Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
George Washington
|
---|
|
|
|
Dalam jawatan
30 April 1789 ? 4 Mac 1797
|
Naib Presiden
| John Adams
|
---|
Didahului oleh
| pejabat diasaskan
|
---|
Digantikan oleh
| John Adams
|
---|
|
|
Lahir
| 22 Februari 1732
Popes Creek,
British Virginia
,
A.S.
|
---|
Meninggal dunia
| 14 Disember 1799
(1799-12-14)
(umur 67)
|
---|
Pasangan
| Martha Washington (k. 1759)
|
---|
Tandatangan
| |
---|
General of the Armies
George Washington
(22 Februari 1732 - 14 Disember 1799) ialah
Presiden Amerika Syarikat
yang pertama (1789-1797),
Panglima Tertinggi
Angkatan Tentera Kontinental
ketika
Perang Revolusi Amerika
dan merupakan salah seorang
Bapa Pengasas Amerika Syarikat
. Beliau mempengerusikan konvensyen yang mendraf
Perlembagaan Amerika Syarikat
, yang menggantikan Artikel Konfederasi dan kekal sebagai Akta Kanun Tanah yang tertinggi.
Pada usia 11 tahun ayahnya meninggal dunia. George Washington mula mula bekerja sebagai juruukur, dia lalu masuk tentera pada usia 21 tahun, dan diangkat menjadi Leftenan Kolonel saat mengikuti wajib tentera oleh Gabenor negeri Virginia. Menikah tahun
1759
dengan Martha Dandridge Custis Washington, George Washington mengurus perkebunannya yang luas di Virginia dan menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Virginia, hingga Revolusi Amerika tercetus. George Washington merupakan anggota perkumpulan rahsia
Freemasonry
.
Ketika berumur 33 tahun, dia memilih untuk memihak rakyat negeri Virginia yang memberontak melawan orang-orang Inggeris yang mengeluarkan undang-undang yang tidak adil menurut pendapat rakyat Virginia. Dia pun bertugas memimpin tentara Virginia. Pada tahun
1775
dia diangkat menjadi Panglima Tertinggi oleh Kongres Kontinental, iaitu Kongres ke-13 daerah jajahan
Kerajaan Inggeris
.
Pada tahun
1776
Revolusi Kemerdekaan Amerika pecah dan Kongres Kontinental mengeluarkan Deklarasi Kemerdekaan dan memisahkan diri daripada Kerajaan Inggeris. Kepemimpinan George Washington menyumbang dengan banyak dalam keberhasilan daerah-daerah jajahan di Amerika memperjuangkan kemerdekaannya. Pada tahun
1783
Inggeris mengakui kemerdekaan
Amerika Syarikat
, George Washington keluar dari tentera. Empat tahun kemudian pada
1787
dia menjadi Ketua Konvensi Perlembagaan.
Pada tahun 1789 setelah Perlembagaan disahkan, dia dipilih dengan sebulat suara menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Dia menjalankan dua masa jabatan dari tahun
1789
hingga tahun
1797
, didampingi oleh
John Adams
sebagai timbalan presiden. Dalam pidato perpisahannya pada tahun 1797, dia menyeru kepada rakyat Amerika Syarikat agar meninggalkan rasa kepartian dan rasa kedaerahan yang berlebih-lebihan.
Pada tahun
1799
, George Washington meninggal dunia dalam usia 67 tahun di Mount Vernon, setelah tiga tahun meletakkan jawatannya sebagai presiden. Dia tidak memiliki keturunan, hanya seorang anak angkat.
- Berdirinya
Jabatan Luar Negeri
,
Jabatan Kewangan
,
Pejabat
Kejaksaan Agung
, dan terjadinya
perang
.
- 24 September
Berdasarkan Undang-Undang Persekutuan mendirikan
Makamah Agung
.
- Pengesahan dilakukannya untuk bancian penduduk Amerika untuk pertama kalinya; populasi 3,929,214.
- 10 Julai
Kongres memperuntukkan dana persekutuan untuk
Potomac
dan mengesahkan pembangunan tempat tinggal presiden pada
16 Julai
- Pemerintah Persekutuan menangani
Hutang Perang Revolusi
untuk negara.
- 25 Februari
Berdirinya
Bank Amerika
untuk pertama kalinya.
- 3 Mac
Pajak atas Whiski (minuman) disetujui.
- 15 Disember
Bill of Rights
ditambahkan pada
Perlembagaan Amerika Syarikat
- Rencana "Bandar Persekutuan" (Washington, D.C.) mulai dikerjakan
- U.S. Mint (Kemudahan untuk pencetakan wang syiling di Amerika) dibuka di
Philadelphia
- Dibentuknya parti-parti politik pertama di Amerika. (Parti Republik dan Persekutuan)
- 13 Oktober
Peletakan batu pertama untuk
Rumah Putih
- 5 Disember
Washington dan
John Adams
terpilih kembali menjadi Presiden dan Wakil Presiden.
- 22 April
Washington mengeluarkan
Proklamasi Neutral
, yang memperingatkan agar warga Amerika menahan diri untuk tidak membantu
Perancis
atau
Inggeris
pada perang mereka.
- Negara-negara
Barbary
mulai menyerang muatan kapal - kapal Amerika.
- 5 Jun
Undang undang Neutral
diterapkan, pelarangan warga negara Amerika untuk menjadi bahagian daripada kapal perang asing.
- Pemberontakan Whiski
; protes daripada para petani akan pajak whisku, dihentikan oleh tentara negeri New Jersey, Pennsylvania, Virginia, dan Massachusetts.
- Skandal Yazoo Pemalsuan Tanah
antara pihak legislatif Georgia (beberapa Gubernurnya) dengan empat perusahaan tanah untuk daerah yang kini dikenal sebagai Alabama dan Mississippi. Mereka menjual sejumlah besar tanah pada pihak dalam dengan harga yang luar biasa murah dan tidak masuk akal.
- Pidato perpisahan George Washington yang memperingatkan agar Amerika tidak turut campur tangan Amerika akan pertentangan negara asing.
- John Adams
dan
Thomas Jefferson
terpilih menjadi Presiden dan Wakil Presiden.
- Presiden - Presiden Amerika Serikat; Diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
- The Presidents, A Reference History. Editor. Henry F. Graff. Edisi kedua. Penerbit Scribners 1996.