Konsonan
ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Lawan bagi konsonan ialah
vokal
.
Dalam
abjad Rumi
, terdapat 21 huruf yang mewakili konsonan, iaitu
B
,
C
,
D
,
F
,
G
,
H
,
J
,
K
,
L
,
M
,
N
,
P
,
Q
,
R
,
S
,
T
,
V
,
W
,
X
,
Y
, dan
Z
. Walau bagaimanapun, abjad Rumi tidak boleh mewakili segala konsonan-konsonan dalam semua bahasa pertuturan di dunia. Satu daripada piawaian yangdiusahakan oleh para ahli linguistik untuk melambangkan semua bunyi pertuturan di dunia ialah
Abjad Fonetik Antarabangsa
. Contohnya, huruf
θ
digunakan untuk mewakili huruf
sa
(?) dalam
bahasa Arab
.
Perkataan
consonant
berasal dari kata dasar tak langsung
Latin
c?nsonant-,
dari
c?nson?ns (littera)
"(huruf) berbunyi bersama", iaitu
terjemahan pinjaman
dari bahasa Yunani, iaitu
σ?μφωνον
symph?non.
[1]
Seperti yang pernah ditanggap oleh ilmuwan
Plato
,
[2]
symph?na
merupakan
konsonan hentian
, dihuraikan sebagai "tidak boleh disebut bunyi vokal bersebelahan".
[3]
Justeru, istilah ini tidak meliputi
konsonan malar
yang boleh disebut tanpa vokal dalam sebilangan kecil bahasa, contohnya di akhir perkataan
bott
le
dan
butt
on
dalam bahasa Inggeris. (Huruf vokal terakhir
e
dan
o
dalam perkataan tersebut sekadar hasil ejaan; Plato memaksudkan sebutannya.)
Walau bagaimanapun, konsepsi konsonan asal Plato pun tidak memadai untuk menghuraikan
bahasa manusia
sejagat, kerana dalam sebilangan bahasa, misalnya
bahasa-bahasa Salish
, konsonan hentian juga disebut tanpa vokal bersebelahan, apatah lagi konsepsi konsonan masa kini tidak memerlukan penyebutan bersama vokal. Konsonan itu bererti bukan vokal dan tidak diikuti oleh mana-mana vokal.
Setiap konsonan boleh dibezakan mengikut
sifat
:
[4]
- Cara artikulasi
ialah cara konsonan dibunyikan, seperti
sengau
(melalui hidung),
hentian
(menghalang udara sepenuhnya), atau
malaran tak bergeser
(seakan-akan vokal).
- Daerah artikulasi
ialah anggota saluran suara yang berlakunya gangguan konsonan, yang mana terlibatnya organ-organ pertuturan, termasuk
dwibibir
(kedua-dua bibir),
gusi
(lidah menyentuh rabung gusi), dan
velar
(lidah menyentuh lelangit lembut). Selain itu, terdapat juga penyempitan di satu anggota serentak dengan gangguan di anggota lain, seperti
pempalatalan
atau
pemfarinksan
.
- Pembunyian
konsonan ialah cara
pita suara
bergetar ketika penyebutan. Apabila pita suara bergetar sepenuhnya, maka konsona itu
bersuara
; jika langsung tidak bergetar, maka konsonannya
tak bersuara
.
- Masa mula suara
(
voice onset time
) menandakan pemasaan pembunyian, seperti
penghembusan
.
- Mekanisme arus udara
ialah cara udara dikuasakan melalui saluran suara. Kebanyakan bahasa hanya ada konsonan
egresif pulmonik
yang menggerakan paru-paru dan diafragma, tetapi
ejektif
,
klik
dan
implosif
menggunakan mekanisme berbeza.
- Kepanjangan
ialah berapa lama gangguan konsonan itu. Contohnya, "massa"
[masːa]
berbanding dengan "masa"
[masa]
. Kebanyakan bahasa ada dua kepanjangan konsonan, iaitu "tunggal" dan "panjang" (atau geminat).
Bahasa Estonia
dan sesetengah
bahasa-bahasa Sami
pula ada tiga kepanjangan fonemik, iaitu: pendek, panjang, dan amat panjang, cuma perbezaan antara sederhana dan amat panjang merangkumi ciri-ciri suprasegmental.
Adakalanya, sesetengah pasangan konsonan tak bersuara-bersuara
p::b
,
t::d
dipanggil
fortis dan lenis
, tetapi sebenarnya dibezakan secara
fonologi
dan bukannya fonetik.
- ^
Robert K. Barnhart,
ed.
,
Chambers Dictionary of Etymology
, dahulunya diterbitkan sebagai
The Barnhart Dictionary of Etymology
, ⓒ1988 The H.W. Wilson Company; Edinburgh, dicetak semula 2001: Chambers Harrap Publishers Ltd., p. 210.
- ^
Plato,
Cratylus
424 C;
Theaetetus
203 B.
- ^
R.H. Robins,
A Short History of Linguistics
, 2nd Ed.; ⓒ1967 R.H. Robins, ⓒ1979 Longman Group Ltd.; paper edition, 5th printing 1985, p. 23.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
SOWL