Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Antoine Watteau
(AFA: /??? ??twan vato/), biasanya dipanggil Antoine Watteau, merupakan seorang pelukis
Perancis
dan kerjaya singkatnya membangkitkan peningkatan semula minat terhadap warna dan pergerakan, seperti yang dinampakkan dalam gaya Corregio dan Rubens.
[1]
Antoine dilahirkan pada Oktober 1684 di bandar Valenciennes yang pada masa itu baru sahaja bertukar milik dari Belanda Sepanyol ke Perancis. Pada tahun 1709, Antoine cuba mendapatkan kediaman bertempoh 1 tahun di Rom dengan memenangi Prix de Rom dari Akademi Royale, tetapi hanya dianugerahi tempat ke-2. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupannya di luar kumpulan peminatnya yang kecil, Antoine "ada diperkatakan tetapi jarang dalam kritikan seni." Antara lukisan terkenalnya ialah Rombongan ke Cythera.
- ^
Wine, Humphrey, and Annie Scottez-De Wambrechies. "Watteau" in
Grove Art Online
.
oxfordartonline.com
Oxford University Press. Retrieved 8 February 2014.