Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hargeisa
(
bahasa Somali
:
Hargeysa
) ialah sebuah kota di barat laut
Somalia
yang merupakan
ibu kota
serta bandar terbesar
Republik Somaliland
. Sebelum terbentuknya Somalia, Hargeisa menjadi ibu kota jajahan
Somaliland British
.
Pada 1988, pasukan Somalia menghancurkan kota ini susulan maraknya aktiviti puak pemberontak berpangkalan utara Somalia pada awal perang saudara Somalia. Namun begitu, situasi di Hargeisa beransur-ansur pulih. Dana pembangunan kembali kota Hargeisa kebanyakan berasal dari wang kiriman penduduknya yang bekerja di luar negara, tidak seperti kawasan lain di Afrika yang berasaskan bantuan antarabangsa, yang tidak dapat digunakan memandangkan Somaliland tidak diperakui sebagai negara berdaulat oleh kelompok antarabangsa secara am.
Media berkenaan
Hargeisa
di Wikimedia Commons
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|