Juan Ponce de Leon
(1474 - Julai 1521
[1]
) merupakan
penjelajah
dan
penakluk
Sepanyol
yang dikenali mengetuai ekspedisi Eropah rasmi pertama ke
Florida
. Beliau pada mulanya melibatkan diri dalam pelayaran kedua
Christopher Columbus
di kawasan
Caribbean
tahun 1493. Beliau kemudiannya menjadi pegawai jajahan
Hispaniola
kemudiannya sebagai gabenor pertama pulau Boriken yang ditakluk (sebagai
Puerto Rico
) lantikan
kerajaan Sepanyol
pada tahun 1509. Suatu tengkarah kuasa dengan anak Christopher,
Diego Columbus
memaksa jawatan beliau dihentikan pada tahun 1511.
Ponce de Leon memutuskan mengikuti nasihat
Raja Fernando II
menjelajah lanjut lebih banyak lagi
Laut Caribbean
; dari penerokaan inilah beliau menjadi orang Eropah (atau
Dunia Lama
) pertama menjejakkan kaki di daratan yang dikenalpasti jelas sebagai benua baharu yakni
Amerika
moden pada tahun 1513 di suatu tempat sepanjang pantai timur
Florida
meskipun tidak dimasyhurkan sehebat berbanding pengiktirafan pelayaran dilakukan Columbus oleh orang Amerika sendiri.
[2]
Juan Ponce de Leon dilahirkan di desa
Santervas de Campos
di bahagian utara wilayah
Valladolid
Sepanyol moden; tarikh kelahirannya dipastikan mendekati tahun 1474.
[3]
Keturunan keluarga Ponce de Leon dapat ditelusuri dari abad ke-13 terutamanya dengan perkahwinan seorang bangsawan bernama Pedro Ponce de Cabrera
dengan Aldonza Alfonso, puteri
Alfonso IX
raja
Leon
yang tidak sah.
Beliau berminat dengan bidang pelayaran setelah berakhirnya
peperangan
melawan
Amiriah Granada
sepertimana yang lazim difikirkan banyak orang sezamannya.
[5]
Pada bulan September 1493, beliau mengikuti pasukan 200 "sukarelawan"
[6]
yang termasuk sekitar 1,200 pelaut, penjajah dan askar dalam rombongan pelayaran kedua
Christopher Columbus
ke Dunia Baru tahun 1493.
[7]
Armada mereka sampai ke Caribbean pada November 1493 di mana mereka mengunjungi beberapa pulau sebelum tiba di destinasi utama mereka di
Hispaniola
,
[8]
mereka kemudiannya berlabuh di pantai sebuah pulau besar yang disebut
Borinquen
yang kemudiannya diberi nama
Puerto Rico
.
Pada tahun 1502, gabenor
Nicolas de Ovando
yang baru dilantik tiba di
Hispaniola
diberi harapan dapat menguruskan jajahan sana yang berkeadaan kacau-bilau.
[7]
[9]
Ovando melihat perkara ini sebagai peluang membenarkan pengganasan terhadap masyarakat peribumi
Taino
di sana termasuk suatu pembunuhan beramai-ramai kampung Jaragua pada November 1503 serta menumpaskan suatu pemberontakan oleh orang Taino di Higuey sebelah timur pulau itu diarahkan kepada Ponce de Leon sendiri
[9]
disaksikan
Bartolome de las Casas
. Ovando melantik Juan sebagai gabenor taklukan Higuey sebagai penghargaan atas kejayaannya serta mengurniakan suatu geran tanah besar dengan kerahan hamba peribumi secukupnya mengusahakan ladang barunya.
[10]
Pada tahun 1505, Ovando memberi kuasa kepada Ponce de Leon mendirikan sebuah bandar baru di kawasan Higuey yang dinamai Salvaleon . Pada tahun 1508 Raja
Raja Ferdinand
memberi kuasa kepada Ponce de Leon untuk mengerahkan penduduk Tainos yang tersisa ke dalam perlombongan emas setempat di pulau itu (meskipun ditentang mendiang permaisuri Ratu Isabella).
[11]
Pada awal 1521, Ponce de Leon menganjurkan ekspedisi penjajahan yang terdiri dari sekitar 200 orang termasuk paderi, petani dan petukang serta bekalan dan haiwan tani dalam dua kapal yang didaratkan di pesisir Florida barat daya, kemungkinan di sekitar Pelabuhan Charlotte atau Sungai Caloosahatchee yang pernah dikunjungi beliau.
[12]
Sebelum penempatan di kawasan mereka sempat didirikan, mereka diserang oleh pahlawan-pahlawan Kalusa setempat Florida selatan. Ponce de Leon diceritakan cedera parah terkena panahan beracun
getah
pokok manzanila
pada pahanya.
[13]
Mereka segera melarikan diri berlayar unsur ke
Havana
,
Cuba
; di sana Ponce de Leon meninggal dunia tidak lama akibat luka-lukanya.
Ponce de Leon dikebumikan di ruang bawah tanah Gereja San Jose di
San Juan
dari 1559 hingga 1836 sebelum mayatnya digali semula dan dipindahkan ke Katedral San Juan Bautista.
[14]
- ^
Morison, Samuel Eliot (1974).
The European Discovery of America: the Southern voyages A.D. 1492?1616
. Oxford University Press. m/s.
502
, 515.
- ^
Lakshmi Gandhi (14 Oktober 2013).
"How Columbus Sailed Into U.S. History, Thanks To Italians"
.
Code Switch
. NPR
. Dicapai pada
12 Oktober
2021
.
- ^
Morison 1974, p. 502, 529.
- ^
Van Middeldyk, p. 11
- ^
Morison 1974, p. 100
- ^
a
b
L. Kessel, John (2003).
Spain in the Southwest: A Narrative History of Colonial New Mexico, Arizona, Texas, and California
. University of Oklahoma Press. m/s. 4?5.
ISBN
978-1928874201
.
- ^
Van Middeldyk, pp. 12?15
- ^
a
b
David Marley (February 2008).
Wars of the Americas: a chronology of armed conflict in the Western Hemisphere, 1492 to the present
. ABC-CLIO. m/s. 9?11.
ISBN
978-1-59884-100-8
.
- ^
Fuson, pp. 63?65.
- ^
Rouse, Irving (1992).
The Tainos- Rise and Decline of the People Who Greeted Columbus pg. 155
. Yale University Press. New Haven : Yale University Press.
ISBN
0-300-05181-6
.
- ^
Davis, T. Frederick (1935).
"Ponce de Leon's Second Voyage and Attempt to Colonize Florida"
.
The Florida Historical Society Quarterly
.
14
(1): 51?66.
ISSN
0361-624X
.
JSTOR
30150209
.
- ^
Grunwald, Michael (2007).
The Swamp
.
Simon & Schuster
. m/s. 25.
ISBN
978-0-7432-5107-5
.
- ^
Fuson, pp. 173?176.
- Sumber utama