Binatang
(
Jawi
:
??????
), atau
haiwan
(
Jawi
:
?????
serapan
Arab
:
????????
,
rumi:
?ayaw?n
terbitan kata
?????
hayy
"hidup"
[1]
) ialah sekelompok besar
organisma
eukariot
multisel yang tergolong dalam
alam
Animalia
atau
Metazoa
. Apabila
berkembang
, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses
metamorfosis
di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan binatang adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua binatang juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.
Kebanyakan
filum
binatang yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.
Manusia
memanfaatkan banyak spesies
binatang
lain, seperti
makanan
(termasuk daging, susu, dan telur), untuk bahan (seperti kulit dan bulu), sebagai binatang peliharaan, dan sebagai binatang yang berfungsi termasuk untuk pengangkutan.
Binatang mempunyai beberapa ciri-ciri yang membezakannya daripada hidupan-hidupan yang lain. Binatang adalah
eukariot
dan kebanyakannya multisel,
[2]
yakni berbeza dengan
bakteria
dan kebanyakan
protis
. Binatang merupakan heterotrof,
[3]
iaitu umumnya mencerna makanan dalam kebuk dalaman, yakni berbeza dengan
tumbuhan
dan
alga
.
[4]
binatang juga berbeza dengan tumbuhan, alga dan
kulat
kerana ketiadaan
dinding sel
yang kukuh.
[5]
Semua binatang adalah motil,
[6]
walaupun pada peringkat hidup yang tertentu. Bagi kebanyakan binatang,
embrio
melalui peringkat blastula,
[7]
iaitu ciri - ciri yang hanya terdapat pada binatang.
Binatang mempunyai
badan
yang terdiri daripada pelbagai
tisu
, kecuali beberapa jenis yang tertentu, terutama sekali
bunga karang
(Filum
Porifera
) dan Placozoa. Antara tisu-tisu ini ialah
otot
yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan memproses isyarat. Biasanya, juga terdapat kebuk
pencernaan
dalaman dengan satu atau dua bukaan.
[8]
Binatang yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupun
eumetazoa
bagi memaksudkan binatang pada umumnya.
[9]
Semua haiwan mempunyai sel-sel
eukariot
yang dikitari oleh matriks luar sel yang terdiri daripada
kolagen
dan glisoprotein anjal.
[10]
Ini boleh dikapurkan untuk membentuk struktur-struktur seperti
cangkerang
,
tulang
, dan spikul.
[11]
Ketika berkembang, ia membentuk rangka yang agak mudah lentur
[12]
di mana sel-sel boleh bergerak-gerak dan bersusun semula, maka membolehkan struktur yang rumit. Berbeza pula dengan
organisma-organisma multisel
yang lain seperti
tumbuhan
dan kulat yang sel-selnya ditahan oleh dinding sel, oleh itu berkembang secara pertumbuhan progresif.
[8]
Selain itu, simpang-simpang antara sel ini juga hanya terdapat dalam sel binatang: simpang ketat, simpang renggang, dan desmosom.
[13]
Hampir kesemua binatang menjalani suatu bentuk pembiakan jantina.
[14]
Ia mempunyai beberapa
sel pembiakan
khusus yang menjalani
meiosis
untuk menghasilkan
spermatozoon
yang kecil tetapi motil, atau telur yang besar tetapi tidak motil.
[15]
Spermatozoon dan ovum ini bergabung untuk membentuk
zigot
yang berkembang menjadi individu baru.
[16]
Juga terdapat banyak haiwan juga mampu membiak tanpa jantina.
[17]
Ini boleh terjadi secara
partenogenesis
, yang mana telur yang subur dihasilkan tanpa mengawan, bercambah ataupun berpecah.
[18]
Zigot
mula-mula berkembang menjadi suatu bentuk sfera yang cembung, iaitu blastula
[19]
yang menjalani proses penyusunan semula dan penceraian. Bagi bunga karang, larva blastula berenang ke tempat baru lalu berkembang menjadi bunga karang baru.
[20]
Bagi kebanyakan kelompok yang lain pula, blastula menjalani penyusunan semula yang lebih rumit.
[21]
Mula-mula, ia berinvaginasi untuk membentuk gastrula dengan kebuk pencernaan, dan dua lapisan kuman yang berasingan, iaitu ektoderma luaran dan endoderma dalaman.
[22]
Selalunya, juga berkembangnya di antara ektoderma dan endoderma itu.
[23]
Kemudian, lapisan-lapisan kuman ini berpecah-pecah untuk membentuk tisu dan organ.
[24]
Semua binatang merupakan heterotrof, iaitu boleh makan hidupan lain secara langsung atau tidak langsung.
[25]
Lazimnya, haiwan dibahagikan lagi kepada kelomok-kelompok seperti
maging
,
maun
,
omnivor
, dan
parasit
.
[26]
Pemangsaan
ialah interaksi biologi yang mana pemangsa (heterotrof yang memburu) memakan mangsanya (organisma yang diserangnya).
[27]
Pemangsa ini boleh tetapi tidak semestinya membunuh mangsa sebelum memakannya, tetapi apapun, tindakan pemangsaan ini sentiasa berkesudahan dengan kematian mangsa.
[28]
Satu lagi kategori pemakanan yang lain ialah detritivori, iaitu pengambilan jirim organik yang mati.
[29]
Kadang-kadang, adalah sukar untuk membezakan kedua-dua tabiat pemakanan ini, misalnya yang mana spesies parasit memangsakan organisme perumah, kemudian bertelur di atasnya supaya zuriatnya boleh memakan bangkainya yang reput. Tekanan berpilih yang dikenakan ke atas satu sama lain telah menimbulkan
perlumbaan senjata evolusi
antara mangsa dan pemangsa, oleh itu menyebabkan pelbagai penyesuaian anti-pemangsa.
[30]
Kebanyakan binatang secara tidak langsungnya menggunakan tenaga
matahari
dengan memakan tumbuhan atau binatang yang memakan tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan menggunakan cahaya untuk menukarkan molekul-molekul tak organik dalam persekitarannya kepada molekul organik, misalnya
gula
ringkas, dalam
fotosintesis
. Bermula dengan molekul-molekul
karbon dioksida
(CO
2
) dan
air
(H
2
O), fotosintesis menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia yang disimpan sebagai karbon terturun (cth.
glukosa
) serta melepaskan molekul
oksigen
. Kemudian, gula-gula ini digunakan sebagai bahan binaan untuk pembesaran tumbuhan.
[8]
Apabila binatang memakan tumbuhan ini (atau memakan binatang lain yang pernah makan tumbuhan ini), gula-gula yang dihasilkan oleh tumbuhan itu pun diambil oleh binatang berkenaan.
[31]
Sama ada gula itu digunakan secara langsung untuk pembesaran binatang, ataupun dipecah-pecahkan untuk melepaskan tenaga suria yang tersimpan dan memberi haiwan itu tenaga yang diperlukan untuk pergerakan.
[32]
Proses ini dipanggil
glikolisis
.
[33]
Binatang yang hidup berdekatan lohong hidroterma dan tiris sejuk di dasar laut tidak bergantung pada tenaga cahaya matahari.
[34]
Sebaliknya,
arkea
dan
bakteria
kimiasintetis membentuk asas
rantaian makanan
.
[35]
Porifera, Radiata dan Bilateria asas
[
sunting
|
sunting sumber
]
Analisa filogenetik mendapati bahawa
Porifera
dan
Ctenophora
berpecah sebelum klad yang melahirkan Bilateria,
Cnidaria
dan Placozoa.
[36]
Bunga karang (
Porifera
) selama ini dipercayai awal-awal berpecah dari binatang-binatang lain.
[37]
Bunga karang ketiadaan susunan rumit yang terdapat dalam kebanyakan filum yang lain.
[38]
Sel-selnya dibezakan, tetapi selalunya tidak tersusun kepada tisu-tisu yang berasingan.
[39]
Bunga karang lazimnya makan dengan menarik air masuk melalui liang-liangnya.
[40]
Archaeocyatha yang rangkanya terlakur mungkin mewakili bunga karang ataupun filum yang berasingan.
[41]
Bagaimanapun, suatu kajian filogenomik ke atas 150 gen pada 29 jenis binatng merentas 21 filum pada tahun 2008, mendapati bahawa
Ctenophora
atau ampai bulatlah yang merupakan keturunan asas binatang , sekurang-kurangnya di kalangan 21 filum berkenaan. Para pengarangnya berspekulasi bahawa bunga karang?setidak-tidaknya bunga karang yang dikajinya?tidaklah begitu kuno, tetapi sebaliknya mungkin diringkaskan secara sekunder.
[42]
Di kalangan filum-filum yang lain, Ctenophora dan
Cnidaria
yang merangkumi
buran
,
batu karang
, dan
ampai-ampai
, bersimetri secara jejari dan mempunyai kebuk pencernaan dengan satu bukaan yang berfungsi sebagai mulut dan dubur.
[43]
Kedua-duanya mempunyai tisu yang berbeza, tetapi tidak tersusun kepada
organ
.
[44]
Hanya ada dua lapisan germa yang utama, iaitu ektoderma dan endoderma, dengan cuma sel-sel yang terserak di antaranya. Oleh itu, binatang-binatang ini juga dipanggil diploblas.
[45]
Placozoa yang halus juga begitu, tetapi tiada kebuk pencernaan yang kekal.
Binatng-Binatang yang selebihnya membentuk kumpulan monofiletik iaitu Bilateria. Kebanyakan binatang ini, dan biasanya mempunyai kepala yang khusus dengan organ-organ pemakanan dan deria. Tubuhnya adalah triploblas, iaitu ketiga-tiga lapisan germa berkembang sepenuhnya, dan tisu-tisu membentuk organ-organ yang berlainan. Kebuk pencernaan mempunyai dua bukaan, iaitu mulut dan dubur, dan juga terdapat rongga tubuh dalaman yang dipanggil
selom
atau pseudoselom. Walau apapun, ada binatang yang terkecuali daripada ciri-ciri ini, misalnya:
ekinoderma
dewasa adalah bersimetri secara jejari, dan cacing parasit tertentu memiliki struktur tubuh yang teramat ringkas.
Kajian genetik telah banyak mempengaruhi pemahaman kita akan hubungan sesama ahli Bilateria. Diamati bahawa kebanyakannya tergolong dalam dua keturunan utama, iaitu deuterostom dan protostom; protostom termasuk Ecdysozoa, Platyzoa, dan Lophotrochozoa. Selain itu, terdapat beberapa kelompok kecil bilateria berstruktur agak kecil yang nampaknya sudah berpecah sebelum kelompok-kelompok besar itu, misalnya Acoelomorpha, Rhombozoa, dan Orthonectida. Myxozoa, iaitu paraset unisel yang asalnya dianggap sebagai Protozoa, kini dipercayai telah berkembang dari Medusozoa juga.
Deuterostom berbeza dengan Bilateria yang lain, iaitu protostom, dari pelbagai segi. Kedua-duanya memiliki saluran penghadaman yang lengkap. Bagaimanapun, dalam protostom, bukaan usus pertama yang menjadi dalam perkembangan embrio (arkenteron) berkembang dalam mulut, diikuti oleh dubur. Dalam deuterostom pula, dubur terbentuk dahulu, diikuti oleh mulut.
[46]
Dalam kebanyakan protosom, sel-sel hanya mengisi pedalaman gastrula untuk membentuk mesoderma, dalam proses yang dipanggil perkembangan skizoseli, tetapi bagi deuterostome, ia terbentuk menerusi invaginasi endoderma, iaitu pengantungan enteroseli.
[47]
Embrio deuterostom menjalani Sigaran jejari ketika pembahagian sel, sementara protostom menjalani sigaran pilin.
[48]
Semua ini menunjukkan bahawa deuterostom dan protostom adalah keturunan monofiletik yang berasingan. Filum-filum utama deuterostom ialah
Echinodermata
dan
Chordata
.
[49]
Echinodermata adalah bersimetri secara jejari dan hanya ditemui dalam air, misalnya
tapak sulaiman
,
landak laut
, dan
gamat
.
[50]
Chordata pula dikuasai oleh
vertebrat
, iaitu haiwan yang bertulang belakang,
[51]
termasuk
ikan
,
amfibia
,
reptilia
,
burung
, dan
mamalia
.
[52]
Selain itu, deuterostoma juga merangkumi Hemichordata atau cacing akorn.
[53]
Walaupun tidak begitu menonjol pada masa kini, namun fosil graptolit yang penting mungkin tergolong dalam kelompok ini.
[54]
Ecdysozoa adalah protostom yang dinamai sempena suatu sifat pertumbuhan yang sepunya iaitu secara bersalin atau
ekdisis
.
[55]
Dalam golongan ini termasuklah filum binatang yang terbesar, iaitu
Arthropoda
, merangkumi
serangga
,
labah-labah
,
ketam
, dan saudara-maranya. Kesemua organisma ini mempunyai tubuh yang terbahagi kepada bahagian-bahagian yang berulang-ulang, biasanya dengan apendej-apendej berpasangan. Dua filum yang lebih kecil, iaitu Onychophora dan
Tardigrada
, merupakan saudara dekat kepada artropod dan berkongsi ciri-ciri tersebut.
Ecdysozoa juga merangkumi
Nematoda
atau cacing bulat, iaitu barangkali filum binatang yang kedua terbesar. Cacing bulat biasanya bersaiz mikroskopik, dan terdapat di hampir setiap persekitaran yang terdapat air.
[56]
Sesetengah cacing bulat ini merupakan parasit yang penting.
[57]
Antara filum kecil yang bersaudara dengan cacing bulat ialah Nematomorpha atau cacing bulu kuda, serta Kinorhyncha, Priapulida, dan Loricifera. Kelompok-kelompok ini mempunyai selom yang kecut, iaitu pseudoselom (selom palsu).
Dua kelompok protostom yang selebihnya adakalanya digabungkan sebagai Spiralia, kerana embrio kedua-duanya berkembang dengan sigaran pilin.
Platyzoa merangkumi filum
Platyhelminthes
, iaitu cacing pipih.
[58]
Pada asalnya ini dianggap sebagai antara makhluk Bilateria yang paling kuno, tetapi kini nampaknya bahawa ia berkembang daripada leluhur yang lebih rumit.
[59]
Dalam kelompok ini terdapat beberapa jenis
parasit
, seperti cacing hati dan
cacing pita
.
[58]
Cacing pita merupakan aselomat, iaitu ketiadaan rongga jasad, begitu juga dengan saudara terdekatnya, iaitu
Gastrotricha
yang mikroskopik.
[60]
Filum-filum Platyzoa yang lain pula kebanyakannya mikroskopik dan pseudoselomat, terutama sekali Rotifera atau rotifer yang banyak ditemui dalam persekitaran berair, bahkan juga merangkumi Acanthocephala atau cacing kepala duri, Gnathostomulida, Micrognathozoa, dan mungkin juga Cycliophora.
[61]
Kelompok-kelompok ini berkongsi sifat adanya rahang rumit, maka dipanggilnya Gnathifera.
Lophotrochozoa merangkumi dua filum binatang yang paling berjaya, iaitu
Mollusca
dan
Annelida
.
[62]
[63]
Moluska, iaitu filum haiwan kedua terbesar mengikut bilangan spesies yang dikenali, merangkumi
siput babi
,
kerang
, dan
sotong
, sementara Annelida terdiri daripada cacing bersegmen, seperti
cacing tanah
dan
lintah
. Dua kelompok ini sekian lama dianggap sebagai saudara dekat kerana berkongsi larva trokofor, tetapi Annelida dianggap lebih dekat dengan Arthropoda kerana kedua-dua filum itu bersegmen jasadnya.
[64]
Kini, ini pada umumnya dianggap sebagai evolusi tumpu, disebabkan banyaknya perbezaan morfologi dan genetik antara kedua-dua filum itu.
[65]
Juga tergolong dalam Lophotrochozoa ialah
Nemertea
atau cacing reben, Sipuncula, dan beberapa filum yang mempunyai gelang sesungut bersilium di keliling mulutnya, iaitu lofofor.
[66]
Nemertea, Sipuncula dan lofofor ini asalnya digolongkan bersama-sama sebagai lofoforat.
[67]
tetapi kini nampaknya kelompok lofoforat itu mungkin parafiletik,
[68]
yang mana ada yang lebih dekar dengan Nemertea dan yang lain pula dekat dengan moluska dan anelid.
[69]
[70]
Ini termasuk Brachiopoda atau cangkerang berkilau yang menonjol dalam rekod fosil, Entoprocta, Phoronida, dan mungkin juga Bryozoa atau binatang lumut.
[71]
Aristotle
membahagikan dunia hidupan kepada binatang dan
tumbuhan
; ini disusuli oleh
Carolus Linnaeus
(Carl von Linne) yang menzahirkan pengelasan bertatatingkat yang sulung.
[72]
Semenjak itu, para ahli biologi telah mulai menekankan hubungan evolusi, oleh itu setiap golongan hidupan diberi had-had yang tertentu. Misalnya, makhluk halus
protozoa
asalnya dianggap sebagai binatang kerana ia bergerak, tetapi kini dilayan sebagai alam yang berasingan.
Dalam skema asal Linnaeus, haiwan merupakan salah satu daripada tiga alam hidupan, dibahagikan kepada kelas-kelas Vermes(cacing), Insectia(serangga), Pisces(ikan), Amphibia(amfibia), Aves(burung), dan Mammalia(mamalia). Semenjak itu, Pisces, Amphibia, Aves dan Mammalia digolongkan sekali ke dalam satu filum, iaitu
Chordata
(binatang tulang belakang), manakala bentuk-bentuk hidupan yang lain pula telah diasing-asingkan. Senarai-senarai di atas mewakili pemahaman kita akan kelompok ini pada masa kini, namun terdapat sedikit perbezaan dari sumber ke sumber.
- ^
Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).
Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu
. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 117.
ISBN
967-65-7321-3
.
- ^
National Zoo.
"Panda Classroom"
. Dicapai pada
September 30,
2007
.
- ^
Jennifer Bergman.
"Heterotrophs"
. Dicapai pada
September 30,
2007
.
- ^
Douglas AE, Raven JA, AE (2003).
"Genomes at the interface between bacteria and organelles"
.
Philosophical transactions of the Royal Society of London. Series B, Biological sciences
.
358
(1429): 5?17, discussion 517?8.
doi
:
10.1098/rstb.2002.1188
.
PMC
1693093
.
PMID
12594915
.
- ^
Davidson, Michael W.
"Animal Cell Structure"
. Dicapai pada
September 20,
2007
.
- ^
Saupe, S.G.
"Concepts of Biology"
. Dicapai pada
September 30,
2007
.
- ^
Minkoff, Eli C. (2008).
Barron's EZ-101 Study Keys Series: Biology
(ed. 2, revised). Barron's Educational Series. m/s. 48.
ISBN
9780764139208
.
- ^
a
b
c
Adam-Carr, Christine; Hayhoe, Christy; Hayhoe, Douglas; Hayhoe, Katharine (2010).
Science Perspectives 10
. Nelson Education Ltd.
ISBN
978-0-17-635528-9
.
- ^
Gero HIllmer (1983).
Fossil Invertebrates
. CUP Archive. m/s. 54.
ISBN
9780521270281
.
- ^
Alberts, Bruce (2002).
Molecular Biology of the Cell
(ed. 4). New York: Garland Science.
- ^
Sangwal, Keshra (2007).
Additives and crystallization processes: from fundamentals to applications
. John Wiley and Sons. m/s. 212.
ISBN
9780470061534
.
- ^
Becker, Wayne M. (1991).
The world of the cell
. Benjamin/Cummings.
ISBN
9780805308709
.
- ^
Magloire, Kim (2004).
Cracking the AP Biology Exam, 2004?2005 Edition
. The Princeton Review. m/s. 45.
ISBN
9780375763939
.
- ^
Knobil, Ernst (1998).
Encyclopedia of reproduction, Volume 1
. Academic Press. m/s. 315.
ISBN
9780122270208
.
- ^
Schwartz, Jill (2010).
Master the GED 2011 (w/CD)
. Peterson's. m/s. 371.
ISBN
9780768928853
.
- ^
Hamilton, Matthew B. (2009).
Population genetics
. Wiley-Blackwell. m/s. 55.
ISBN
9781405132770
.
- ^
Adiyodi, K. G. (2002).
Reproductive Biology of Invertebrates, Progress in Asexual Reproduction, Volume 11
. Wiley. m/s. 116.
- ^
Kaplan (2008).
GRE exam subject test
. Kaplan Publishing. m/s. 233.
ISBN
9781419552182
.
- ^
Tmh (2006).
Study Package For Medical College Entrance Examinations
. Tata McGraw-Hill. m/s. 6.22.
ISBN
9780070616370
.
- ^
Ville, Claude Alvin (1984).
General zoology
. Saunders College Pub. m/s. 467.
ISBN
9780030624513
.
- ^
Hamilton, William James (1945).
Human embryology: (prenatal development of form and function)
. Williams & Wilkins. m/s. 330.
- ^
Philips, Joy B. (1975).
Development of vertebrate anatomy
. Mosby. m/s. 176.
ISBN
9780801639272
.
- ^
The Encyclopedia Americana: a library of universal knowledge, Volume 10
. Encyclopedia Americana Corp. 1918. m/s. 281.
- ^
Romoser, William S. (1998).
The science of entomology
. WCB McGraw-Hill. m/s. 156.
ISBN
9780697228482
.
- ^
Rastogi, V. B. (1997).
Modern Biology
. Pitambar Publishing. m/s. 3.
ISBN
9788120904965
.
- ^
Levy, Charles K. (1973).
Elements of Biology
. Appleton-Century-Crofts. m/s. 108.
ISBN
9780390556271
.
- ^
Begon, M., Townsend, C., Harper, J. (1996).
Ecology: Individuals, populations and communities
(Third edition). Blackwell Science, London.
ISBN 0-86542-845-X
,
ISBN 0-632-03801-2
,
ISBN 0-632-04393-8
.
- ^
[1]
. Britannica.com. Retrieved on 2011-11-23.
- ^
Marchetti, Mauro (2001).
Geomorphology and environmental impact assessment
. Taylor & Francis. m/s. 84.
ISBN
9789058093448
.
- ^
Allen, Larry Glen (2006).
Ecology of marine fishes: California and adjacent waters
. University of California Press. m/s. 428.
ISBN
9780520246539
.
- ^
Clutterbuck, Peter (2000).
Understanding Science: Upper Primary
. Blake Education. m/s. 9.
ISBN
9781865091709
.
- ^
Gupta, P.K.
Genetics Classical To Modern
. Rastogi Publications. m/s. 26.
ISBN
9788171338962
.
- ^
Garrett, Reginald; Grisham, Charles M. (2010).
Biochemistry
. Cengage Learning. m/s. 535.
ISBN
9780495109358
.
- ^
New scientist
. IPC Magazines.
152
(2050?2055): 105. 1996.
- ^
Castro, Peter (2007).
Marine Biology
(ed. 7). McGraw-Hill. m/s. 376.
ISBN
9780077221249
.
- ^
Ryan JF, Pang K; NISC Comparative Sequencing Program, Mullikin JC, Martindale MQ, Baxevanis AD (2010) The homeodomain complement of the ctenophore
Mnemiopsis leidyi
suggests that Ctenophora and Porifera diverged prior to the ParaHoxozoa. Evodevo 1(1):9
- ^
Bhamrah, H. S. (2003).
An Introduction to Porifera
. Anmol Publications PVT. LTD. m/s. 58.
ISBN
9788126106752
.
- ^
Sumich, James L. (2008).
Laboratory and Field Investigations in Marine Life
. Jones & Bartlett Learning. m/s. 67.
ISBN
9780763757304
.
- ^
Jessop, Nancy Meyer (1970).
Biosphere; a study of life
. Prentice-Hall. m/s. 428.
- ^
Sharma, N. S. (2005).
Continuity And Evolution Of Animals
. Mittal Publications. m/s. 106.
ISBN
9788182930186
.
- ^
McGraw-Hill encyclopedia of science & technology: MET-NIC., Volume 11
(ed. 8). McGraw-Hill. 1997. m/s. 59.
ISBN
9780079115041
. Dicapai pada
19 Mac
2011
.
- ^
Dunn CW, Hejnol A, Matus DQ; dll. (2008). "Broad phylogenomic sampling improves resolution of the animal tree of life".
Nature
.
452
(7188): 745?9.
doi
:
10.1038/nature06614
.
PMID
18322464
.
CS1 maint: multiple names: authors list (
link
)
- ^
Langstroth, Lovell (2000).
A living bay: the underwater world of Monterey Bay
. University of California Press. m/s. 244.
ISBN
9780520221499
.
- ^
Safra, Jacob E. (2003).
The New Encyclopædia Britannica, Volume 16
. Encyclopædia Britannica. m/s. 523.
ISBN
9780852299616
.
- ^
Kotpal, R. L.
Modern Text Book of Zoology: Invertebrates
. Rastogi Publications. m/s. 184.
ISBN
9788171339037
.
- ^
Peters, Kenneth E. (2005).
The Biomarker Guide: Biomarkers and isotopes in petroleum systems and Earth history
. Cambridge University Press. m/s. 717.
ISBN
9780521837620
.
- ^
Safra, Jacob E. (2003).
The New Encyclopædia Britannica, Volume 1; Volume 3
. Encyclopædia Britannica. m/s. 767.
ISBN
9780852299616
.
- ^
Valentine, James W. (July 1997). "Cleavage patterns and the topology of the metazoan tree of life".
PNAS
. The National Academy of Sciences.
94
: 8001?8005.
- ^
Hyde, Kenneth (2004).
Zoology: An Inside View of Animals
. Kendall Hunt. m/s. 345.
ISBN
9780757509971
.
- ^
Alcamo, Edward (1998).
Biology Coloring Workbook
. The Princeton Review. m/s. 220.
ISBN
9780679778844
.
- ^
Holmes, Thom (2008).
The First Vertebrates
. Infobase Publishing. m/s. 64.
ISBN
9780816059584
.
- ^
Rice, Stanley A. (2007).
Encyclopedia of evolution
. Infobase Publishing. m/s. 75.
ISBN
9780816055159
.
- ^
Tobin, Allan J. (2005).
Asking about life
. Cengage Learning. m/s. 497.
ISBN
9780534406530
.
- ^
Safra, Jacob E. (2003).
The New Encyclopædia Britannica, Volume 19
. Encyclopædia Britannica. m/s. 791.
ISBN
9780852299616
.
- ^
Dawkins, Richard (2005).
The Ancestor's Tale: A Pilgrimage to the Dawn of Evolution
. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 381.
ISBN
9780618619160
.
- ^
Prewitt, Nancy L. (2003).
BioInquiry: making connections in biology
. John Wiley. m/s. 289.
ISBN
9780471202288
.
- ^
Schmid-Hempel, Paul (1998).
Parasites in social insects
. Princeton University Press. m/s. 75.
ISBN
9780691059242
.
- ^
a
b
Gilson, Etienne (2004).
El espiritu de la filosofia medieval
. Ediciones Rialp. m/s. 384.
ISBN
9788432134920
.
- ^
Ruiz-Trillo, I., I (1999). "Acoel Flatworms: Earliest Extant Bilaterian Metazoans, Not Members of Platyhelminthes".
Science
.
283
(5409): 1919?1923.
Bibcode
:
1999Sci...283.1919R
.
doi
:
10.1126/science.283.5409.1919
.
PMID
10082465
.
- ^
Todaro, Antonio.
"Gastrotricha: Overview"
.
Gastrotricha: World Portal
. University of Modena & Reggio Emilia
. Dicapai pada
2008-01-26
.
- ^
Kristensen, Reinhardt Møbjerg (2002). "An Introduction to Loricifera, Cycliophora, and Micrognathozoa".
Integrative and Comparative Biology
.
42
(3): 641?651.
doi
:
10.1093/icb/42.3.641
.
- ^
"Biodiversity: Mollusca"
. The Scottish Association for Marine Science. Diarkibkan daripada
yang asal
pada 2006-07-08
. Dicapai pada
2007-11-19
.
- ^
Russell, Bruce J. (Writer), Denning, David (Writer) (2000).
Branches on the Tree of Life: Annelids
(
VHS
). BioMEDIA ASSOCIATES.
- ^
Eernisse, Douglas J., D. J. (1 September 1992). "Annelida and Arthropoda are not sister taxa: A phylogenetic analysis of spiralean metazoan morphology".
Systematic Biology
.
41
(3): 305?330.
doi
:
10.2307/2992569
.
JSTOR
2992569
.
- ^
Eernisse, Douglas J. (1996). "Phylogenetic Relationships of Annelids, Molluscs, and Arthropods Evidenced from Molecules and Morphology".
Journal of Molecular Evolution
.
New York
: Springer.
43
(3): 207?215.
doi
:
10.1007/PL00006079
.
PMID
8703086
.
- ^
Collins, Allen G. (1995).
The Lophophore
. University of California Museum of Paleontology.
- ^
Adoutte, A., A (2000).
"The new animal phylogeny: Reliability and implications"
.
Proceedings of the National Academy of Sciences
.
97
(9): 4453?4456.
Bibcode
:
2000PNAS...97.4453A
.
doi
:
10.1073/pnas.97.9.4453
.
PMC
34321
.
PMID
10781043
.
- ^
Passamaneck, Yale J. (2003).
"Molecular Phylogenetics of the Metazoan Clade Lophotrochozoa"
(PDF)
. m/s. 124.
[
pautan mati kekal
]
- ^
Sundberg, P; Turbeville, JM; Lindh, S (2001). "Phylogenetic relationships among higher nemertean (Nemertea) taxa inferred from 18S rDNA sequences".
Molecular Phylogenetics and Evolution
.
20
(3): 327?334.
doi
:
10.1006/mpev.2001.0982
.
PMID
11527461
.
- ^
Boore, JL (2002).
"The mitochondrial genome of the Sipunculid Phascolopsis gouldii supports its association with Annelida rather than Mollusca"
(PDF)
.
Molecular Biology and Evolution
.
19
(2): 127?137.
PMID
11801741
. Dicapai pada
2007-11-19
.
- ^
Nielsen, Claus (2001).
"Bryozoa (Ectoprocta: 'Moss' Animals)"
.
Encyclopedia of Life Sciences
. John Wiley & Sons, Ltd.
doi
:
10.1038/npg.els.0001613
. Dicapai pada
2008-01-19
.
- ^
Linnaeus, Carolus
(1758).
Systema naturae per regna tria naturae :secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis
(dalam bahasa Latin) (ed.
edisi ke-10
). Holmiae (Laurentii Salvii)
. Dicapai pada
22 September
2008
.
|
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Lain-lain
| |
---|