Giovanni Messe
(10 Disember 1883 ? 18 Disember 1968) adalah seorang pegawai kanan tentera
Itali
, ahli politik, dan merupakan
Marsyal Itali
(
Maresciallo d'Italia
) yang terakhir dilantik oleh
Benito Mussolini
. Beliau dianggap kebanyakkan orang sebagai panglima perang terbaik Itali semasa
Perang Dunia II
.
Giovanni telah dilahirkan di
Mesagne
, dalam
Wilayah Brindisi
di wilayah
Apulia
Itali pada 10 Disember 1883. Giovanni Messe memasuki tentera pada tahun 1901. Beliau berjuang didalam penaklukan Itali keatas Libya dan dalam
Perang Dunia Pertama
. Semasa konflik ini, beliau memberikan satu sumbangan penting dalam penubuhan dan latihan "
Arditi
", unit infantri elit, dan dengan pangkat
Mejar
Maggiore
beliau menjadi pegawai memerintah
IX Nono Reparto Arditi
yang berjuang didalam zon
Monte Grappa
. Sebagai pegawai yang meningkat naik, beliau menjadi
aide-de-camp
kepada
Raja Victor Emmanuel III
, memegang jawatan ini dari tahun 1923 hingga 1927. Dari tarikh ini hingga tahun 1935, Messe memerintah sebuah unit
Bersaglieri
dan menyandang pangkat
Kolonel
.
Pada bulan September 1935, Messe mengambil alih pemerintahan sebuah
briged
motorise di Verona, dengan pangkat
Brigedier Jeneral
. Selepas tempoh perkhidmatan yang berjaya dengan unit ini dalam
Perang Itali-Habsyah Kedua
, Messe telah dinaikkan pangkat ke
Mejar Jeneral
dan beliau menjadi panglima sebuah divisyen armor Itali.
Pada April 1939, selepas
serangan Itali ke atas Albania
, Messe telah dilantik untuk berkhidmat di bawah Gabenor
Albania
, Jeneral
Ubaldo Soddu
.
Messe memerintah sebuah
kor
dalam
Perang Greece-Itali
pada hujung tahun 1940 dan awal tahun 1941 dan mencapai beberapa kejayaan terhadap tentera Greek yang diperintah oleh
Alexandros Papagos
. Bagaimanapun sebelum musim sejuk bermula, tentera Itali terpaksa bertahan, kerana tentera Greek melancarkan serangan balas dan berpindah ke wilayah Albania yang dikawal Itali.
Pada bulan April 1941, dengan bantuan Angkatan Tentera Jerman (
Wehrmacht
),
Pertempuran Greece
berakhir dengan kemenangan
Kuasa Paksi
.
Dalam situasi lain, pengalaman
perang armor
yang dimiliki Messe mungkin telah menyebabkan beliau diberi satu jawatan pemerintahan bersama
Erwin Rommel
di
Afrika Utara
. Tetapi, sebaliknya, beliau telah dipilih untuk menjadi Panglima "
Kor Ekspedisi Itali di Rusia
" (
Corpo di Spedizione Italiano in Russia
, atau CSIR). CSIR adalah infantri mudah alih dan unit kavalri tentera Itali yang mengambil bahagian dalam
Operasi Barbarossa
, iaitu serangan Paksi keatas
Kesatuan Soviet
.
Pada mulanya, bilangan tentera Itali di selatan Rusia berjumlah sekitar 60,000 askar. Messe tidak pernah terfikir bahawa ketumbukan ini telah dilengkapi atau dibekalkan dengan baik untuk menghadapi cuaca melampau "Barisan Rusia." Menjelang Julai 1942, "
Tentera Darat Itali di Rusia
" (
Armata Italiana in Russia
, atau ARMIR) yang lebih besar mengantikan CSIR dan Jeneral
Italo Gariboldi
menggantikan Messe. Pada 1 November 1942, Messe meninggalkan Rusia.
Bilangan tentera Itali di Rusia telah berkembang kepada 200,000 anggota. Walaupun tentera tersebut berjuang dengan baik, selepas
kekalahan Jerman di Stalingrad
kempen di Kesatuan Soviet berpaling menentang kuasa Paksi. Tentera Itali telah teruk dikalahkan semasa
Operasi Saturn
di bahagian pinggir Stalingrad ketika cuba untuk menahan tentera Soviet.
Pada akhir bulan Februari 1943, Messe telah dilantik sebagai panglima baru "
Tentera Kereta Kebal Itali-Jerman
" (
Deutsch-Italienische Panzerarme
) yang sebelum ini diketuai oleh
Erwin Rommel
. Nama itu ditukar kepada
Tentera Darat Pertama Itali
sebagai menunjukkan hakikat bahawa ketumbukan ini terdiri daripada satu kor Jerman dan tiga kor Itali. Rommel telah dinaikkan pangkat dengan memerintah
Kumpulan Tentera Darat Afrika
(
Heeresgruppe Afrika
) yang baru.
Messe berperang secara defensif menentang kemaraan tentera Amerika dan British dan telah dikalahkan
di Garis Mareth
. Taktik beliau yang melambat-lambatkan serangan dari pihak bersekutu tidak dapat menghalang kekalahan terakhir Paksi di
Afrika Utara
.
Pada 12 Mei 1943, Messe telah dinaikkan pangkat ke
Marsyal Itali
(
Maresciallo d'Italia
). Pada 13 Mei, selepas kekalahan
Tentera Darat Ke-5 Panzer
Jerman, kejatuhan Tunis dan
Tentera Darat Pertama
Itali di sekelilingnya, yang masih memegang garis di Enfidaville, beliau secara rasmi menyerah kalah kepada
Pihak Berikat
.
Sebagai penyokong setia
Royalis
, seperti ramai pegawai Itali Messe tidak lama lagi mendapati dirinya bertugas semula, apabila selepas gencatan senjata Itali pada September 1943, beliau dilantik sebagai Ketua Turus "
Tentera Darat Rakan Perang Itali
" (
Esercito Cobelligerante Italiano
), yang terdiri daripada unit-unit yang setia kepada Raja Victor Emmanuel, banyak yang telah disusun semula dari
tawanan perang
Itali dan dilatih oleh pihak Berikat. Beliau berkhidmat dalam jawatan ini dengan cemerlang sehingga akhir perang dan kemudian bersara daripada tentera pada tahun 1947 selepas 46 tahun berkhidmat.
Kehidupan beliau kemudian tidak beberapa lancar. Selepas tamatnya perang, beliau menulis sebuah buku mengenai pengalamannya yang bertajuk
Come Fini la guerra in Afrika. La "Prima Armata" italiana in Tunisia
(Bagaimana perang di Afrika berakhir. "Tentera Darat Pertama" Itali di
Tunisia
). Populariti tentera kekal bersamanya di dalam kehidupan awam dan dari tahun 1953 hingga 1955, Messe adalah seorang wakil yang dipilih secara demokratik di Senat Itali. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Veteran Itali, jawatan yang disandangnya sehingga mati. Hidupnya telah dipaparkan di dalam biografi yang ditulis oleh Luigi Argentieri bertajuk
Messe-soggetto in un'altra storia
(Messe-subjek sejarah yang lain) yang diterbitkan pada tahun 1997.
Giovanni Messe meninggal dunia pada 18 Disember 1968, sewaktu berusia lapan puluh lima tahun.
|
---|
Umum
| |
---|
Perpustakaan negara
| |
---|
Kamus biografi
| |
---|
Lain-lain
| |
---|
Persondata
|
Nama
|
Messe, Giovanni
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Italian general
|
Tarikh kelahiran
|
December 10, 1883
|
Tempat kelahiran
|
Mesagne
,
Province of Brindisi
|
Tarikh kematian
|
December 18, 1968
|
Tempat kematian
|
|