- Rencana ini berkenaan dengan biografi Leon Trotsky. Untuk tafsiran moden dan teori Trotski, sila lihat
Trotskyisme
.
Leon Davidovich Trotsky
(
bahasa Rusia
: Лев Давидович Троцкий;
transliterasi
:
Leo
,
Lev
,
Trotskii
,
Trotski
,
Trotskij
,
Trockij
dan
Trotzky
;
7 November
1879
?
21 Ogos
1940
) yang dilahirkan dengan nama
Lev Davidovich Bronstein
(Лев Давидович Бронштейн) ialah seorang
revolusioner
Bolshevik
, serta
ahli teori
Marxisme
. Beliau adalah
ahli politik
yang berpengaruh pada peringkat awal
Kesatuan Soviet
, mula-mulanya sebagai
Komisar Rakyat
Hal-ehwal Luar Negeri, dan kemudiannya sebagai pengasas serta
komander
Tentera Merah
dan Komisar Perang Rakyat. Trotsky juga merupakan salah satu ahli pengasas
Politburo
.
Menyusul rebutan kuasa dengan
Joseph Stalin
pada dekad
1920-an
, Trotsky dipecat daripada
Parti Komunis
dan diusir dari
Kesatuan Soviet
. Beliau kemudian dibunuh di
Mexico
oleh
Ramon Mercader
, seorang
ejen perisik
, dengan sebilah
beliung ais
.
[1]
Idea-idea Trotsky merupakan dasar
Trotskyisme
yang masih merupakan salah satu aliran fikiran utama dalam pemikiran
Marxisme
yang bertentangan dengan
Stalinisme
dan
Maoisme
secara teori.
Trotsky dilahirkan di
Yanovka
,
Provinsi Kherson
,
Ukraine
yang merupakan sebuah
desa
kecil, 15
kilometer
daripada
pejabat pos
yang terdekat. Beliau merupakan anak kelima kepada David Leontyevich Bronstein (atau Bronshtein,
1847
?
1922
), seorang
petani
Yahudi
yang kaya tetapi
buta huruf
, dan Anna Bronstein (maut
1910
). Nama kelahirannya, Lev Davidovich Bronstein, dinamakan sempena
bapa saudaranya
yang pada akhir bulan itu, mencuba meletup gerabak maharaja. Walaupun keluarganya adalah daripada
etnik
Yahudi
, mereka tidak warak, dan bahasa-bahasa yang dituturkan di rumah ialah
bahasa Rusia
serta
Ukraine
, dan bukannya
bahasa Yiddish
. Adik perempuannya,
Olga
, berkahwin dengan
Lev Kamenev
, seorang
Bolshevik
yang terkemuka.
Apabila Trotsky berumur sembilan tahun, ayahnya menghantarnya ke
Odessa
untuk
pendidikannya
. Beliau didaftarkan di sebuah
sekolah
Jerman
yang semakin bersifat Rusia semasa tempohnya di Odessa, disebabkan dasar
rusifikasi
kerajaan. Walaupun Troksky merupakan seorang murid yang baik, beliau suka berlawan dan pernah mengatur suatu bantahan terhadap seorang guru yang tidak popular pada tahun kedua persekolahannya. Bagaimanapun, beliau tidak memainkan peranan yang aktif dalam
politik
atau
sosialisme
sehingga
1896
, ketika beliau berpindah ke Nikolayev (kini
Mykolaiv
) untuk tahun akhir persekolahannya.
- ^
Senjata pembunuhan ialah sebilah
beliung ais
, bukannya
pemecah ais
yang merupakan alat yang berbeza ? sila lihat rencana masing-masing untuk perinciannya. Banyak buku sejarah dan rujukan mengelirukan antara kedua-dua ini apabila membincangkan keadaan-keadaan yang menyelubungi pembunuhan Trotsky.
[1]