Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keluaran dalam negara kasar
(
KDNK
) atau
hasil kasar dalam negeri
sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur
ekonomi
nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai
pasaran
keseluruhan
barangan
dan
perkhidmatan
terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam
tahun kalendar
). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai
wang
. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import.
Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi. Contohnya, negara yang mempunyai KNDK tertinggi di
benua Amerika
ialah
Amerika Syarikat
,
Jerman
di
Eropah
,
Nigeria
di
Afrika
dan
China
di
Asia
.
KDNK boleh dinilai melalui tiga pendekatan yang pada prinsipnya mendapat hasil yang sama. Pendekatan-pendekatan ini adalah:
- pendekatan produk (atau keluaran)
- pendekatan pendapatan (
income approach
)
- pendekatan perbelanjaan (
expenditure approach
)
Di antara ketiga-tiga pendekatan ini, pendekatan produk adalah pendekatan paling terus, yang mana pendekatan ini menjumlahkan keluaran bagi setiap kelas bagi keusahawanan untuk sampai secara keseluruhan. Pendekatan pengeluaran ini kena pada prinsipnya bahawa semua produk mesti dibeli oleh seseorang, oleh itu nilai jumlah produk mesti serupa dengan jumlah perbelanjaan di dalam membeli barangan.
Pendekatan pendapatan pula boleh didapati pada prinsip bahawa pendapatan faktor-faktor produktif ("pengeluar," bahasa seharian) mesti sama dengan nilai produk mereka, dan menilai KDNK adalah dengan mencari jumlah pendapatan pengeluar.
[1]
KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (
expenditure approach
):
- KDNK = penggunaan (
consumption
atau "C") + pelaburan kasar (
gross investment
atau "I") + perbelanjaan awam (
government spending
atau "G") + (eksport atau "X" ? import atau "M")
, atau,
KDNK = C + I + G + (X-M)
Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.
KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (
income approach
):
- KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.