Rencana ini ialah mengenai
kapal tempur
sebagai jenis kapal perang. Lihat juga
Permainan kapal tempur
.
Dalam sejarah angkatan laut,
kapal tempur
merupakan
kapal perang
yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai. Pada pertengahan
abad ke-20
ia dijadikan lapuk oleh
kapal induk
. Walaupun sesetengah masih terus digunakan untuk membedil sasaran persisiran pantai dan sebagai pelantar
peluru berpandu
, kapal perang terakhir dibersarakan pada akhir
1990-an
.
Nama "kapal tempur" berasal daripada
kapal perang layar
(
ship of the line
)
taraf-pertama
,
taraf-kedua
, dan
taraf-ketiga
semasa
zaman layar (
age of sail
)
. Kapal ini dikenali sebagai "kapal layar baris tempur" (
ship of the line of battle
), atau diringkaskan sebagai kapal tempur (
battleship
).
Kapal tempur awal menyerupai kapal perang moden dibina pada akhir
abad ke-19
, beberapa tahun selepas kapal perang
USS
Monitor
dan
CSS
Virginia
bersarung besi
bertempur di
Hampton Roads
,
Virginia
.
Kapal perang yang dibina pada akhir
abad ke-19
biasanya mempunyai empat atau lebih meriam besar (sekitar 12 inci diameter), dan pelbagai meriam lebih kecil.
Turret, kepingan perisai, dan
enjin stim
ialah peningkatan sepanjang beberapa tahun, dan tiub
torpedo
diperkenalkan.
Kapal perang sebeginilah yang membentuk "
Great White Fleet
".
Reka bentuk kapal tempur bagaimanapun berubah dengan pelancaran
HMS
Dreadnought
pada tahun
1906
.
Dreadnought
mempunyai sepuluh meriam 12 inci dipasang pada 5 turet, menberikannya lebih daya tembak berbanding kapal tempur lain yang hanya mempunyai empat meriam 12 inci dipasang pada 2 turet. Ia membawakan banyak perubahan sehinggakan kapal tempur yang dibina sebelumnya dikelaskan sebagai "kapal tempur pra-
dreadnought
", dan yang selepasnya sebagai "kapal tempur pasca-
dreadnought
" atau lebih mudah "
Dreadnought
". Ciptaan besar
Dreadnought
lain merupakan pengenalan
turbin stim
yang membolehkannya mengekalkan kuasa maksimum dengan lebih lama dan pengendalian yang kurang berbanding sebelumnya yang dipancu oleh
enjin tiga bukaan
dan yang sesama dengannya.
Perlumbaan senjata
telah bermula sejak 1890-an lagi, terutamanya antara
Jerman
dan
United Kingdom
.
Angkatan
Royal Navy
United Kingdom telah menguasai lautan untuk sebahagian besar
abad ke-19
, tetapi
Kaiser Wilhelm II
mahu mengubah keadaan itu, untuk sebab strategik, dan untuk mempunyai angkatan laut yang besar. Puncak perlumbaan ini ialah kebuntuan semasa
Perang Dunia I
.
Armada Laut Lepas
(
High Seas Fleet
) Jerman dan
Armada Besar
(
Grand Fleet
) Britain adalah terlalu mahal untuk dikorbankan dalam peperangan, jadi kedua-dua armada menghabiskan kebanyakan masa di pelabuhan, menunggu sekiranya armada lawan akan turun ke medan. Satu-satunya pertemuan kedua armada ini ialah semasa
Pertempuran Jutland
yang terbantut: satu kemenangan taktikal bagi pihak Jerman (dengan 14 kapal Britain ditenggelamkan berbanding dengan hanya 11 kapal milik Jerman) namun merupakan satu kemenangan strategik bagi Britain (
Grand Fleet
) kerana armada Jerman kekal di pelabuhan sepanjang perang tersebut).
Selepas Perang Dunia I, Perjanjian
gencatan senjata tahun 1918
memaksa kebanyakan Armada Laut Lepas (
High Seas Fleet
) Jerman ditahan di
Scapa Flow
,
Scotland
. Kapal-kapal tersebut berjaya ditenggelamkan oleh kelasi-kelasi Jerman sendiri pada Jun
1919
.
Perjanjian Tentera Laut Washington
pada tahun 1924, mengurangkan perlumbaan
angkatan laut dunia
bagi membina kapal perang mereka, dengan pelbagai kapal sama ada dilupuskan atau ditukar menjadi kapal lain. Perjanjian tersebut kekal sehingga
1936
, apabila angkatan laut dunia mula bersiap sedia. Beberapa kapal terkenal seperti
Bismarck
,
Missouri
, dan
Yamato
telah dilancarkan sebagai persediaan menghadapi
Perang Dunia II
yang akan datang.
Pada awal permulaan
Pertempuran Atlantik
(1940), armada Jerman telah mengancam konvoi Atlantik, maka armada perang Britain menumpukan usaha mereka untuk mencari dan memusnahkannya. Kapal perang (kapal tempur) dan
kapal tempur poket
Jerman berjaya pada awalnya, seperti apabila
Scharnhorst
dan
Gneisenau
mengejutkan dan menenggelamkan kapal induk
HMS
Glorious
pada Jun
1940
. Kemudian apabila
Bismarck
menenggelamkan
kruiser tempur
HMS
Hood
pada Mei 1941, Perdana Menteri Britain
Winston Churchill
mengerahkan semua kapal Royal Navy menyerangnya.
Walau bagaimanapun, teknologi telah memintas kapal tempur. Meriam kapal tempur mungkin boleh menembak sejauh 30 batu, tetapi
kapal induk
dengan pesawat tempurnya boleh menyerang dari jarak beratus batu, dan
radar
membuatkan serangan-serangan tersebut lebih berkesan.
Bismarck
telah berjaya ditenggelamkan beberapa hari selepas ia memusnahkan HMS
Hood
, selepas ia dilumpuhkan oleh pengebom torpedo dari
HMS
Victorious
dan
HMS
Ark Royal
.
Pengeboman Pearl Harbor
oleh Jepun telah menenggelam dan merosakkan kebanyakan kapal tempur Pasifik AS, namun kapal-kapal induk yang berada di lautan terselamat, dan kapal-kapal tersebut yang memberi kelebihan kepada AS semasa
Pertempuran Midway
. Peranan kapal tempur di Pasifik kemudiannya berubah sebagai pengebom persisiran dan pengawal kapal induk. Kapal tempur terbesar yang pernah dibina,
Yamato
dan
Musashi
dari
Jepun
, telah dimusnahkan oleh pesawat tempur kapal induk AS. Manakala kapal tempur Jerman terakhir
Tirpitz
terselamat sementara dengan bersembunyi di beberapa
fjord
di
Norway
, namun akhirnya turut dimusnahkan.
Dalam pertempuran terakhir antara kapal tempur, kapal tempur Amerika Syarikat
South Dakota
dan
Washington
berjaya menewaskan
Kirishima
Jepun di Pertempuran Guadacanal kedua berdekatan Pulau Savo.
Akibat perubahan teknologi, rancangan untuk kapal tempur lebih besar, seperti kelas Montana Amerika dan kelas Super Yamato Jepun, dibatalkan. Pada akhir perang, hampir kesemua kapal tempur dunia dibersarakan atau dilupuskan.
Amerika Syarikat mentauliahkan kembali kesemua empat kapal tempur
kelas Iowa
semasa
Perang Korea
dan
USS
New Jersey
bagi
Perang Vietnam
. Ia digunakan terutamanya sebagai pengeboman persisiran pantai.
Keempat-empatnya ditauliahkan kembali keseluruhnnya di bawah pentadbiran
Reagan
dan diubah suai bagi membawa
Peluru berpandu Tomahawk
, dengan
New Jersey
terbabit dalam pengeboman
Lubnan
, sementara
Missouri
dan
Wisconsin
membedil meriam 16 inci mereka pada sasaran darat dan melancarkan
peluru berpandu
dalam
Perang Teluk
.
Keempat-empatnya dibersarakan pada awal
1990-an
, kapal tempur terakhir dalam perkhidmatan aktif.
Missouri
,
Wisconsin
, dan
New Jersey
sekarang ialah muzium;
Iowa
telah disimpan (
"mothballed"
).