Generalfeldmarschall
(
Melayu
:
jeneral fil marsyal, fil marsyal jeneral, atau
Fil Marsyal
;
listen
(
bantuan
·
maklumat
)
; disingkatkan pada
Feldmarschall
) adalah sejenis pangkat dalam tentera darat beberapa negeri Jerman dan
Empayar Suci Rom
; didalam
Monarki Habsburg
,
Empayar Austria
dan
Austria-Hungary
, pangkat
Feldmarschall
ini telah digunakan. Pangkat ini setaraf dengan
Grossadmiral
(
Melayu
:
Laksamana Besar
) dalam
Kaiserliche Marine
dan
Kriegsmarine
, sejenis
pangkat lima bintang
, setanding dengan
OF-10
dalam tentera laut NATO hari ini.
Gelaran
Kaiserlich-Koniglicher Feldmarschall
("Fil Marsyal Diraja dan Imperial") digunakan dalam statut
Empayar Suci Rom
untuk menggambarkan pegawai kanan tentera.
[1]
Empayar Austria dan Austria-Hungary
[
sunting
|
sunting sumber
]
Lihat juga:
Senarai fil marsyal Austria
Pangkat ini wujud didalam
Empayar Austria
sebagai
Kaiserlicher Feldmarschall
("Fil Marsyal Imperial") dan didalam
Empayar Austria-Hungary
sebagai
Kaiserlicher und koniglicher Feldmarschall
("Fil Marsyal Diraja dan Imperial"). Kedua-duanya berdasarkan pada penggunaan dalam Empayar Suci Rom. Rajanya menyandang pangkat ex officio (kerana jawatan), pegawai-pegawai lain dinaikkan pangkat seperti yang diperlukan. Antara tahun 1914 dan 1918, 10 orang mendapat pangkat ini, 4 daripadanya adalah ahli kerabat dinasti Habsburg yang sedang memerintah.
Generalfeldmarschall sehingga 1918
Didalam
Tentera Darat Prusia-Jerman
dan kemudian didalam
Wehrmacht
, pangkat
Generalfeldmarschall
memiliki beberapa keistimewaan, seperti diangkat menjadi golongan bangsawan, sama pangkat protokol dengan menteri kabinet, hak melapor terus kepada
raja
, dan mendapat pengiring tetap.
Pada tahun 1854, pangkat
Kolonel Jeneral
(
Jerman
:
Generaloberst
) telah diwujudkan supaya dapat menaikkan
Maharaja Jerman William I
ke pangkat kanan dengan tanpa melanggar peraturan iaitu hanya panglima perang yang boleh menerima pangkat field marshal untuk kemenangan dalam pertempuran muktamad atau penawanan sebuah perkubuan atau bandar utama. Persamaan pangkat
kolonel jeneral
dalam Tentera Laut Jerman ialah
Generaladmiral
("
Laksamana Jeneral
").
Pada tahun 1870
Putera Friedrich Karl dari Prusia
dan Putera Mahkota
Friedrich Wilhelm
?yang memerintah ketumbukan tentera semasa
Perang Perancis-Prusia
?menjadi putera pertama Prusia dilantik sebagai field marshal.
Didalam
Wehrmacht
Jerman Nazi
semasa
Perang Dunia II
, pangkat
Generalfeldmarschall
merupakan pangkat tertinggi tentera sehingga
Julai 1940
, apabila
Hermann Goring
telah dinaikkan ke pangkat baru yang lebih tinggi iaitu
Reichsmarschall
.
Empat minggu selepas
Heer
dan
Luftwaffe
telah memenangi
Pertempuran Perancis
, iaitu
Blitzkrieg
di
Negeri-Negeri Pamah
dan
Perancis
(10 Mei ? 22 Jun 1940),
Hitler
menaikkan pangkat dua belas orang Jeneral ke Fil Marsyal. Mereka-mereka yang dinaikkan pangkat pada
19 Julai 1940
, ialah
Walther von Brauchitsch
,
Wilhelm Keitel
,
Gerd von Rundstedt
,
Fedor von Bock
,
Wilhelm Ritter von Leeb
,
Wilhelm List
,
Gunther von Kluge
,
Erwin von Witzleben
,
Walther von Reichenau
(
Heer
) and
Albert Kesselring
,
Erhard Milch
,
Hugo Sperrle
(
Luftwaffe
).
[2]
Pada tahun 1942, 3 lagi jeneral telah dinaikkan pangkat?"Wustenfuchs" (desert fox)
Erwin Rommel
(22 Jun) kerana memenangi
Pengepungan Tobruk
,
Erich von Manstein
(30 Jun) kerana memenangi
Pengepungan Sevastopol
dan
Georg von Kuchler
(30 Jun) kerana kejayaannya sebagai 'Oberbefehlshaber der
Heeresgruppe Nord
' ("Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara").
Hitler menaikkan
Friedrich Paulus
?Panglima
Tentera Darat Ke-6
di
Stalingrad
?ke pangkat field marshal yang telah diumumkan pada 30 Januari 1943, agar menggalakkan beliau terus berjuang hingga mati atau bunuh diri, sehari sebelum ketumbukannya menyerah kalah.
[3]
Sewaktu kenaikkan pangkat itu Hitler menyatakan bahawa tiada dalam sejarah field marshal Jerman atau Prusia pernah ditangkap hidup-hidup. Namun Paulus menyerah diri keesokkan harinya, mendakwa
Ich habe nicht die Absicht, mich fur diesen bayerischen Gefreiten zu erschießen
("Saya tidak mempunyai niat untuk membunuh diri demi koperal Bavaria ini").
[4]
Hitler yang kecewa telah mengulas "Itulah field marshal terakhir yang aku pernah lantik dalam perang ini!" Akan tetapi, beliau melantik tujuh lagi fil marsyal.
Generalfeldmarschall
merupakan pangkat tentera tetap tertinggi dalam
Wehrmacht
Jerman, bersamaan dengan
kod pangkat NATO
OF10, dan dengan
pangkat lima bintang
dalam angkatan tentera yang
berbahasa Inggeris
.
Dari segi kewangan pangkat Generalfeldmarschall dalam Jerman Nazi sangat menguntungkan kerana, selain daripada gaji bulanan, Hitler memperkenalkan
faedah sampingan
bebas cukai bagi para Jeneral dalam bentuk 2,000 hingga 4,000
Reichsmark
sebulan pada tahun 1940. Beliau juga mengurniakan hadiah kepada pegawai tertingginya, dengan
Wilhelm Ritter von Leeb
menerima RM 250,000 untuk harijadinya yang ke-65 tahun daripada Hitler.
[5]
-
Insignia
pakaian celoreng
bagi Fil Marsyal Tentera Darat
-
Panji-panji Fil Marsyal Tentera Darat (1941 - 1945)
-
Insignia tunik terbang dan sut terbang bagi Fil Marsyal Tentera Udara
-
Panji-panji Fil Marsyal Tentera Udara (1941 - 1945)
Nationale Volksarmee
("Tentera Rakyat Nasional") dari
D
eutsche
D
emokratische
R
epublik atau DDR (
German Democratic Republic
, iaitu Jerman Timur) mewujudkan pangkat
Marschall der DDR
("Marsyal GDR") pada 25 Mac 1982. Seorang Jeneral boleh dilantik ke pangkat ini oleh
Staatsrat
(Majlis Negara GDR) semasa perang atau untuk pencapaian tentera yang luar biasa; namun, tiada siapa yang pernah menyandang pangkat itu.
Pangkat
Generalfeldmarschall
,
Generaloberst
,
Großadmiral
dan
Generaladmiral
tidak lagi wujud dalam Angkatan Tentera Jerman baru (sehingga tahun 1990 Jerman Barat), iaitu "
Bundeswehr
" (bermaksud "Tentera Pertahanan") yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada masa ini, gred tertinggi tentera dalam
Bundeswehr
baru ialah
Jeneral
dan
Laksamana
.
Pemerintah Tertinggi
(
Jerman
:
Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt
)
Bundeswehr
dalam masa aman, menurut Artikel 65a
Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman
(perlembagaan),
Menteri Pertahanan Persekutuan
(
Jerman
:
Bundesminister der Verteidigung
)
awam
, yang memegang kuasa pemerintahan tertinggi angkatan tentera. Semasa perang, kuasa pemerintahan tertinggi dipindahkan kepada
Canselor Persekutuan
.
Generalinspekteur der Bundeswehr
(
Ketua Turus
Bundeswehr
, bermaksud "
Inspektor Jeneral Tentera Pertahanan
") ialah
Ketua Pertahanan
dan ketua
Markas Turus Angkatan Tentera
(
Jerman
:
Fuhrungsstab der Streitkrafte
).
- ^
[1]
- ^
Snyder, Louis (1994) [1976].
Encyclopedia of the Third Reich
, pp. 111, 112
- ^
Snyder, Louis (1994) [1976], p. 112
- ^
Beevor, Antony
(1998).
Stalingrad, The Fateful Siege: 1942-1943
. New York: Penguin Books. p. 381
- ^
"Dienen und Verdienen. Hitlers Geschenke an seine Eliten"
[Book review: Serving and earning. Hitlers presents to his elite].
www.hsozkult.de
(dalam bahasa German)
. Dicapai pada
19 March
2016
.
CS1 maint: unrecognized language (
link
)
|
---|
|
Pangkat bintang
mengikut Amerika
| |
---|
Pangkat jawatan
| |
---|