Kewarganegaraan
(
bahasa Inggeris
:
citizenship
) merupakan keahlian kepada sebuah komuniti
politik
(iaitu, sebuah
bandar
pada asalnya, tetapi kini lebih biasa merupakan sebuah
negara
) yang membawa hak-hak penyertaan politik. Seorang individu yang mempunyai keahlian ini dipanggil
warganegara
.
Biasanya, kewarganegaraan bersepadan dengan
kerakyatan
(bahasa Inggeris:
nationality
). Bagaimanapun, kedua-dua istilah ini harus dibezakan. Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya, sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya.
Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi undang-undang dengan sebuah negara. Sebaliknya, kerakyatan biasanya berasal daripada tempat kelahiran, iaitu
jus soli
) dan, kekadangnya daripada keetnikan, iaitu
jus sanguinis
). Tambahan pula, kewarganegaraan boleh diserahkan melalui
penyerahan kewarganegaraan
dan diperolehi melalui
pewarganegaraan
.
Ada kemungkinannya bahawa seorang individu mempunyai kerakyatan tanpa kewarganegaraan (iaitu, dia ditakluk oleh undang-undang negara serta berhak menerima perlindungan tetapi tidak mempunyai hak-hak penyertaan politiknya). Ada kemungkinan juga bahawa seorang individu mempunyai hak-hak politik tanpa menjadi warganegara negara itu; umpamanya, seorang warganegara dari negara
Komanwel
yang menetap di
United Kingdom
mempunyai hak-hak politik yang sepenuhnya di negara itu tetapi tidak mempunyai kewarganegaraan United Kingdom. Sila lihat rencana
Kerakyatan
untuk perbincangan lanjut mengenai sifat-sifat kerakyatan dan bagaimana ia diperolehi.
Kewarganegaraan seringnya melibatkan usaha untuk kebaikan masyarakat melalui penyertaan, kerja sukarela, dan usaha untuk memperbaiki kehidupan semua warganegara. Dalam konteks ini, sekolah-sekolah di
England
seringnya memberikan pelajaran mengenai kewarganegaraan; di
Wales
, model yang digunakan ialah "Pendidikan Peribadi dan Sosial".
Kewarganegaraan biasanya berhubungan dengan keahlian negara, tetapi istilah itu juga boleh dipergunakan untuk tahap subnasional. Entiti-entiti subnasional (umpamanya, negeri ataupun provinsi) boleh mengenakan keperluan kediaman dan sebagainya sebelum warganegara itu diizin untuk menyertai bidang politik, ataupun menerima manfaat yang diberikan oleh kerajaan entiti itu. Bagaimanapun, dalam kes tersebut, mereka yang berlayak kekadangnya juga diperlihatkan sebagai "warganegara" negeri, provinsi, atau wilayah yang berkenaan.
Kewarganegaraan, sebagaimana yang diterangkan di atas, merupakan hak-hak politik seseorang dalam sebuah masyarakat. Oleh sebab itu, anda boleh mempunyai kewarganegaraan daripada sebuah negara dan kerakyatan daripada negara yang lain. Contohnya: Seorang Amerika-Cuba boleh dianggapi sebagai rakyat Cuba kerana dia dilahirkan di sana, tetapi dia juga boleh menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui
pewarganegaraan
. Sebahagian negara-negara melarangi kewarganegaraan duaan antara satu sama lain, umpamanya Cuba dan Amerika Syarikat melarangi kewarganegaraan duaan antara kedua-dua negara itu kerana ketegangan politik mereka.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa pertubuhan antara kerajaan telah memperluaskan konsep dan istilah kewarganegaraan ke peringkat antarabangsa, di mana ia dipergunakan untuk keseluruh warganegara ahli-ahli sebuah kesatuan negara. Dua contoh yang berkaitan dengan kewarganegaraan
Kesatuan Eropah
dan kewarganegaraan
Negara-negara Komanwel British
diberikan di bawah. Sehingga 2005, kewarganegaraan pada peringkat ini merupakan konsep sekunder, dengan taraf yang lebih lemah berbanding kewarganegaraan negara.
Versi terakhir untuk kewarganegaraan supranasional akan merupakan kewarganegaraan sedunia. Bagaimanapun,
Bangsa-Bangsa Bersatu
tidak mewakili konsep ini secara langsung; ia lebih merupai forum antarabangsa berbanding struktur untuk menyatakan hak-hak dan tanggungjawab individu.
Kewarganegaraan Kesatuan Eropah (EU)
[
sunting
|
sunting sumber
]
Perjanjian Maastricht
memperkenalkan konsep
kewarganegaraan Kesatuan Eropah
. Kewarganegaraan ini berasal daripada kewarganegaraan ahli-ahli negaranya — seseorang yang memegang kerakyatan salah satu daripada ahli-ahli negara Kesatuan Eropah akan menjadi "warganegara Kesatuan" sebagai tambahan dan secara automatik.
Kewarganegaraan EU memberikan hak-hak dan hak istimewa yang tertentu di dalam EU; di banyak kawasan di dalam EU, warganegara EU mempunyai hak-hak yang sama ataupun serupa dengan warganegara asli ahli negara itu. Hak-hak yang diberikan kepada warganegara EU (
[1]
Diarkibkan
2006-04-12 di
Wayback Machine
) termasuk:
- kebebasan pergerakan dan hak kediaman di dalam kawasan Ahli-ahli Negara;
- hak mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya
Parlimen Eropah
serta dalam pilihan perbandaran di dalam Ahli Negara kediamannya;
- hak perlindungan diplomatik dan konsular
;
- hak petisyen kepada Parliamen Eropah; dan
- hak untuk merujuk kepada
Ombudsman
.
Hak kediaman membawa konotasi bukan sahaja untuk hak mendiami, tetapi juga untuk hak memohon pekerjaaan dalam mana-mana satu jawatan (termasuknya
perkhidmatan awam
negara, kecuali jawatan-jawatan yang sensitif seperti pertahanan).
Ahli-ahli negara EU juga menggunakan reka bentuk
pasport
yang sama, iaitu warna yang merah tua, dengan nama ahli negara, mohor negara, dan tajuk "Kesatuan Eropah" (atau terjemahannya).
Kedudukan kewarganegaraan Kesatuan semakin meningkat dan
Mahkamah Keadilan Eropah
telah menyatakan bahawa kewarganegaraan Kesatuan akan menjadi "taraf yang asas untuk rakyat Ahli-Ahli Negara" (sila lihat Kes C-184/99 Rudy Grzelczyk berlawan Centre Public d'Aide Sociale d'Ottignes-Louvain-la-Neuve, [2001] ECR I-6193, perenggan 31).
Suruhanjaya Eropah
juga telah menegaskan bahawa kewarganegaraan Kesatuan harus merupakan taraf yang asas untuk rakyat EU, akan tetapi ini tidak diterima oleh banyak ahli negara Kesatuan Eropah.
Konsep "Kewarganegaraan Komanwel" terwujud sejak penubuhan
Negara-negara Komanwel British
. Sebagaimana dengan Kesatuan Eropah, seseorang memegang kewarganegaraan Komanwel hanya kerana dia merupakan warganegara salah satu daripada ahli-ahli negara Komanwel. Jenis kewarganegaraan ini memberikan hak istimewa yang tertentu di dalam beberapa negara Komanwel:
- Sebahagian negara-negara tidak memerlukan
visa
pelancong daripada warganegara negara-negara lain di dalam Komanwel.
- Di sebahagian negara-negara Komanwel,
pemastautin tetap
dari negara-negara Komanwel yang lain berlayak untuk hak-hak politik, umpamanya hak untuk mengundi dalam pilihan raya tempatan dan nasional, dan di dalam beberapa kes, juga hak untuk menjadi calon pilihan raya.
- Di beberapa negara Komanwel, hak untuk bekerja di mana-mana satu jawatan (termasuknya
perkhidmatan awam
) juga diberikan, kecuali untuk jawatan-jawatan tertentu seperti jawatan dalam pertahanan,
Gabenor-Jeneral
,
Presiden
, dan
Perdana Menteri
.
Sedangkan kewarganegaraan Komanwel kekadang disemadikan dalam
perlembagaan
tertulis negara-negara Komanwel dan dianggapi sebagai sejenis
kewarganegaraan duaan
, tidak pernahnya terada rancangan untuk mempunyai
pasport
yang sama.
Walaupun
Republik Ireland
meninggalkan Komanwel pada tahun
1949
, ia sering dianggapi seolah-olah ia masih merupakan ahli, dengan rujukan dibuat pada dokumen guaman sebagai 'Komanwel dan Republik Ireland', dan warganegaranya tidak dianggap sebagai rakyat asing, khususnya di dalam
United Kingdom
.
Kanada
membuat penyimpangan daripada prinsip kerakyatan yang ditakrifkan dari segi kesetiaan pada tahun 1921 (Akta Rakyat 1921 (Kanada)) untuk menghalang orang bukan Kanada (khususnya, orang keasalan
Asia
) daripada memasuki Kanada. Pada tahun 1935, Ireland merupakan negara sulung untuk memperkenalkan kewarganegaraannya. (Bagaimanapun, warganegara Ireland masih dianggapi sebagai rakyat British, dan masih tidak dianggapi sebagai rakyat asing, walaupun Ireland bukan lagi merupakan ahli Komanwel;
Murray v Parkes
[1942] All ER 123).
Pada tahun 1946, Akta Kewarganegaraan Kanada menghapuskan asas yang sama untuk kewarganegaraan. Konsep kewarganegaraan Komanwel diperkenalkan pada tahun 1948 dalam
Akta Kerakyatan British 1948
.
Dominion
yang lain mengamalkan prinsip ini, umpamanya
New Zealand
dalam
Akta Kerakyatan British dan Kewarganegaraan New Zealand 1948
.
Kewarganegaraan telah menggantikan kesetiaan. Ini merupakan suatu penggantian yang besar, dan bukannya perubahan simbolik. Bagaimanapun, pada waktu yang sama, Kanada terus menegaskan kesetiaan orang Kanada yang berterusan kepada takhta kerajaan yang sama. Hanya keperluan praktik memerlukan bahawa taraf kewarganegaraan harus diasaskan daripada sesuatu yang bukannya kesetiaan supaya orang-orang daripada negara-negara Komanwel yang lain tidak akan memilih untuk menetap di Kanada.
Sebahagian negara-negara memberikan "kewarganegaraan kehormat" kepada mereka yang dianggapi
mengkagumkan ataupun wajar disanjungi.
Melalui
Akta Kongres Amerika Syarikat
dan persetujuan Presidennya, kewarganegaraan kehormat Amerika Syarikat telah dianugerahkan kepada enam orang. Hanya dua tokoh yang pernah menerima kewarganegaraan kehormat di Kanada, iaitu
Raoul Wallenberg
selepas kematiannya pada tahun 1985, dan
Nelson Mandela
pada tahun 2001.
Seniwati
Amerika Syarikat
Angelina Jolie
menerima kewarganegaraan kehormat
Kemboja
pada tahun
2005
kerana usaha kemanusiannya.
Dari segi sejarah, banyak negara pernah mengehadkan kewarganegaraannya kepada hanya sebahagian rakyatnya, dan oleh sebab itu, tercipta suatu kelas warganegara dengan hak politik yang lebih unggul berbanding kelas yang lain. Contoh klasik bagi kewarganegaraan terhad ialah
Athens
di mana
abdi
,
wanita
, dan
metik
tidak dibenarkan hak-hak politik.
Republik Rom
merupakan lagi satu contoh yang lain, dan baru-baru ini,
szlachta
dari
Komanwel Poland-Lithuania
mempertunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri ini.
- Anderson, Benedict. Komunit-komuniti Hayalan. Verso, 1991.
- Balibar, Ettienne- Race, Nation, Classe: Les identites ambigues (dengan Immanuel Wallerstein)
- Barry, Brian. Kebudayaan dan Kesamaan: Kritik Egalitarian Mengenai Faham Pelbagai Budaya. Harvard, 2001.
- Kymlicka, Will. Kewarganegaraan Pelbagai Budaya. Oxford, 1995.
- Okin, Susan. Adakah Faham Pelbagai Budaya Buruk Untuk Wanita? Princeton, 1999.
- Taylor, Charles. Faham Pelbagai Budaya: Memeriksa Politik Pengiktirafan. Princeton, 1994.
- Armstrong, John A. Armstrong: Negara-negara Sebelum Nationalisme (Chapel Hill, Percetakan Universiti North Carolina, 1982)
- Smith, Rogers, Cerita-cerita mengenai Orang, Politik dan Kesusilaan Keahlian Politik, Percetakan Universiti Cambridge, 2003.
Kewarganegaraan di negara-negara tertentu
[
sunting
|
sunting sumber
]