한국   대만   중국   일본 
MPEG-1 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

MPEG-1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moving Picture Experts Group Phase 1 (MPEG-1)
Sambungan fail : .mpg, .mpeg, .mp1, .mp2, .mp3, .m1v, .m1a, .m2a, .mpa, .mpv
Jenis media Internet : audio/mpeg, video/mpeg
Dibangunkan oleh: ISO , IEC
Jenis format: audio, video, pengandung
Diperluas daripada: JPEG , H.261
Diperluas kepada: MPEG-2
Piawai : ISO / IEC -11172

MPEG-1 ialah satu piawaian awal untuk pemampatan video dan audio yang " kehilangan " (iaitu, beberapa data tersingkir untuk mengurangkan saiz fail). MPEG-1 direka untuk memampatkan video digital mentah bermutu VHS dan audio CD ke 1.5 Mbit/s (nisbah mampatan masing-masing 26:1 dan 6:1) [1] tanpa kehilangan mutu yang ketara, maka membolehkan teknologi VCD , TV kabel / satelit digital dan penyiaran audio digital (DAB). [2] [3]

Kini, MPEG-1 menjadi format audio/video data kehilangan yang paling laris keserasiannya di dunia, dan digunakan dalam sebilanngan besar produk dan teknologi. Bahagian piawaian MPEG-1 yang paling terkenal mungkin sekali merupakan format audio MP3 yang diperkenalkannya.

Sungguhpun lama usianya, MPEG-1 tidak semestinya lapuk atau jauh lebih rendah berbanding teknologi terkini. Menurut Leonardo Chiariglione (pengasas bersama MPEG ): "Sangkaan bahawa teknologi pemampatan sentiasa meningkat adalah dongeng." [4]

Piawaian MPEG-1 diterbit sebagai ISO / IEC -11172 .

Aplikasi [ sunting | sunting sumber ]

  • Kebanyakan perisian komputer mainan video yang popular merangkumi penyahkodan MPEG-1, di samping mana-mana format lain yang disokong.
  • Video dan audio Lapisan I/II MPEG-1 boleh dilaksanakan tanpa bayaran yuran lesen. [5] [6] [7] Due to its age, many of the patents on the technology have expired.
  • Kelarisan audio MP3 telah mencetuskan kewujudan berbagai-bagai perisian yang boleh memainkan Audio MPEG-1 (ketiga-tiga lapisan).
  • "Hampir kesemua peranti audio digital " boleh memainkan Audio MPEG-1. [8] Berjuta-juta peranti sedemikian sudah dijual setakat ini.
  • Sebelum berkembangnya MPEG-2, kebanyakan perkhidmatan TV kabel/satelit digital hanya menggunakan MPEG-1. [9] [10]
  • Kelarisan MPEG-2 di kalangan penyiar bererti MPEG-1 boleh dimainkan kebanyakan kotak atas set kabel dan satelit digital, serta pemain-pemain cakera dan pita digital, kerana adanya keserasian ke belakang.
  • MPEG-1 ialah format video dan audio eksklusif yang digunakan dalam VCD , format video digital pengguna yang terulung, danmasih merupakan format yang amat laris di seluruh dunia.
  • Piawaian Super Video CD yang berasaskan VCD, menggunakan Audio MPEG-1 sahaja, beserta Video MPEG-2.
  • Format DVD-Video mengutamakan format video MPEG-2, namun sokongan MPEG-1 jelas ditakrifan dalam piawaian.
  • Piawaian DVD Video asalnya memerlukan audio MPEG-1 Lapisan II auntuk negara-negara PAL , tetapi diubah untuk membolehkan cakera AC-3/ Dolby Digital sahaja. Audio MPEG-1 Layer II masih dibernarkan untuk DVD, namun tambahan lebih baru pada format ini, seperti MPEG Multichannel , jarang disokong.
  • Kebanyakan pemain DVD juga menyokong main balik VCD dan MP3 CD yang menggunakan MPEG-1.
  • Piawaian antarabangsa Penyiaran Video Digital (DVB) mengutamakan penggunaan audio MPEG-1 Lapisan II, dan video MPEG-2.
  • Piawaian antarabangsa Penyiaran Audio Digital (DAB) hanya menggunakan audio MPEG-1 Lapisan II kerana mutu MP2 yang sangat tinggi, keperluan prestasi dekoder yang sederhana, dan ketahanan ralat.

Rujukan [ sunting | sunting sumber ]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mpeg_faqs1
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Didier_MPEG
  3. ^ Chiariglione, Leonardo ( October 21 , 1989 ), Kurihama 89 press release , ISO / IEC , dicapai pada 2008-04-09 Cite has empty unknown parameter: |1= ( bantuan ); Check date values in: |date= ( bantuan ) CS1 maint: date and year ( link )
  4. ^ Chiariglione, Leonardo (March, 2001), Open source in MPEG , Linux Journal , dicapai pada 2008-04-09 Check date values in: |date= ( bantuan ) CS1 maint: date and year ( link )
  5. ^ Ozer, Jan ( 12 Oktober 2001 ), Choosing the Optimal Video Resolution: The MPEG-2 Player Market , extremetech.com , dicapai pada 2008-04-09 Check date values in: |date= ( bantuan ) CS1 maint: date and year ( link )
  6. ^ Comparison between MPEG 1 & 2 , snazzizone.com , dicapai pada 2008-04-09
  7. ^ MPEG 1 And 2 Compared , Pure Motion Ltd. , 2003, diarkibkan daripada yang asal pada 2005-12-14 , dicapai pada 2008-04-09 CS1 maint: date and year ( link )
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mpeg1_audio
  9. ^ Popp, Harald; Hjerde, Morten ( November 09 , 1996 ), MPEG-FAQ: multimedia compression [2/9] , faqs.org , dicapai pada 2008-04-10 Check date values in: |date= ( bantuan ) CS1 maint: date and year ( link )
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bmrc_mpeg2_faq

Pautan luar [ sunting | sunting sumber ]

MPEG