Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grand Prix Bahrain 2013
(nama rasmi:
2013 Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix
)
[1]
ialah sebuah
perlumbaan bermotor
Formula Satu
yang telah berlangsung pada 21 April 2013 di
Litar Antarabangsa Bahrain
di
Sakhir
,
Bahrain
.
[2]
Perlumbaan yang dipertandingkan sebanyak 57 pusingan ini, merupakan perlumbaan keempat dalam kalendar
Formula Satu musim 2013
, dan merupakan
Grand Prix Bahrain
yang kesembilan sebagai pusingan dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu.
Pemandu
Mercedes
,
Nico Rosberg
, memulakan perlumbaan ini dari petak pertama.
[3]
Sebastian Vettel
memenangi perlumbaan ini, manakala pemandu
Lotus F1
,
Kimi Raikkonen
dan
Romain Grosjean
, melengkapkan podium.
[4]
Pembekal tayar,
Pirelli
, pada mulanya merancang untuk membawa tayar sebatian keras dan lembut mereka pada perlumbaan ini.
[5]
Namun, pasukan mengalami masalah dengan tayar sebatian lembut di
Grand Prix China 2013
, dengan tayar tersebut mula haus selepas hanya tujuh pusingan,
[6]
dan menyebabkan Pirelli mengubah sebatian tayar mereka untuk Grand Prix Bahrain, dan menukar tayar sebatian lembut ke medium.
[7]
Nota:
- ↑1
?
Lewis Hamilton
diberikan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear tanpa dijadualkan.
[9]
- ↑2
?
Mark Webber
diberikan penalti tiga-petak kedudukan kerana menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan
Jean-Eric Vergne
di
pusingan kejuaraan
sebelumnya. (Oleh kerana penalti diberikan mengikut urutan, pertama sekali, Webber diturunkan dari tempat kelima ke tempat kelapan. Kemudiannya penalti Hamilton dikenakan, dan menjatuhkannya dari tempat keempat ke tempat kesembilan, dan Webber dinaikkan satu tempat, iaitu tempat ketujuh)
- ↑3
?
Valtteri Bottas
dan
Pastor Maldonado
merekodkan masa pusingan yang sama pada Q1. Oleh kerana Bottas merekodkan masa pusingannya sebelum Maldonado, beliau berjaya memasuki Q2, manakala Maldonado gagal memasuki Q2.
- ↑4
?
Esteban Gutierrez
diberikan penalti lima-petak kedudukan kerana menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan
Adrian Sutil
pada pusingan kejuaraan sebelumnya.
[10]
Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan
[
sunting
|
sunting sumber
]
- Kejuaraan Pemandu Dunia
|
- Kedudukan Kejuaraan Pengeluar
|
- Nota
: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.