- Untuk drama dan opera, sila lihat
Henry VIII (drama)
dan
Henry VIII (opera)
Henry VIII
(
28 Jun
1491
?
28 Januari
1547
) ialah
Raja England
dan
Lord Ireland
(kemudiannya
Raja Ireland
) dari
22 April
1509
sehingga kemangkatannya. Baginda merupakan raja kedua
Dinasti Tudor
, selepas mewarisi ayahnya,
Henry VII
. Henry VIII terkenal kerana
berkahwin sebanyak enam kali
, "bercerai" dengan dua isterinya melalui
pancung kepala
, dan akhirnya berpisah dengan
Gereja Katolik Rom
. Baginda mungkin merupakan raja Inggeris yang paling menggunakan (atau dalam istilah untuk orang yang bukan raja, "menyalahgunakan") kuasanya tanpa terbatas berbanding mana-mana satu raja Inggeris yang lain, dan mengakibatkan
Pembubaran Biara
.
Banyak undang-undang yang utama digubal semasa pemerintahan Henry VIII, termasuk:
Henry VIII dikenali sebagai
kaki judi
dan pemain
dadu
. Semasa muda lagi, baginda cemerlang dalam
sukan
, khususnya
perlawanan tombak
,
pemburuan
, dan
tenis diraja
. Baginda juga merupakan ahli
muzik
, penulis, dan
pemuisi
yang ulung; muziknya yang paling dikenali ialah
Kegiatan Masa Lapang Dengan Teman Yang Menyenangkan
(
Pastyme With Good Company
) (The Kynges Ballade).
Henry VIII juga terlibat dalam banyak projek pembinaan tanpa sebarang asas, serta pembaikan sebilangan bangunan yang utama, termasuknya
Istana Nonsuch
,
Gereja Kolej King
di
Cambridge
, dan
Gereja Westminster
di
London
. Bangunan-bangunan yang diperbaik sering merupakan harta-harta yang dirampas daripada
Thomas Kardinal Wolsey
(seperti
Christ Church
di
Oxford
,
Istana Hampton Court
, dan
Istana Whitehall
) dan
Kolej Trinity, Cambridge
.
Dilahirkan di
Istana Placentia
di
Greenwich
, Henry VIII merupakan anak ketiga kepada pasangan
Henry VII
dan
Elizabeth dari York
. Datuk nenek sebelah ibunya ialah Raja
Edward IV dari England
dan Permaisuri
Elizabeth Woodville
. Hanya tiga daripada enam adik-beradik Henry VIII, iaitu
Arthur
(
Putera Wales
),
Margaret
dan
Mary
, hidup melampau masa bayi. Ayahnya daripada
Keluarga Diraja Lancaster
naik takhta melalui
hak penaklukan
. Angkatan tenteranya menewaskan dan membunuh
Raja Richard III
, raja
Plantagenet
yang terakhir, dan kemudian mengukuhkan kedudukannya melalui
perkahwinan
dengan Elizabeth, anak perempuan kepada
Edward IV
dari
York
. Pada tahun
1493
, Henry yang muda itu (bakal Henry VIII) dilantik sebagai Konstabel
Kastil Dover
, serta Lord Warden untuk
Pelabuhan-pelabuhan Cinque
. Beliau dilantik sebagai
Duke York
pada tahun
1494
dan kemudiannya dilantik sebagai
Earl Marsyal
untuk England serta
Lord Leftenan Ireland
, walaupun masih belum
dewasa
lagi.
Pada tahun
1501
, bakal Henry VIII menghadiri upacara perkahwinan Arthur, abangnya, dengan
Catherine dari Aragon
yang ketika itu, masing-masing hanya berumur lima belas dan enam belas tahun. Mereka dihantar untuk menghabiskan masa mereka di
Wales
, suatu adat resam untuk pewaris raja dan isterinya, akan tetapi Arthur menghidap
jangkitan
dan kemudian meninggal dunia. Oleh itu, ketika berumur sebelas tahun, Henry, Duke York, mendapati diri sebagai pewaris Raja dan tidak lama kemudian, dilantik sebagai
Putera Wales
.
Henry VII hendak mengukuhkan hubungan antara England dan
Sepanyol
melalui satu perkahwinan antara Henry, Putera Wales, dan Catherine. Oleh sebab Putera Wales ingin berkahwin dengan balu abangnya, beliau harus mendapatkan keizinan Paus untuk mengelakkan sebarang penghalang persemendaannya. Catherine mempertahankan bahawa perkahwinan pertamanya tidak pernah disempurnakan; jika dakwaan Catherine itu adalah benar, keizinan Paus tidak diperlukan tetapi sebaliknya, yang diperlukan ialah hanya pembubaran perkahwinan yang diratifikasikan. Bagaimanapun, kedua-dua pihak Inggeris dan Sepanyol bersetuju tentang keperluan untuk memperoleh keizinan Paus supaya dapat mencegah segala kesangsian terhadap kesahan perkahwinan mereka itu. Akibat ketidaksabaran ibu Catherine, Permaisuri
Isabella
,
Paus Alexander VI
bergopoh-gapah memberikan keizinannya melalui
titah-perintah
. Oleh itu, empat belas bulan selepas kematian suaminya, Catherine
bertunang
dengan adik suaminya. Bagaimanapun, menjelang tahun
1505
, Henry VII hilang minatnya terhadap hubungan dengan Sepanyol, dan Putera Wales yang muda ketika itu dipaksa mengisytiharkan bahawa pertunangannya telah diatur tanpa persetujuannya.
Gelaran raja untuk
King Henry VIII dari England
|
|
Gelaran
rujukan
|
His Majesty
(raja Inggeris pertama yang menggunakan gelaran
Majesty
)
|
Panggilan
|
Your Majesty
|
Gelaran
alternatif
|
Sir
|
|
|
Henry VIII naik takhta pada tahun
1509
apabila ayahnya mangkat. Sesetengah ahli sejarah mengatakan bahawa raja yang muda itu jatuh cinta dengan Catherine, duda abangnya yang jauh lebih tua daripadanya. Kemungkinan yang lebih besar adalah bahawa ayah Catherine,
Raja Ferdinand II
dari
Aragon
, ingin menguasai England melalui anak perempuanya dan oleh itu, mendesak Catherine supaya berkahwin dengan raja Inggeris yang baru itu. Walaupun
Paus Julius II
dan
William Warham
,
Ketua Biskop Canterbury
, bimbang akan kesahan perkahwinan mereka itu, Henry VIII berkahwin dengan Catherine kira-kira sembilan minggu selepas naik takhtanya pada
11 Jun
1509
di
Greenwich
. Kedua-dua mereka
dimahkotai
di
Gereja Westminster
pada
24 Jun
1509
.
Kehamilan
pertama Permaisuri Catherine berakhir dengan
keguguran
pada
1510
. Catherine kemudian melahirkan seorang putera, Henry, pada
1 Januari
1511
, tetapi putera ini hanya hidup sehingga
22 Februari
.
Ketika naik takhta, Henry menghadapi berbagai-bagai masalah dengan
Richard Empson
dan
Edmund Dudley
, dua orang menteri pemerintahan
Henry VII
yang mengenakan banyak cukai yang sembarangan pada golongan bangsawan. Melalui salah satu daripada banyak caranya untuk mengasingkan diri daripada tokoh-tokoh utama pemerintahan ayahnya, Henry memenjarakan kedua-dua mereka itu di
Menara London
dan kemudiannya memancung kepala mereka. Kesanggupan Henry untuk selalu berperang terbukti merupakan lagi satu caranya untuk menjauhkan diri daripada pemerintahan
Henry VII
; ayahnya lebih suka keamanan.
Selama dua tahun selepas Henry naik takhta,
Richard Fox
,
Biskop Winchester
serta
Lord Mohor Privi
, bersama-sama dengan William Warham menguasai hal-ehwal negara. Bagaimanapun sejak tahun
1511
, kuasa itu dipegang oleh paderi
Thomas Wolsey
. Pada tahun 1511 itu, Henry menyertai
Liga Suci
, satu badan raja Eropah yang menentang raja Perancis,
Louis XII
. Ahli-ahli liga ini juga termasuk pemerintah-pemerintah Eropah seperti
Paus Julius II
, Maharaja Rom Holy
Maximilian I
, dan Ferdinand II. Henry VIII memeterai
Perjanjian Westminster
dengan Ferdinand II ini, dan bersama-sama dengan angkatan tentera Inggerisnya, menyeberangi
Selat Inggeris
ke Perancis untuk menyertai pengepungan-pengepungan dan pertempuran-pertempuran.
Pada tahun
1514
, Ferdinand meninggalkan perikatannya dengan Ferdinand II itu, dan pihak-pihak lain berdamai dengan Perancis. Kejengkelan Henry VIII terhadap Sepanyol kemudian mengakibatkan perbincangan tentang
perceraian
dengan Permaisuri Catherine. Bagaimanapun apabila Raja Perancis,
Francis I
, naik takhta pada tahun
1515
, England dan Perancis semakin bertentangan, dan Henry mendamaikan Ferdinand semula. Pada tahun
1516
, Permaisuri Catherine melahirkan seorang puteri,
Mary
, dan ini menyebabkan Henry mempercayai bahawa baginda masih boleh dapat seorang pewaris, walaupun kehamilan-kehamilan isterinya yang dahulu telah gagal (seorang bayi yang lahir mati, satu keguguran, dan dua orang bayi yang tidak hidup lama).
Ferdinand mangkat pada tahun
1516
, dan diwarisi oleh cucunya (anak saudara lelaki Permaisuri Catherine),
Charles V
. Menjelang Oktober
1518
, Wolsey telah mengatur Perjanjian London yang diketuai oleh Paus untuk memberi tanggapan kemenangan diplomasi luar negeri Inggeris, dan menempatkan England di tengah sebuah perikatan Eropah yang baru dengan tujuan untuk menangkis serangan-serangan Moor melalui Sepanyol, iaitu tujuan asal Paus.
Pada tahun
1519
apabila Maximilian juga mangkat, Wolsey, yang ketika ini memegang jawatan
Kardinal
, dengan rahsianya mencalonkan Henry untuk jawatan Maharaja Rom Holy, walaupun menyokong Raja Perancis, Francis, di kalayak ramai. Bagaimanapun, pada akhirnya, Charles dipilih oleh para
pemilih putera
. Persaingan kemudian antara Francis dan Charles membenarkan Henry untuk bertindak sebagai pendamai antara kedua-dua mereka itu. Henry kemudian memegang imbangan kuasa di Eropah. Kedua-dua Francis dan Charles meminta sokongan daripada Henry; Francis dengan upacara yang hebat dan mengagumkan di
Medan Kain Emas
, dan Charles dengan cara yang lebih serius di
Kent
.
Bagaimanapun selepas tahun
1521
, pengaruh England di Eropah mula merosot. Henry bersekutu dengan Charles V melalui
Perjanjian Bruges
, dan Francis I ditewaskan oleh angkatan-angkatan tentera Charles dalam
Perang Pavia
pada Februari
1525
. Pergantungan Charles kepada Henry berkurang selepas ini, sementara kuasa England di Eropah semakin lemah. Permintaan bantuan oleh Henry untuk memperoleh
Fleur-de-Lys
ditolak oleh Charles, walaupun terdapat jaminan-jaminan daripadanya. Ini menyebabkan
Perjanjian Westminster
pada tahun
1527
.
Minat Henry dalah hal-ehwal Eropah diperluas untuk merangkumi serangan terhadap revolusi Jerman
Martin Luther
. Pada tahun
1521
, Henry mendedikasikan
Pertahanan Tujuh Sakramen
kepada Paus
Leo X
, dan memperoleh gelaran "Pembela Kepercayaan" (
Defensor Fidei
) untuk dirinya. Sebelum ini, gelarannya ialah "
illustrissimus
", yang bermaksud "paling ternama". Gelaran ini telah dikekalkan walaupun England telah berpisah dengan Rom, dan masih digunakan oleh raja British pada hari ini.
- Bowle, John.
Henry VIII: Kajian Kuasa dalam Tindakan
Little, Brown, 1964.
- Bryant, M.
Private Lives
. Cassell, 2001.
- Eakins, L. E. (2004). "Keenam-enam Isteri Henry VIII".
- Farrow, John V.
The Story of Thomas More
. Collins, 1956.
- "Henry VIII". (1911).
Ensiklopedia Britannica,
edisi ke-11. London: Percetakan Universiti Cambridge.
- Jokinen, A. (2004). "Henry VIII (1491?1547)".
- Moorhouse, Geoffrey.
Great Harry's Navy: How Henry VIII Gave England Seapower
- Perkhidmatan Penyiaran Awam. (2003). "Keenam-enam Isteri Henry VIII".
- Thurston, H. (1910). "Henry VIII".
Ensiklopedia Katolik
. (Jilid VII). New York: Syarikat Robert Appleton.
- Vallieres, S. (1999). "Masalah-masalah Pewarisan Tudor"
- Wagner, John A. (2003). "Bosworth Field to Bloody Mary: An Encyclopedia of the Early Tudors." (Greenwood).
ISBN 1-57356-540-7
.
- Weir, Alison.
The Six Wives of Henry VIII
. Bodley Head, 1991.
- Tanyakan Ireland: Muzium Koleksi Harta Karun Waterford.
Diarkibkan
2008-02-14 di
Wayback Machine
- Weir, Alison.
Henry VIII: The King and His Court
. Buku-buku Ballantine, 2001.
- Williams, Neville.
Henry VIII and His Court
. Macmillan, 1971.
- J S Brewer
; Robert Henry Brodie;
James Gairdner
.
Letters and papers, foreign and domestic, of the reign of Henry VIII
, dipeliharakan di
Pejabat Rekod Awam
,
Muzium British
, serta tempat-tempat lain. Edisi ke-2 1965 - daripada
WorldCat
[1]
oleh
Penerbitan TannerRitchie
Diarkibkan
2007-06-17 di
Wayback Machine
- Luther Martin
.
Luther's Correspondence and Other Contemporary Letters,
2 jilid, terjemahan dan suntingan oleh Preserved Smith, Charles Michael Jacobs, Persatuan Penerbitan Luther, Philadelphia, Pa. 1913, 1918.
Jilid I (1507-1521)
dan
vol.2 (1521-1530)
daripada
Buku-buku Google
. Cetakan semula untuk Jilid 1, Penerbitan Wipf & Stock (Mac 2006).
ISBN 1-59752-601-0