Hector Moreno
|
|
Nama penuh
|
Hector Alfredo Moreno Herrera
[1]
|
---|
Tarikh lahir
|
(
1988-01-17
)
17 Januari 1988
(umur
36)
|
---|
Tempat lahir
|
Culiacan
,
Mexico
|
---|
Ketinggian
|
1.83 m (6 ka 0 in)
|
---|
Posisi permainan
|
Pertahanan
|
---|
|
Kelab terkini
|
Roma
|
---|
|
2003?2006
|
UNAM
|
---|
|
Tahun
|
Pasukan
|
Kmcln
|
(
Gol
)
|
---|
2006?2007
|
UNAM
|
44
|
(2)
|
---|
2008?2011
|
AZ
|
80
|
(6)
|
---|
2011?2015
|
Espanyol
|
118
|
(7)
|
---|
2015?2017
|
PSV Eindhoven
|
61
|
(11)
|
---|
2017?
|
Roma
|
0
|
(0)
|
---|
|
2005
|
Mexico B17
|
6
|
(2)
|
---|
2007
|
Mexico B20
|
4
|
(1)
|
---|
2007?
|
Mexico
|
79
|
(2)
|
---|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Mei 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2017
|
Hector Alfredo Moreno Herrera
(lahir 17 Januari 1988) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Itali,
Roma
dan
pasukan kebangsaan Mexico
. Beliau bermain di posisi
pertahanan
.
Hector Moreno sertai kelab remaja
UNAM
pada 2003 ketika baru berusia 15 tahun dan beliau ke kelab pertama selepas menjuarai
Piala Dunia B-17 FIFA
bersama Mexico pada 2015.
Beliau membuat debut untuk UNAM ketika kejohanan Clausura 2006, pasukannya menang 1-0 ke atas
Santos Laguna
pada 22 Januari. Beliau membuat penampilan penuh pada 12 Februari, menang 2-0 ke atas
Veracruz
. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada minggu berikutnya tetapi pasukannya tewas 3-1 kepada
Cruz Azul
.
Pada 13 Disember 2007, Moreno dilaporkan ke kelab Belanda,
AZ Alkmaar
sebanyak
US$
4.5 juta. Beliau membuat penampilan pertama bersama AZ pada 1 Mac 2008, seri 1?1 menentang
Roda JC Kerkrade
. Pada April 2009, Moreno memenangai gelaran pertama
Eredivisie
bersama AZ. Pada 22 April, Moreno dilaporkan telah melanjutkan kontrak bersama AZ Alkmaar, di mana beliau kekal bersama kelab Belanda itu sehingga 2014.
Pada 25 Julai, AZ memenangi
Piala Super Belanda
dengan membelasah
SC Heerenveen
5?1 dalam perlawanan akhir. Moreno membuat debut di pentas Eropah dalam
Liga Juara-Juara
pada 16 September, tewas 1-0 kepada
Olympiakos
. Pada 7 Februari 2010, Moreno menjaringkan gol kemenangan Alkmaar apabila menanduk masuk dari sepakan penjuru pada minit ke-87 menetnang
Feyenoord
, AZ menang 2?1.
Pada 22 Jun 2011, Moreno telah berpindah ke kelab Sepanyol,
Espanyol
dengan kontrak lima tahun dan bayaran yang tidak didedahkan.
[2]
Pada 28 Ogos, Moreno membuat debut
La Liga
menentang
Mallorca
. Pada 26 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Espanyol ketika tewas 3-1 menentang
Levante UD
. Pada 4 Oktober 2012, Moreno dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Espanyol" pada musim
2011?12
, iaitu musim debutnya dengan bermain 35 perlawanan liga dengan jumlahnya 3295 minit bermain dan menjaringkan tiga gol bersama satu hantaran.
Moreno membuat debut Piala Dunia dalam
Piala Dunia 2010
menentang
Perancis
dalam peringkat kumpulan, Mexico menang 2-0.
Moreno sebahagian daripada skuad Mexico di
Piala Emas CONCACAF 2011
, di mana beliau bermain setiap perlawanan Mexico termasuk perlawanan akhir menentang
Amerika Syarikat
di mana Mexico menang 4-2. Beliau juga bermain setiap perlawanan Mexico di
Piala Konfederasi FIFA 2013
.
Pada 12 Jun 2012, Moreno menjaringkan gol pertamanya untuk Mexico ketika menang 2-1 ke atas
El Salvador
dalam perlawanan
kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
.
Jurulatih
Miguel Herrera
memasukkan beliau dalam senarai akhir 23 pemain yang beraksi di
Piala Dunia FIFA 2014
.
- Sehingga 23 Disember 2014
- AZ Alkmaar
- Mexico B17
- Mexico
Persondata
|
Nama
|
Moreno Herrera, Hector Alfredo
|
Nama alternatif
|
Moreno, Hector
|
Pemerihalan ringkas
|
Footballer
|
Tarikh kelahiran
|
17 January 1988
|
Tempat kelahiran
|
Culiacan, Sinaloa
, Mexico
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|