waran tangkap
menjadi isu pertama pada
8 Julai
2005
.
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menerima mahkamah ini, termasuk semua Amerika Selatan, sebahagian besar Eropah dan kira-kira separuh Afrika.
Sebanyak 32 negara telah menandatangani tetapi masih belum memeterainya.