Kerajaan Perikatan Nasional
adalah merupakan
kerajaan campuran
ketiga selepas
Parti Perikatan
bergabung bersama
Parti Rakyat Bersatu Sarawak
pada tahun 1969 dan
Pakatan Harapan
bergabung bersama
Parti Warisan Sabah
pada tahun 2018 dan ditubuhkan sebagai
Kerajaan Persekutuan Malaysia
melalui sokongan majoriti Ahli
Dewan Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
,
Parti Islam Se-Malaysia
,
Barisan Nasional
,
Gabungan Parti Sarawak
, kumpulan bekas pimpinan dalam
Parti Keadilan Rakyat
yang diketuai bekas Timbalan Presidennya,
Dato Seri Mohamed Azmin Ali
,
Parti Bersatu Sabah
dan seorang Ahli Parlimen
Bebas
dengan majoriti tipis dan menjadikan ia sebagai sebuah kerajaan minoriti yang mempunyai majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan berbeza dengan dua parti gabungan terdahulu yang membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum.
[1]
Ia terbentuk selepas perletakan jawatan
Perdana Menteri Malaysia ke-7
,
Mahathir Mohamad
selepas beliau mendakwa tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk terus menjawat jawatan Perdana Menteri.
[2]
Pada awalnya,
Tun Dr. Mahathir Mohamad
dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk menubuhkan kerajaan campuran Perikatan Nasional selepas menjawat sebagai Perdana Menteri interim. Namun, beliau tidak bersetuju kerana perlu menerima
UMNO
secara enam blok yang mana turut melibatkan sokongan oleh
Najib Razak
yang beliau tuduh sebagai seorang kleptokrat. Beliau tidak mahu menerima pemimpin dalam UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah dan hanya menerima pemimpin yang bersih dan menyertai
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
.
[3]
Pencalonan
Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai
Perdana Menteri Malaysia ke-8
telah dibuat kemudiannya dan telah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat Malaysia dan menjadikan beliau sebagai
Perdana Menteri Malaysia
pertama yang dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong
melalui undian para Ahli Dewan Rakyat yang memenangi kerusi Parlimen pada
Pilihan raya umum Malaysia 2018
dan tanpa menang sebagai sebuah parti gabungan dalam sebuah pilihan raya umum di Malaysia.
[4]
Ia merupakan sebuah sejarah baharu dalam pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Malaysia
yang telah menyaksikan pentadbiran kerajaan
Pakatan Harapan
yang memenangi
Pilihan raya umum Malaysia 2018
selama 22 bulan berakhir setelah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan digantikan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang sebahagiannya memenangi dan sebahagiannya lagi tewas dalam pilihan raya umum tersebut.
Parti Perikatan Nasional
didaftarkan pada 7 Ogos 2020 bagi mengesahkan pembentukan kerajaan campuran Perikatan Nasional.
[5]
Krisis politik Malaysia 2020 dan kebangkitan kuasa
[
sunting
|
sunting sumber
]
Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik
Barisan Nasional
(BN),
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU),
Parti Islam Se-Malaysia
(PAS), dan
Parti Keadilan Rakyat
(PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen".
[6]
Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan. Acara pada hari itu dikenali sebagai "
Langkah Sheraton
",
[7]
dan ia dikenali sebagai "salah satu hari Ahad yang paling lama" dalam politik Malaysia.
[8]
Ia kemudiannya disahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa beliau, serta ahli parlimen dari
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong
Perdana Menteri Malaysia
, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memimpin gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional, namun persetujuan mereka adalah bersyarat.
[9]
Pada keesokan harinya, pemimpin
Parti Keadilan Rakyat
,
Mohamed Azmin Ali
dan
Zuraida Kamaruddin
dipecat daripada parti itu, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung,
Saifuddin Nasution Ismail
tengah hari itu,
[10]
serta beberapa ahli parti lain mengumumkan keluar parti demi solidariti Azmin dan Zuraida.
[11]
[12]
Berikutan itu, Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
[13]
[14]
Presiden BERSATU
,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan bahawa parti tersebut secara rasmi meninggalkan gabungan Pakatan Harapan.
[15]
[16]
Ini menyebabkan gabungan yang sudah rapuh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menandakan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selama hampir 2 tahun.
[17]
Walau bagaimanapun, atas permintaan
Yang di-Pertuan Agong
, Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sementara
(interim)
sehingga Perdana Menteri baharu dilantik
[18]
.
Berikutan vakum pemerintahan,
Yang di-Pertuan Agong
memanggil semua ahli parlimen ke
Istana Negara
pada 26 dan 27 Februari. Tujuannya untuk memberi kebenaran kepada setiap ahli parlimen memilih Perdana Menteri baharu. PH mahu Mahathir untuk kembali namun kemudian mencalonkan
Anwar Ibrahim
kepada jawatan
[19]
berdasarkan janji Mahathir untuk melepaskan tampuk pentadbiran kepada Anwar sebelum menarik balik pencalonan tersebut sekali lagi.
[20]
Pengembalian semula Mahathir telah mendapat sokongan dari BERSATU sendiri, BN, PAS,
Parti Warisan Sabah
(WARISAN),
Gabungan Parti Sarawak
(GPS) dan parti politik lain yang diwakili di
Parlimen
. Walau bagaimanapun, BN, PAS dan GPS menentang Parti Tindakan Demokratik (DAP) di gabungan pemerintah, dengan cara yang sama Mahathir menentang pemulangan "kleptokrat dan pengkhianat" yang sama.
Pada 28 Februari, Istana Negara menyatakan bahawa tiada calon Perdana Menteri, sama ada Mahathir, Anwar, atau Muhyiddin memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, Baginda memberi peluang lagi kepada para pemimpin semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mencadangkan Perdana Menteri yang baharu pada hari berikutnya.
Hasilnya, Baginda telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a)
Perlembagaan Persekutuan
selepas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin mempunyai majoriti Dewan Rakyat,
[21]
kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam pernyataan
Istana Negara
.
Menurut Setiausaha-Agung PAS
Takiyuddin Hassan
, Muhyiddin telah disokong 114 ahli parlimen mewakili BERSATU, BN, PAS, PBS dan GPS.
[22]
Ketua Menteri
Sarawak
Abang Johari Tun Openg
kemudian mengumumkan bahawa GPS bukanlah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang baru diwujudkan tetapi sebuah parti yang memberi
keyakinan
kepada Muhyiddin.
Walaupun dakwaan Mahathir bahawa beliau mendapat sokongan daripada 114 orang ahli parlimen untuk kembali ke jawatan Perdana Menteri pada malam sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.
[23]
Walaupun sekadar melepasi majoriti mudah di dalam Dewan Rakyat, Perikatan Nasional tetap diiktiraf sebagai kerajaan yang sah setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan mengisytiharkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku pemimpin gabungan Perikatan Nasional, berdasarkan pemerhatian dan penghakiman baginda, beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan harus dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
[24]
[25]
Pada pagi 9 Mac, Muhyiddin telah menghadap
Yang di-Pertuan Agong
untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu. Beliau akan mengumumkan barisan Kabinet itu pada petang hari yang sama selepas mendapat perkenan baginda.
[26]
Penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan campuran
[
sunting
|
sunting sumber
]
Pada Mei 2020, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik
[27]
[28]
.
Sebuah Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa
[27]
.
Pembentukan Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional
[
sunting
|
sunting sumber
]
Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional
telah dibentuk pada 15 Mei 2020 menghimpunkan ahli parlimen penyokong kerajaan. Ia dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau,
Shahidan Kassim
(BN-UMNO), manakala timbalannya Ahli Parlimen Pasir Puteh,
Nik Muhammad Zawawi Salleh
(PN-PAS)
[29]
.
Pembentukan Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional
[
sunting
|
sunting sumber
]
Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional telah dibentuk pada 17 Disember 2020 yang dianggotai oleh ketua-ketua parti politik antaranya
Pengerusi Perikatan Nasional
, Pengerusi
Barisan Nasional
, Pengerusi
Gabungan Parti Sarawak
,
Presiden BERSATU
,
Presiden PAS
,
Presiden Gerakan
, Presiden STAR, Presiden SAPP,
Presiden UMNO
, Presiden MCA,
Presiden MIC
, Presiden PBRS, Presiden PBB, Presiden PRS, Presiden PDP dan Presiden SUP serta Presiden PBS. Ia berperanan sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan
[30]
.
Pembentukan Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan Perikatan Nasional
[
sunting
|
sunting sumber
]
Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan Perikatan Nasional telah dibentuk pada 17 Disember 2020 yang dianggotai oleh Setiausaha-Setiausaha Agung parti politik yang membentuk kerajaan campuran Perikatan Nasional. Ia berperanan sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan dan membuat laporan mengenainya.
[31]
.
Ahli-ahli Parlimen yang membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia
[
sunting
|
sunting sumber
]
Terdapat 115 Ahli Parlimen dari 220 Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan
Perikatan Nasional
dan
Perdana Menteri Malaysia
, YAB
Tan Sri Muhyiddin Yassin
.
Senarai Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Campuran Persekutuan Perikatan Nasional
[
sunting
|
sunting sumber
]
- ^
Tan Sri Muhyiddin dapat sokongan 114 Ahli Parlimen
- ^
Tun M letak jawatan Perdana Menteri
- ^
Tun M tidak mahu terima sokongan Najib untuk bentuk kerajaan
- ^
Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
- ^
Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos 2020
- ^
"?? LENSA MGTV | KUNCI MULUT!!! Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen"
.
MalaysiaGazette
(dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
"Our week-long struggle has succeeded, says Azmin"
.
Malaysiakini
. 2020-03-01
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
Chung, Nicholas (2020-02-23).
"Something may happen tomorrow, says 'betrayed' Anwar"
.
Free Malaysia Today
(dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2020-02-24
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
"Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat"
.
MalaysiaGazette
(dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
NSTP, Oleh Wartawan (2020-02-24).
"Azmin, Zuraida dipecat"
.
BH Online
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
Arifin, Oleh Latifah (2020-02-24).
"11 Ahli Parlimen PKR keluar parti"
.
BH Online
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
Arifin, Latifah (2020-02-24).
"11 Ahli Parlimen PKR keluar parti"
.
BH Online
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
Februari 24, Astro Awani |; Myt, 2020 13:52.
"Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu | Astro Awani"
.
www.astroawani.com
. Dicapai pada
2020-03-02
.
CS1 maint: numeric names: authors list (
link
)
- ^
Tan, CK (2020-02-25).
"Mahathir resignation leaves coalition's campaign promises hanging"
.
Nikkei Asian Review
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama
:0
- ^
Abd Mutalib, Zanariah (2020-02-24).
"BERSATU keluar PH"
.
BH Online
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
"PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat"
.
BH Online
. 2020-02-24
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
Razali, Oleh Safeek Affendy (2020-02-24).
"Agong lantik Tun M sebagai PM interim"
.
BH Online
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
Hussain, Hasniza (2020-02-26).
"PH sepakat calon Anwar sebagai Perdana Menteri"
.
Sinar Harian
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
"Anwar steps aside, endorses Dr Mahathir as PM representing PH coalition"
.
Borneo Post Online
(dalam bahasa Inggeris). 2020-02-29
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
"Malaysian king chooses Muhyiddin Yassin over Mahathir to be prime minister"
.
South China Morning Post
. 29 February 2020.
- ^
"Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong"
.
Sinar Harian
. 2020-02-29
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
"Muhyiddin Yassin sworn in as Malaysia's new prime minister - Xinhua | English.news.cn"
.
www.xinhuanet.com
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2020-03-01
. Dicapai pada
2020-03-01
.
- ^
Februari 29, Astro Awani |; Myt, 2020 16:39.
"Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8 | Astro Awani"
.
www.astroawani.com
. Dicapai pada
2020-03-02
.
CS1 maint: numeric names: authors list (
link
)
- ^
Reporters, F. M. T. (2020-02-24).
"PPBM keluar Pakatan Harapan"
.
Free Malaysia Today
(dalam bahasa Inggeris)
. Dicapai pada
2020-03-02
.
- ^
Muhyiddin umum Kabinet 5 petang ini
Harian Metro
- ^
a
b
Astro Awani (17 Mei 2020).
"Enam parti yang bentuk kerajaan sokong tubuh Perikatan Nasional"
.
Astro Awani
. Dicapai pada
20 Disember
2020
.
- ^
Ar, Zurairi (17 May 2020).
"BN, Bersatu, PAS and three others agree to form Perikatan Nasional"
.
Malay Mail
. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 17 May 2020
. Dicapai pada
17 May
2020
.
- ^
Malaysiakini (16 Mei 2020).
"Shahidan Kassim pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN"
.
Malaysiakini
. Dicapai pada
20 Disember
2020
.
- ^
Kumara Sabapatty (17 Disember 2020).
"Majlis Presiden PN dibentuk dengan keanggotaan 13 ketua parti"
.
MalaysiaGazette
. Dicapai pada
20 Disember
2020
.
- ^
Kumara Sabapatty (17 Disember 2020).
"Majlis Presiden PN dibentuk dengan keanggotaan 13 ketua parti"
.
MalaysiaGazette
. Dicapai pada
20 Disember
2020
.